Ayana Jihye Moon Gembira, Tahun Lepas Adik Perempuan Peluk Islam, Tahun Ini Adik Lelakinya Pula

Share

Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.

Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.

Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).

Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?

Moga Ayana terus istiqamah bergelar seorang muslimah.

Sumber kredit:  xolovelyayana

VIDEO:

IKLAN