Ada masa hubungan suami isteri tidak sehaluan. Masing-masing ada pendapat sendiri ditambah jika ia di bawah usia 5 tahun. Ini kerana titik persefahaman itu belum dapat dicapai.

Lebih memburukkan keadaan, hubungan itu dimomokkan dengan campur tangan dari keluarga. Baik dari sebelah isteri mahupun suami kerana masing-masing ingin membela anak mereka.

Tapi seandainya ibu mentua ada konflik dengan menantu khususnya isteri, apa perlu suami lakukan? Menangkan emaknya atau isterinya? Atau paling tidak diamkan diri dan biar hal itu berlalu begitu sahaja. Ini penyelesaiannya kalau mentua ada masalah dengan menantu.

IKLAN

Apa nak buat?

Seorang suami memiliki kewajiban untuk bersikap baik kepada isterinya. Namun di sisi lain, dia juga diharuskan patuh kepada ibu atau orang tuanya. Tapi bagaimana jika ibunya berkonflik dengan isterinya? Apa yang harus suami lakukan kalau ibu dan isterinya ada konflik?

IKLAN

Dipetik dari About Islam, kaunselor perkahwinan seorang suami haruslah berbicara lembut dengan ibunya bagaimana hati isterinya rasa terluka dengan kata-kata yang menghina. Masa yang sama, suami juga diharuskan untuk membuat isteri berasa istimewa sambil memberikan waktu bagi ibu dan isterinya untuk berjauhan.

IKLAN

Yang harus dilakukan oleh suami ialah :

  1. Berkomunikasi dengan ibunya :- Suami disarankan untuk berkomunikasi dengan ibunya dan maklumkan yang hati isteri terluka dengan kata-kata menghina ibunya. Hal ini perlu disampaikan dengan baik dan nada yang lembut dan tidak menunjukkan seperti menuduh.Bila disampaikan dengan baik, ia mampu merungkai masalah sulit antara kedua belah pihak.
  2. Menyedarkan ibu bahawa perbuatan menegurnya salah :- Kadangkala ada bahasa yang membuat banyak jiwa terluka. Walau ia tidak melukakan tangan tapi ia menyakitkan hati dan jika konflik ini berpunca dari mulut ibu, sedarkan dirinya tentang hal ini.
  3. Layanilah isteri dengan istimewa :-Jika benar hati isteri terluka dengan kata-kata ibu mentua, suami harus berperanan besar dalam membuatkan isteri begitu istimewa di hatinya. Melalui perbuatan yang baik dan kata-kata yang manis, isteri akan merasakan suami memang masih sayangkannya dan masalah dengan ibu mentua adalah asam ragam berumahtangga. Dan semua itu akan berlalu apabila masing-masing matang dalam berbicara.
  4. Atur majlis ketemukan keduanya :- Mengatur acara keluarga adalah sebahagian dari menyambung silaturahim untuk terus erat dan mesra. Jika ibu dan isteri ada konflik, jemputlah keduanya makan malam bersama atau pergi jalan sama-sama. Awalnya mungkin tegang tapi hati manusia sememangnya boleh berubah.

    Tunjukkan yang anda hargai keduanya iaitu orang yang sangat penting dalam hidup anda dan mahu keduanya terus kekal selamanya di hati. Percayalah, kasih sayang mampu meleraikan ego seseorang. Sumber : About Islam