Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke lima. Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah peluang yang amat dinanti-nantikan. Membawa anak kecil menunaikan umrah itu mungkin biasa dilakukan ramai ibu bapa namun sesuatu yang agak mencabar apabila membawa anak kecil menunaikan haji.
Bagi Dr Sheikh Muszaphar atau nama sebenarnya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, membawa anak kecil menunaikan haji bukanlah satu masalah besar pada dirinya dan juga isteri, Dr Harlina. Ketika itu anak sulung pasangan ini (Bella) baru berusia 1 tahun 8 bulan (20 bulan).
Dikongsikan tip membawa anak kecil bersama-sama menunaikan haji.
LIMA TIP DARIPADA DR SHEIKH MUSZAPHAR KETIKA MEMBAWA ANAK KECIL MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH
Ads
1 . Fahami kerenah anak-anak. 2. Sediakan kelengkapan bayi seperti lampin, botol susu dan jangan lupa bawa barang permainan kesukaan anak-anak. 3. Peka akan pergerakan anak-anak (takut hilang dan sebagainya) 4. Suami Isteri harus bergilir-gilir mendukungi tanggungjawab – one prays while the other take care of the kids. 5. Banyak bersabar dan Bertawakal kepada Allah. In Sha Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan.
Berikut dikongsikan momen-momen indah sepanjang Dr Sheikh Muszaphar bersama Bella di Tanah Suci Makkah. Memang ikon bapa mithali.
Ads
Sepanjang di Makkah, Bella tidak banyak ragam.Comelnye Bella.Dr Sheikh Muszaphar seorang bapa yang penyayang.Hajjah Bella.Bella, anak yang mudah mesra.
Apabila sampai masanya kita digalakkan untuk berkahwin. Ketika itu tanggung jawab menjaga kita terletak di bahu pasangan.
Namun begitu apabila sudah mendirikan rumah tangga jangan sesekali lupakan tanggung jawab kita kepada kedua ibu bapa. Ingatlah, mereka masih ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat.
Jangan sesekali kedekut dengan mereka. Tidak banyak, tetapi pemberian yang sedikit pun sudah memadai asalkan dapat memberi kegembiraan berpanjangan kepada kedua ibu bapa. Malah pemberian yang sedikit itulah menjadi punca kepada keberkatan hidup.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial Facebook Puan Intan Dzulkefli yang memberi ingatan supaya jangan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan kedua orang tua. Malah mohonlah doa mereka agar segala urusan kita akan dipermudahkan kelak.
Ada seseorang pesan pada saya, waktu kita paling susah itulah kita kena bagi mak ayah duit & minta doa mereka.
Ada suatu masa, macam-macam dugaan datang… kereta rosak, anak tak sihat, motor eksiden. Balik kampung minta doa mak ayah & tetap bagi mak ayah duit walaupun dalam poket memang tinggal duit yang itu.
Alhamdulillah, kesannya walau banyak ujian datang, hati tenang & yakin insyaAllah pasti ada jalan. Taklah rasa serabut seperti sebelum itu.
Pada mak ayah itu ada keajaiban doa, doa yang makbul. Jangan segan minta doa mak.
Mak kita boleh jadi biasa-biasa pada pandangan duniawi ni, tapi padanya ada nikmat tak ternilai, itulah dia kemustajaban doa ibu.
Ada ramai je anak-anak yang dari bujang sampai ke beranak pinak, dari study makan biasiswa sampai kerja makan gaji, buat biz online.. tapi cuma sekadar bangga sales berapi.. hakikatnya tak pernah sekali hulur mak ayah duit walau RM10. Tapi menariknya.. hidup mereka terus juga berjaya…
Jawapannya mudah saja..
Kasih mak ayah ni ikhlas.. mereka tak pernah berkira.. mereka makan sedap sikit mereka teringatkan anak, ‘apalah yang anak aku makan..’ mereka beli kain batik, telekung, baju, mereka ingat untuk belikan anak-anak..
Tapi anak-anak kebanyakkannya sekalipun tak pernah ingat ibu bapa. Makan sedap-sedap, jalan-jalan makan angin, dapat bonus.. untuk diri sendiri saja.
Tak perlu pandang orang lain. Tak perlu condemn kakak, abang, adik kenapa tak bagi mak duit bulan-bulan, balik sekali sekala tak pernah topup barang dapur, tak tolong mak buat kerja rumah, buat mak macam orang gaji, tak bawa mak jalan..
Tak perlu cari salah orang. Sebab dosa pahala kita tidak dinilai dengan perbuatan orang lain.
Fokus diri sendiri. Tanya pada diri sendiri..
Apa je yang kita dah buat untuk mak ayah..?
Muhasabah saya yang menulis. Moga syurga tertinggi buat ibuku yang dikasihi.
#intandzulkefli #selfreminder
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi jemaah umrah/haji yang pertama kali menaiki kapal terbang tentunya agak kekok ketika pertama kali menggunakan tandas. Keadaan menjadi sedikit tidak selesa apabila ingin mengambil wuduk sehingga lantai tandas ‘lecak’ dengan air.
Sebenarnya ada cara yang praktikal dan mudah untuk mengambil wuduk tanpa membuatkan lantai tandas habis lencun dengan air.
Aku sendiri pernah tengok pramugari sebuah penerbangan antarabangsa mengeluh sebab tandas kapal terbang bersepah dengan air. Lantainya pun lencun.
Memang ya, sebab ada penumpang yang berwuduk dalam sana.
