‘Baca dengan tenang, jangan kelam-kabut.’ Bacaan rukuk dan sujud, wajibkah buat tiga kali? Bacaan-bacaan tasbih atau zikir dalam rukuk dan sujud ini merupakan sunnah-sunnah yang bacaannya dituntut dalam solat fardhu lima waktu.
Sekiranya kita tidak melakukannya atau tidak cukup tiga kali, adakah solat kita sah? Ikuti penerangan Ustaz Mohd Riza dan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
Baca Dengan Tenang
Ustaz Riza yakin semua di antara kita tahu dan praktis bacaan tasbih dalam sujud dan rukuk setiap kali menunaikan solat fardhu lima waktu. Tetapi permasalahan yang ingin dirungkai kali ini adalah berapa kali perlu dibaca bacaan-bacaan tasbih ini.
Sama ada, sekali, dua kali atau tiga kali atau berapa yang paling tepat. Pertama sekali bacaan tasbih dalam rukuk ini merupakan Sunnah-sunnah qauli dalam solat, yang bacaan ini dituntut.
Tetapi jika seseorang itu tidak melakukannya solat tetap sah menurut pendapat Mazhab Imam Syafie kerana hukumnya sunat dibaca, setiap kali kita menunaikan solat.
Namun begitu, bacaan tasbih ini harus diingat perlu dibaca dengan jelas dan tenang. Persoalannya di sini, mengapa kita digalakkan untuk membaca tiga kali.
Sebenarnya, setiap bacaan tasbih yang dibaca tiga kali adalah bagi menyempurnakan rukun solat iaitu iktidal.
Bacaan Rukuk & Sujud
Di samping itu, jelas Ustaz Riza, bacaan-bacaan dalam solat perlu dibaca dengan tenang kerana ketika kita mendirikan solat adalah umpamanya kita berhadapan dengan Allah.
Ads
Maka oleh hal demikian, bacalah dengan tenang supaya kita dapat menjiwai solat. Cara terbaik untuk menjiwai solat, Ustaz Riza sarankan ambil sedikit masa google dan cari makna bacaan-bacaan dalam solat.
Ambil masa baca terjemahan bacaan dalam solat, insyallah dengan sedikit usaha ini, sedikit sebanyak membantu kita menjiwai solat.
Sekali lagi ingat bahawa solat adalah saatnya kita berbicara dengan Allah SWT. Di akhir video, Ustaz Riza ingatkan sekali lagi bahawa sama ada baca sekali atau tiga kali bacaan rukuk dan sujud perlulah dilakukan dengan tenang dan jangan kelam kabut.
Kashoorga : Semoga solat kita sempurna dan tidak menjadi perbuatan yang sia-sia.
‘Jodoh saya belum sampai.’ Menginjak usia 40, Sherry tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat orang sekeliling. Begitulah wanita yang positif, reda dengan setiap ketentuan Allah.
Namun begitu sebagai wanita dalam usia sebegini pasti akan disoal tentang jodoh apalagi dirinya merupakan seorang selebriti. Pasti sesekali akan ditanya.
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”
Demikian ulas pelakon Sherry Ibrahim yang tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga.
Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” cerita Sherry yang turut sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya selain bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.
Kashoorga: Semoga Allah memakbulkan segala impian dan doa Sherry. Amin.
Benarkah solat tarawih yang kurang daripada 20 rakaat bukan solat Tarawih tetapi Qiyam Ramadan?
Jumhur ulama iaitu mazhab Syafi’i, Hanafi, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Maliki berpandangan bahawa solat tarawih maksimum rakaatnya ialah 20 rakaat dan ini bilangan yang paling afdal.
Ini bermakna sah kalau buat kurang daripada 20 rakaat seperti 8 rakaat yang biasa diamalkan pada zaman ini.
Menurut kitab Hasyiah al-Syarawani, sesiapa yang berniat untuk mendirikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat, dia tetap akan diganjari dengan pahala solat tarawih.
Manakala kitab Taqirat Sadidah pula menjelaskan, jumlah rakaat tarawih yang paling minimum ialah 2 rakaat. Ini bermakna sesiapa yang mendirikan solat terawih sebanyak dua rakaat sekalipun tetap juga diganjari dengan pahala Tarawih.
Namun banyak atau sedikit pahala bergantung kadar rakaat dan tempoh qiyam yang dilaksanakan.
Kesimpulannya, sesiapa yang berniat melaksanakan solat Tarawih kurang daripada 20 rakaat, tetap juga dinamakan sebagai solat sunat Tarawih.
Namun 20 rakaat jauh lebih besar pahalanya berbanding 8 rakaat.
Wallahu A’lam
Bercakap kepada media, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jengok, sinar apa?
“Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
“Just let me go. Dia pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah saya mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.
Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Rentetan daripada apa yang berlaku kepada pasangan ini, sebenarnya di mahkamah syariah, banyak lagi pilihan perceraian yang jauh lebih efektif, efisien dan menjimatkan masa serta kos guaman selain daripada menuntut fasakh.
Perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak, mestilah berlaku dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana pihak.
Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) adalah kaedah perceraian yang paling efektif dan dapat memelihara aib kedua belah pihak (suami dan isteri).
Dari segi prosedur, permohonan perceraian di bawah seksyen ini tidak melibatkan surat cara yang banyak mahupun saksi.
Sebaik sahaja saman berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam mahkamah setelah mendapati perkahwinan tersebut pecah-belah.
Mudah, cepat dan efisien jika kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.
Suami Tidak Bersetuju
Sekiranya suami tidak bersetuju dengan perceraian tersebut dan suami hadir ke mahkamah syariah, maka mahkamah boleh mengarahkan suatu jawatankuasa pendamai dilantik untuk mewakili pihak-pihak.
Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama di pejabat agama Islam daerah sebagai pengerusi, seorang wakil suami dan seorang wakil isteri.
Di peringkat jawatankuasa pendamai ini, mahkamah akan memberikan keutamaan kepada saudara dan ahli keluarga terdekat.
Wakil-wakil mereka hendaklah berusaha berbincang dan berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh jawatankuasa ini dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut arahan mahkamah.
Jawatankuasa pendamai ini hendaklah memanggil dan memberi peluang kepada suami dan isteri menyatakan pendapat dan memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan.
Di peringkat ini tiada kelibat peguam syarie dibenarkan bertindak atau menghadiri sesi tersebut dan perbincangan adalah eksklusif di antara pihak-pihak, wakil pihak-pihak dan pengerusi sahaja.
Sekiranya pihak-pihak berjaya didamaikan, maka permohonan perceraian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan kebebasan pihak-pihak untuk memfailkan semula permohonan yang sama.
Bagaimanapun sekiranya pasangan gagal didamaikan atau suami enggan melafazkan cerai, maka mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada hakam.
Mahkamah juga boleh melantik jawatankuasa pendamai yang baru jika mahkamah tidak berpuas hati dengan pengendalian jawatankuasa yang sedia ada.
Hakam diperuntukkan dengan jelas di bawah Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama. Hakam juga terdiri daripada kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri tersebut.
Pelantikan hakam dibuat setelah mahkamah berpuas hati perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan tersebut selepas selesai urusan perdamaian di peringkat jawatankuasa pendamai gagal atau menemui jalan buntu.
Hakam hendaklah berusaha mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipalnya (hakam suami daripada suami dan hakam isteri daripada isteri). Malah hakam suami boleh diberi kuasa melafazkan talak bagi pihak suami.
Sesi perbincangan menerusi hakam ini juga tertakluk kepada arahan mahkamah dan hendaklah mengikut hukum syarak.
Jika Hakam berpendapat pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan perceraian kerana sebab lain, Mahkamah boleh melantik hakam yang lain untuk proses yang sama.
Jika hakam di pihak suami enggan melafazkan cerai tetapi meminta perceraian dibuat secara tebus talak dan hakam isteri bersetuju, mahkamah juga boleh mengarahkan perceraian tersebut dilakukan secara tebus talak.
Kesemua prosiding ini termasuk hakam akan mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun untuk selesai sekiranya pihak-pihak memberikan kerjasama yang baik dan suami hadir ke mahkamah.
Namun demikian, sekiranya pihak suami gagal menghadirkan diri dan tidak melantik sebarang hakam, maka prosiding ini tidak boleh diteruskan. Ketika itulah pilihan atau talian hayat yang lain boleh diteruskan sama ada melalui proses fasakh atau taklik.
Uniknya, prosiding di bawah Seksyen 47 ini juga tidak memerlukan pihak-pihak untuk membuat pelantikan Peguam Syarie atau diwakili oleh peguam syarie melainkan pihak-pihak merasakan ia suatu keperluan.
Malah tiada saksi yang akan dikemukakan di peringkat prosiding ini berbanding dengan tuntutan fasakh dan taklik yang bergantung kepada keterangan saksi untuk menguatkan kes.
Apa yang penting adalah pelantikan serta pemilihan wakil baik di pihak jawatankuasa pendamai mahupun hakam mestilah mereka yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan keluarga atau kerabat terdekat tetapi juga mereka yang memahami hukum syarak dan bersedia menerima arahan Mahkamah.
Urusan ke mahkamah syariah adalah sebahagian daripada urusan memperbaiki agama, maka eloklah dipersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan segala urusan Puteri Sarah dan anak-anaknya.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...