Bantu Lelaki Berkerusi Roda, Pemandu Grab Tidak Ambil Sesen Pun Duit Tambang

Share

Dalam dunia materialistik ini, wang menjadi perkara utama. Namun bukan semua berfikiran sebegitu kerana dalam keadaan tertentu, sikap tolong menolong itu lebih utama berbanding perkara yang lain. Seperti pemandu Grab ini, sikap ikhlas dalam dirinya membuatkan dia hanya membantu seorang lelaki yang berkerusi roda tanpa mengenakan sebarang tambang.

Baca nukilan yang dicoretkan oleh lelaki berkerusi roda itu.


“Terima kasih atas budi baik pemandu Grab yang tidak mengambil sesen pun duit tambang”.

Kata-kata itu diluahkan oleh pemilik Facebook, Zamri Mohamed Orgpayrock yang menghargai jasa baik seorang pemandu Grab. Pemandu Grab itu iaitu Hanif Rosli telah menghantarnya pulang ke rumah dari Hospital Kuala Lumpur.

Kisah sifat pemurah Hanif itu tular di media sosial hingga mendapat pujian netizen.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu Grab ini telah mengambil saya dalam keadaan berkerusi roda di Hospital Kuala Lumpur.

“Waktu hujan lebat, dia telah menghantar sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau satu sen pun dari saya,” katanya yang sepatutnya perlu membayar sebanyak RM24.

Menurut Zamri, Hanif sanggup bersusah payah membantu mengangkatnya masuk dan keluar dari kereta.

“Nampak dia berpeluh-peluh…Semoga ALLAH SWT memudahkan perjalanan dan memurahkan rezekinya sekeluarga,” katanya.

Perkongsian Facebook itu meraih 79,000 tanda suka, 17,677 perkongsian dan 14,000 maklumbalas dari netizen.

Bukan semua pemandu Grab bekerja semata-mata untuk wang ringgit kerana mereka juga seperti insan yang lain, memiliki sifat dan hati yang baik.

Moga murah rezeki pemandu Grab tersebut.

Sumber kredit: FB: Zamri Mohamed Orgpayrock dan Sinar Harian.

IKLAN