Pernah berjanji tidak mahu lagi gimik murahan, usahawan Dato Seri Aliff Syukri beberapa bulan lalu dilihat nekad mengurangkan kontrovrsi dalam kehidupan dirinya. Ramai menzahirkan rasa syukur atas niat baiknya itu dan mengharap dirinya sentiasa istiqomah.
Namun di bulan Ramadan mulia ini, sekali lagi namanya disebut berikutan menampilkan lelaki lembut dalam klip video lagunya Kelepok Raya.
Hal ini mendapat perhatian dari Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad yang menulis berkaitan isu ini. Katanya negara baru saja nak pulih dari bala Covid, tanda ingatan Allah pada kita semua.
Baca kenyataannya :-
Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.
Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana pada ketika semua umat Islam pastinya berasa teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari sebanyaknya pahala yang Allah tawarkan kepada mereka yang beriman, seolah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat taqwa ini.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah: ayat 185).
Ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam, pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan.
Ads
Saya cuba untuk mengambil peluang terhadap isu ini dengan mengajak semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya untuk kita menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang kita mahu tonjolkan kepada masyarakat. Apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan Allah terhadap bala COVID19 yang melanda seluruh dunia.
Peluang dan rezeki yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang yang berpengaruh, manfaatkanlah sebaiknya untuk mengajak umat Islam untuk lebih takutkan Allah dan menjauhi tingkah laku yang menjarakkan diri kita dengan ketaqwaan dan redha Allah SWT, lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan bulan yang cukup mulia.
Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa.
Ads
Nasihat saya, dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ianya boleh di ‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi empunya video.
Saya yakin ianya mampu memberi jiwa yang besar dan hati yang lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menturutinya, malah insyaAllah Allah akan melapangkan lagi rezeki kepada kita atas patuhnya kita kepada Allah SWT.
Dalam masa yang sama, saya seru untuk semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama yang makin baik di kalangan rakyat Malaysia.
Sekali lagi, dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seislam, moga nasihat ini adalah kerana Allah, dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya.
*Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini. InsyaAllah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sering kali bila makan ke restoren kita diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-quran.
Pada masa yang sama suasana di restoren amat bising dengan pengunjung berbual sesama sendiri, bergelak ketawa dan langsung tidak mendengar bacaan ayat al Quran ini.
Ia sangat bertentangan dengan adab ketika mendengar bacaan al-Quran yang mana kita haruslah diam dan menghayatinya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Perkara ini juga ditegaskan oleh Ustaz Wadi Annuar yang menganjurkan kedai makan memasang bacaan selawat dan bukannya bacaan ayat al-Quran bagi menjaga adab.
“Jika ada kedai makan, pasanglah selawat, jangan pasang lagu nanti tanggung dosa.
Bacaan ayat al Quran pun jangan pasang, kerana tidak menghormati al-Quran.
“Sebab bila pasang al-Quran kita wajib diam dan wajib hormat. Tak boleh waktu itu nak menggoreng, nak bersembang dan sebagainya dalam kedai. Bukan adabnya. Kalau ada kedai makan pasanglah selawat,”pesan beliau.
‘Dahi adalah 7 anggota sujud.’ Boleh terbatal solat bila dahi terlapik kain telekung sendiri. Wanita terutamanya ambil berat bab ini kerana disebabkan dahi terlapik telekung, solat kita terbatal.
Bayangkan jika perkara ini telah kita lalui bertahun-tahun lamanya dan disebabkan kita kurang pengetahuan agama, rupa-rupanya solat kita tak sah.
Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Boleh terbatal solat jika dahi terlapik dengan kain telekung sendiri saat bersujud. Sebab dahi ni adalah 7 anggota sujud yang wajib diletak pada lantai bagi menyempurnakan solat kita. Hati-hati ya.
Tujuh anggota sujud ini adalah dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki.
Boleh Terbatal Solat
Di ruangan komen, terdapat beberapa kemusykilan lain yang kita dapat kongsikan bersama berkaitan isu ini.
Adakah terbatal solat seseorang jika tapak tangan terlapik dengan telekung?
Jelas Ustaz Farid Rashidi, anggota sujud yang tak boleh berlapik adalah dahi. Yang lain tak ada masalah. Kaki perempuan memang wajib tutup aurat.
Bila Dahi Terlapik Kain Telekung Sendiri
Manakala pertanyaan seterusnya, Adakah sebaiknya seseorang itu kena solat atas tanah atau lantai yang bersih oleh kerana sejadah juga sejenis kain yang melapik 7 anggota sujud.
