Bawah dagu kita ni, aurat ke tak? Hmm kena tutup ke. Sebelum tu kita kena tahu dulu, dagu ini termasuk kawasan muka ke tak .
Dalam fiqh Mazhab Imam Syafie,
“Sempadan wajib basuh muka ketika mengambil wuduk adalah daripada mula tempat tumbuhnya rambut sampailah hujung dagu dan di antara dua cuping telinga.’
Ads
Wanita Ni Susah Di Dunia
Jadi dekat sini, boleh kata kawasan bawah dagu ini tak termasuk muka, sedangkan kita wajib tutup anggota seluruh badan kita melainkan muka dan tapak tangan (depan belakang).
Sebab tulah dalam solat kita akan tutup dagu, kalau tak, tak sah solat
aurat kita yang wajib tutup masa solat dan luar solat sama saja sebenarnya.
Tapi bab bawah dagu ni ada khilaf, ada sebahagian pendapat kata aurat dan ada pendapat lain kata bukan aurat.
Macam-Macam Nak Kena
Yang kata bukan aurat ni, dia kena basuh sekalilah bawah dagu ni masa hendak berwuduk.
Ads
Tapi yang terpenting, jangan pula bila kita nampak, orang tu tak tutup dagu. Jangan judge dia, mungkin dia pegang pada pendapat yang dagu ini bukan aurat.
Ada pun yang paling baik, ulama sarankan kita keluar daripada khilaf, maksudnya kita tutuplah bawah dagu ni. Kalau kata bawah dagu ni aurat, kita dah selamat. Tak berdosa.
Kalau kata bukan aurat pulak, tak apalah. Kita ambil pendekatan lebih menjaga.
Jelas bukan.
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
Nak jimat punya pasal, makanan halal jadi haram. ‘Orang berniaga jer faham azabnya bila pelanggan minta kurang banyak-banyak.’
Maklumlah untungnya bukanlah banyak sangat, kadang-kadang lepas ditolak kos itu dan ini, dapatlah untuk 2,3 ringgit tapi amaun itulah yang diminta pelanggan.
Kadang-kadang dalam perasaan serba salah terpaksa juga bagi kurang apa lagi dengan pelanggan setia sebab nak jaga air muka kedua pihak.
Memang tak mudah, tapi inilah dilema yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Jika kalian di kalangan orang berkemampuan, janganlah minta kurangkan harga.
Fikir juga nasib penjaja atau peniaga yang kecil yang untungnya sedikit. Ikuti perkongsian Puan Salwa Mohd Salleh ini dan hadam baik-baik apa yang cuba dia sampaikan.
Beberapa hari lepas, kami adik-beradik berkumpul di kampung. Kebetulan sudah agak lama juga kami tidak berkelah bersama-sama, jadi cuti tahun baru digunakan untuk rejuvenate apa yang patut sebelum memulakan langkah seterusnya.
Antara aktiviti wajib selain makan dan makan lagi di kampung adalah menyembang. Lokasi utama tentulah di dapur (makan dan makan lagi, diingatkan) Entah apa topiknya waktu itu, sambil-sambil mengunyah aneka juadah, tiba-tiba emak kami bersuara,
“Ingat lagi arwah Abah pernah cerita. Ada satu makcik ni, dia dah la ambik ikan yang mahal-mahal, yang besar, lepas tu semua dia mintak kurang harga. Dah kurang harga semua, waktu nak bungkus ikan dia tambah pulak seekor dalam plastik tu”
Abang ipar saya terkejut.
“Haih, ada orang macam ni punya teruk ke?”
“Banyaaaakkkk” jawab kakak saya merangkap isteri beliau.
Abang saya mengangguk, mengiyakan.
Saya, meneruskan kunyahan lalu berkata,
“Ooooo ingat je peristiwa ni. Sebab i ols ada kat tepi Abah waktu tu”
Lalu ingatan saya berputar-putar umpama gelungan filem layar perak, mencari di mana agak nya lokasi kejadian ini terjadi. Pastinya hampir 30 tahun yang lepas.
Pasar?
Sudah tentu.
Pasar mana?
Tak ingat pula.
Siang atau malam?
Pagi, setepatnya.
Saya waktu itu hanya berusia 9 atau 10 tahun mungkin. Membantu Abah menjual ikan dan hasil laut di pasar pagi, pasar tani dan pasar malam sekitar daerah Hilir Perak. Kami akan bergilir-gilir menemankan Abah.
Sebab itu juga lah, segala selok belok perihal ikan, baik namanya, cara masaknya, mana yang di rebus, mana yang digoreng, gulai, 3 rasa, singgang, bakar cicah air asam, sebut sahaja kami boleh berikan recomendations.
