Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan serentak kesemua ahli keluarga. Apatah lagi, ibu dan ayah yang menjadi tempat bergantung selama ini.
Tangisan dua beradik iaitu Mohd Hazman Rahim, 20 bersama kakaknya Nor Fatini Rahim, 22 yang kehilangan kesemua ahli keluarga semalam mengundang sebak orang ramai yang menyaksikannya di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan saat dikebumikan di Permatang Pauh malam tadi.
Dalam kemalangan petang semalam di Kilometer (km) 277.1 Plus dekat Ipoh, empat beranak yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghantar anak sulung mereka yang mendapat kerja di ibu kota maut dirempuh sebuah trelar. Kemalangan ngeri ini membabitkan enam kereta dan sebuah trelar.
Ads
Pelanggaran itu mengakibatkan bekas pesara polis, Rahim Ramli, 60 isterinya, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak pasangan ini, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27 meninggal di lokasi kejadian.
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nor Nadirah ke Kuala Lumpur.
Ads
Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di ibu kota.
Menurutnya, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
"Saya last berhubung dengan mak su itu rasa pukul 12 macam itu. Bila call dia, dia cakap ada dekat Alor Pongsu. Selalunya kami kalau balik, dia akan cakap kat sayalah, ‘hati-hati bawa kereta’.
"Tapi hari ini memang tak bagi pesanan pun, untuk dia nak balik. Kami kat belakang (menyusul) lepas Zohor kami keluar dari Pulau Pinang. Sampai dekat Bukit Gantang, saya call mereka, tapi semua tak jawab dah.
"Empat-empat orang itu, handset semua tak jawab. Dalam pukul 4 lebih, 5 macam itu kot, dapat berita daripada mak cik di Melaka kata mereka kemalangan, semua meninggal," katanya. Foto : Bernama
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang selama ini membesar depan mana akhirnya pergi menemui Ilahi.
Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi era 80-an, Dayangku Intan apabila menerima berita anak perempuannya Wanku Intan Sfarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan hati.
Dalam artikel di Mstar Online pada 23 Januari lalu, Dayangku Intan memberitahu anaknya terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.
“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dariapad dia kecil lagi.
“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun..pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria. Adik dia akan bertindak sebagai penderma hati,” katanya yang dulu popular dengan lagu Kita Insan Biasa.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.
Sebelum itu penyanyi ini juga sering memberitahu perkembangan anaknya sebelum dan selepas melakukan pembedahan hati berkenaan hinggalah akhirnya Allah lebih menyayangi anak ketiganya ini.
Dayangku Intan memaklumkan pemergian anaknya ini di media sosial dan minta segala urusan dipemermudakan.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
Mendirikan solat tidak semestinya di kawasan atau ruang yang luas sahaja. Selagi ada ruang yang sesuai dan bersih, maka solatlah di situ. Kediaman besar merupakan bonus untuk membolehkan satu keluarga sembahyang berjemaah dengan selesa, namun untuk kediaman sempit, ruang solat yang terhad bukan penghalang.
Susunan saf dilakukan secara kreatif dan optimum. Bagaimanapun timbul persoalan, bolehkah isteri sembahyang di sebelah kiri suami apabila keadaan ruang sempit yang kurang mengizinkan?
Assalamualaikum wrm. wbt., Sekarang tersebar di media sosial infografik yang menunjukkan isteri tidak boleh sembahyang di sebelah kiri suami, tetapi tempatnya adalah di belakang imam.
Soalan saya, bagaimana jika rumah itu sempit dan ruang solat yang ada tidak memungkinkan untuk isteri solat di belakang suami?
Susunan saf lelaki dan perempuan ketika sembahyang
Ringkasannya ialah terdapat hadis riwayat daripada Anas bin Malik r.a yang menyatakan: أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا ، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ
Maksudnya: “Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah SAWmemakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda: “Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua.”
“Kemudian Rasulullah SAW berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.” Riwayat Al-Bukhari (380)
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah:
“Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan.” Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/293)
Kemudian beliau menyebut hukum hakam berkaitan posisi makmum dan berkata:
“Konklusinya, sesungguhnya posisi-posisi yang disebutkan semuanya adalah berdasarkan perintah istihbab (galakan atau sunat). Jika para makmum menyelisihinya maka hukumnya makruh tetapi solat itu sah, seperti mana yang disebutkan oleh penyusun kitab (iaitu Imam al-Syirazi).