Jawapannya, sejadah bukan pakaian yang dipakai. Jadi tak ada masalah sujud atas sejadah. Dari 7 anggota itu dahi yang wajib sujud tanpa berlapik dengan pakaian yang bersambung dengan badan sebagaimana telekung.
Manakala bagi lelaki yang bentang ridak atau sejadah kecil di tempat sujud itu tidak mendatangkan sebarang masalah. Ini kerana serban atau kain rida’ yang dipakai berpisah daripada badan seseorang boleh untuk sujud di atasnya dan tak batalkan solat.
Namun begitu, jika tali serban atau kain rida’ itu bersambung dengan badan dan bergerak dengan pergerakan orang yang solat. Maka tidak boleh untuk sujud di atasnya dan solatnya adalah terbatal.
Pemakaian Pelitup Muka
Bagaimana pula dengan pemakaian mask ketika solat, sebenarnya memakai pelitup muka dibenarkan kerana tak menghalang dahi ketika bersujud.
Kashoorga: Bba solat ini adalah perkara utama yang perlu kita ambil berat kerana dia adalah tiang agama.
Sejak mengenakan hijab, pelakon serta pengacara Lisa Surihani, 33 tahun dilihat semkain cantik, langsing dan penampilan cukup menyenangkan. Sebelum itu Lisa memang ada mengalami masalah berat badan, tetapi dia berjaya mengatasinya.
Dan kini Lisa berjaya maintain dengan berat badan ideal walaupun sudah mempunyai dua orang cahayamata. Apatah lagi sejak mengenakan hijab, Lisa juga turut menjaga batas pergaulan serta memilih busana bersesuaian dengan penampilannya kini.
Setelah diselidikinya, ini merupakan rahsia atau petua cantik yang diamalkan oleh Lisa Surihani. Sesuai untuk kita praktikkan terutamanya untuk menambat hati suami atau bakal ratu sehari yang akan berkahwin tidak lama lagi.
1. Kurang Bermekap
Tidak dinafikan kuasa mekap boleh menjadikan penampilan kita berubah dan lain daripada yang lain. malah bagi seorang perempuan itu, mekap juga sangat penting untuk memberi keyakinan setiap kali keluar rumah. Tidaklah nanti wajah dikata kusam atau tidak cukup tidur. Namun bagi Lisa Surihani katanya dia tak berapa suka mengenakan solekan yang tebal melainkan kalau ada event besar atau perlu menghadiri majlis-majlis formal. Malah lebih senang menggunakan krim CC untuk lindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu olesan nipis maskara dan gincu juga sudah memadai.
2. Rajin Bersenam
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, bukan sahaja wajah perlu dijaga, badan yang sihat juga sangat diutamakan. Bagi Lisa katanya bersenam itu adalah wajib! Tidak perlu bersusah payah melakukan senaman berat, sekadar jalan kaki, jogging atau naik tangga di rumah juga sudah cukup.
Menurut Lisa, ini merupakan diet yang paling mudah dan tidak menyiksakan. Dia berpuasa selama 16 jam dan makan hanya tempoh 8 jam. Berkat kesungguhannya, barulah dia mendapat bentuk badan ideal. Kaedah ini boleh diamalkan dengan mula puasa dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari. Namun untuk tempoh 8 jam makan itu perlu juga mengawal diet agar tidak berlebihan.
4. Manja Dengan Suami & Anak-anak
Sejak mendirikan rumahtangga dengan pelakon serta pengarah Yusry, pasangan ini memang sangat sweet dan romantik. Di mana ada Lisa di situ juga ada Yusry. Terpancar kebahagiaan pasangan ini yang dikurniakan dua anak Yahaira Leanne, 4 tahun dan Yusof Leonne, 2 tahun. Baru-baru ini mereka sekeluarga juga turut pertama kali menunaikan ibadah umrah dan sebaik pulang penampilan Lisa turut berubah kepada hijrah lebih baik. Kata orang kalau bahagia bersama keluarga, wajah akan nampak jadi lebih muda.
Walaupun sibuk memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan. Dia akan pastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.
6. Mudah Tersenyum
Lisa juga dilihat mudah tersenyum dan jelas terpancar seri di wajahnya. Dengan barisan susunan gigi yang menjadikan senyuman dilemparkan tak puas mata memandang.
7. Menghormati Orang Lebih Tua, Terutama Ibunya
Pengacara Tanya Dr Imelda ini juga dilihat sangat rapat dengan ibunya. Kalau dulu sebelum kahwin, memang ibunya yang sering menemani Lisa ke mana sahaja dia pergi. Malah sampai sekarang hubungan mereka berdua memang rapat disebabkan dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik. Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik.
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...