Sebenarnya kawan, tak salah pun berwuduk dalam kapal terbang. Cuma seeloknya jagalah hak tandas dan penumpang yang lain juga. Janganlah terlalu melampau sampaikan basah habis cermin, lantai dan mangkuk tandas. Orang selepas kita nak guna pun tak selera.
Selalunya mereka yang pernah datang melaksanakan umrah akan diperkenalkan dengan botol spray untuk berwuduk. Cara ini senang saja, hanya semburkan di anggota wuduk lalu sapu dan ratakan guna tangan. Boleh buat di kerusi masing-masing tanpa perlu ke tandas.
AMBIL TAHU KEADAAN TANDAS DALAM KAPAL TERBANG
Namun, ada juga yang berasa tak yakin dengan spray begitu. Nak juga berwuduk di tandas kapal terbang. Nak juga angkat kaki ke singki ketika nak basuhnya. Haih.
Okey beginilah, kita kena tahu yang tandas kapal terbang ini sempit saja ruangnya. Agak sukar jugalah bagi mereka yang bertubuh gempal untuk pusing ke sana, ke mari nak angkat kaki apa semua.
Saya cadangkan agar kalian meminimumkan penggunaan air untuk berwuduk. Alah, nak wuduk ini tak perlukan air yang banyak pun. Bukannya macam kita buka paip masa mandi, air keluar mencurah-curah lajunya.
Hanya tadahkan air ke tangan dan sapukan ke anggota wuduk. Pastikan ianya rata ke segenap penjuru. Air tak banyak tak apa, asalkan rata semuanya. Sapukan sekali pun dah cukup jika dah kena.
Paling penting, tak usah pedulikan rasa was-was yang syaitan duk bisikkan dekat telinga. Itu semua gangguan yang akan buatkan kita rasa tak kena itu ini. Lepas itu mulalah duk ulang basuh tempat sama sampai lencun habis. Ha, itu bahaya.
Untuk basuh kaki pula, elakkan daripada angkat masuk ke singki. Itu bahaya terutama buat warga emas. Yang muda remaja pun samalah juga. Jadi saya sarankan untuk gunakan gelas plastik yang disediakan dalam sana. Memang ada selalunya. Kalau tak ada, boleh minta dari pramugari cantik yang bertugas okeh.
Isikan dalam gelas plastik tadi. Kemudian letak kaki di mangkuk tandas, dan basuhlah di situ. Selamat dan selesalah sikit berbanding duk sangkut kaki dalam singki sana. Sudahlah tinggi, bahaya woih.
JAGA KEBERSIHAN
Bila dah siap berwuduk, ini yang terakhir. Kena buat. Ambil tisu dan lap tempat-tempat yang terpercik air tadi. Di cermin, dinding, mangkuk tandas dan pintu jamban. Lap kasi kering. Jangan tinggalkan kesan. Kita jaga kebersihan tandas awam. Orang lain pun nak guna.
“Alah, bukannya kotor pun. Kita guna buat berwuduk kot.”
Iya memang tak kotor bagi kita. Namun sesetengah orang berasa jijik dan mereka pun tak tahu itu air wuduk ataupun air jamban. Bila dah lencun begitu, orang pun tak selesa.
Kita nak buat ibadat ini, jangan sampai orang di sekeliling rasa serabut dan menyampah. Jangan sampai orang kaitkan agama dengan benda yang bukan-bukan hasil perbuatan kita. Kalau kita masuk jamban dalam keadaan kering, pastikan kita tinggalkannya pun dalam keadaan kering juga. Kesianlah dekat pramugari dan penumpang yang lain.
Apabila kita faham konsep wuduk, pasti mudah. Ianya tak memerlukan air sebaldi pun untuk sempurnakan satu wuduk. Nabi SAW dulu berwuduk guna air sebekas kecil saja. Tetap sempurna hasilnya. Dan kita pun boleh cuba tiru dan amalkan.
Kisah anak kesayangannya pernah viral hingga mendapat perhatian meluas di media sosial. Ketika itu ramai yang sangat simpati dengan penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Namun berkat sokongan semua dan pihak terbabit, akhirnya adik Ainul kita sudah sihat dan tersenyum biarpun perlu ada pemantauan setiap masa.
Insan yang paling gembira dengan perkembangan Ainul ini pastilah keluarga terutama ibu yang melahirkan bayi istimewa ini. Sebelum itu, pernah berhasrat untuk memyambung pengajian tetapi disebabkan kesihatan Ainul niat itu tertangguh.
Kini setelah segalanya selesai, ibu muda ini, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega sekaligus memberi peluang untuknya menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian swasta baru-baru ini.
Dalam posting dimuat turun, Nurul Erwani berkata hasrat menyambung pengajian sudah lama dipendam dan telah mendapat sokongan suaminya, Ahmad Safiuddin serta ahli keluarga lain.
Alhamdulillah. Semalam hari kedua attend kelas di OUM. Decision untuk teruskan study memang impian dari dulu lagi. Suami support dan family pun beri sokongan untuk teruskan.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai yang meyokong usahanya itu. Rata-rata pengikut yang telah mengikuti kisah Ainul dari awal turut berharap segala urusan ibu muda ini dipermudahkan.
KASHOORGA: Kashoorga mendoakan agar baby Ainul terus sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Percayalah setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu dan bapa pasti akan dibalas dengan sesuatu yang manis dan indah dari Allah SWT.
Masjid Al-Aqsa Dibuka Semula selepas 40 hari penutupan, menyaksikan detik penuh emosi apabila umat Islam kembali menunaikan solat berjemaah di Baitulmuqaddis.