Begitu juga jika imam solat di posisi lebih tinggi daripada makmum, atau makmum tinggi daripada imam, tanpa ada keperluan.
Begitu juga jika makmum wanita terkehadapan berbanding saf lelaki selagi mana tidak terkehadapan mengatasi imam, atau makmum wanita solat bersebelahan imam atau sebelah makmum lelaki, maka sah solat wanita itu, dan juga solat orang lelaki, tanpa ada khilaf di sisi kami.” Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/297)
Dalam artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-480 : Susunan Saf Solat Jenazah Semasa Berlakunya Wabak, kami ada membahaskan kaedah fiqh:
الكَرَاهَةتَزُولُبالحَاجَة Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan” Rujuk Ma`lamah Zayed (no.267)
Perkara-perkara yang dimakruhkan di dalam solat tidak menjadi makruh apabila terdapat keperluan untuk melakukannya.
Berkata Imam Abu Ishak al-Syirazi dalam al-Muhadzzab:
“Dimakruhkan untuk meninggalkan perkara sunat dalam solat dan dimakruhkan untuk memalingkan muka tanpa ada keperluan, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Dzar RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Allah sentiasa menghadap hambaNya semasa solat selama mana hamba itu tidak memalingkan muka, maka jika hambaNya memalingkan muka, maka Dia juga memalingkan MukaNya darinya.” Riwayat Abu Daud (no.909)
[maksudnya Allah sentiasa menurunkan rahmat dan keredhaanNya selama mana orang yang solat itu menjaga pandangan di dalam solat. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (2/161)oleh Ibn Hajar al-Haitami.]
Adapun jika terdapat keperluan maka tidak dimakruhkan berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas R.Anhuma bahawa Nabi ﷺ:
“Pernah memalingkan mukanya ke kiri dan ke kanan ketika solat tetapi tidak memusingkan tengkoknya memandang belakangnya.” Riwayat al-Tirmidzi (no.587)
[Disebut dalam Tuhfah al-Ahwadzi (3/159) oleh Syeikh Abu al-`Ala al-Mubarakfuri, Ibn Malak berkata: dikatakan bahawa Rasulullah ﷺ memalingkan wajah sekali atau beberapa kali yang sedikit bagi tujuan menerangkan bahawa perbuatan itu tidak membatalkan sembahyang, atau boleh dilakukan atas suatu keperluan mendesak.] Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (4/95)
Contoh lain, dalam hadis riwayat Abu Qatadah, bahawa Rasulullah ﷺ:
“Pernah bersolat dalam keadaan mendokong Umamah bin Zainab binti Rasulullah ﷺ,anak Abu al-Aas bin al-Rabi`. Apabila baginda berdiri, baginda mendokongnya, dan apabila baginda sujud, baginda meletakkannya.” Riwayat Muslim (543)
Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Muslim (5/34):
“Diharuskan untuk melakukan perbuatan yang sedikit di dalam solat, maka jika langkah dua kali itu tidak membatalkan solat tetapi lebih utama tinggalkan melainkan ada keperluan, sesungguhnya pergerakan kerana keperluan itu tidak dimakruhkan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi ﷺ.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa dibenarkan untuk imam sembahyang di atas tempat yang lebih tinggi daripada tempat makmum-makmum, tetapi hukumnya adalah dimakruhkan apabila tempat imam lebih tinggi atau tempat makmum lebih tinggi, melainkan kerana hajat.
Maka jika ada hajat keperluan seperti tujuannya untuk mengajar perbuatan-perbuatan sembahyang maka tidak dimakruhkan bahkan sunat berdasarkan hadis ini. Begitu juga apabila seorang makmum bertujuan mengajar makmum lain perbuatan solat imam yang memerlukan tempat yang tinggi.”
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak dimakruhkan seorang isteri bersembahyang di sebelah kiri suami sekiranya ruang di rumah itu sempit kerana ada keperluan. Wallahua`lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram” Riwayat Bukhari (1088)
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.
Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.
Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.