Ini kawan sekalian, boleh mengurangkan keserabutan di kepala para isteri tentang resepi apa boleh dimasak malam hari dan tentunya mengubat tekanan batin para suami yang mukanya selalu sahaja blur tak kenal ikan apapun malah selalu lupa ikan yang dipesan isterinya.
Berbalik kepada cerita,
Makcik itu mahunya ikan yang besar dan ada harga sahaja. Kalau pelaling atau selar “sorry not my taste” lagaknya.
Tangannya membelek-belek ikan bangsa kayangan seperti bawal, nyok-nyok, tenggiri atau paling tidak kerisi. Mahu yang besar saiznya.
“Mahalnya!!! Kurang lah lagi harga tu”, katanya setiap kali di timbang ikan yang dipilih.
Kalau misalnya harga 8.50,dia minta 7 ringgit sahaja. Kalau harganya 12 terus minta 10 sahaja. Mulut nya persis bontot ayam, pokpek pokpek tak ketahuan semuanya mahu di komen.
Haih. Taste tinggi, tapi kehun bukan main lagi!
Bila dah nak dibungkus, sesuka hati menambah seekor ikan tiba-tiba dalam bungkusan.
Sudah lah minta kurang tak ingat dunia, tambah ikan ikut suka macam tak ingat kiamat pula.
Sungguh makcik tak tahu hukum!!
Kalau ikan kerisi begitu, untungnya habis kuat mungkin dalam 1.50 ringgit sekilo. Modal rm4.50, jual 3.60 sekati, 6 sekilo. Itu bahan mentah sahaja.Kalau dikira kos minyak, payung, plastik, meja, tenaga kerja akhirnya untung boleh jatuh 1.20 sahaja.
Jadinya jika makcik tadi beli sekati, harga 3.60 tapi timbangannya 650gram (ala, lebih sikit pun takkan nak berkira, kata dia) sepatutnya harga jadi 3.90 untuk ikan yang dia beli. Kos bahan mentah 2.92 campur kos lain total kos 3.10.
Sekonyong-konyong makcik ini minta rm3 sahaja. Malah ditambah pula seekor ikan kerisi saiz sederhana 200g beratnya, total kos menjadi 4 ringgit. Rugi 1 ringgit kawan-kawan!!
Saya yang ketika itu jengkel bukan kepalang, sempat berdoa agar makcik mulut tak ada insurans dan adab ini biar lah tak datang lagi membeli. Bukan setakat hati sakit, malah kami jadi rugi pulak.
“Maaflah Puan. Itu lah untung saya. Yang sikit tu. 60 sen bagi puan kecik, tapi itulah untung saya. Dah banyak kurang tadi untuk ikan-ikan lain. Kalau Puan tak jadi beli pun tak apa”, tegas arwah Abah tapi nadanya bersahaja.
Saya melirik makcik tadi yang senget benget muka masamnya. Makbul juga doa saya kerana selepas itu di minggu-minggu seterusnya, makcik tadi tidak lagi beli ikan dengan kami. Syukur!!
“Sebab itu kitorang kalau beli apa-apa kat pasar, tak pernah minta kurang”
Kata-kata kakak saya membuatkan fikiran saya kembali ke dapur semula.
“Ohhhhh”, kata abang ipar.
“Ye derrr. Mana pernah kitorang mintak kurang. Sebab dulu waktu berniaga dah rasa azabnya”, abang saya menambah.
Kesimpulan,
Belajar akad jual beli.
Belajar juga hukum hakam.
Jangan nak jimat punya pasal, makanan halal jadi haram!!
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah (172). Masa yang sama, Allah SWT turut memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah(samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”. (Riwayat Muslim (107) (sumber pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
Dalam laporan oleh Malaysia Gazette hari ini, dilaporkan sebuah kilang memproses makanan di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk kegunaan makanan Yong Tau Fu diarahkan tutup selepas keadaan kilangnya amat jijik serta meloyakan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan.
Keadaan kilang memproses bebola ikan dan daging ini terbukti menjijikkan hasil serbuan oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini.
Serbuan Ops Tegar pada pukul 10 pagi tadi mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.
Katanya, pembungkusan bebola ikan dan daging itu juga mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam bahasa Cina dan sebahagiannya pula dibiarkan tanpa label.
“Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses. “Selain itu, kita dapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.
Turut serta pada operasi tersebut, pihak berkuasa tempatan dan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.
Menurut Wazir, banyak kesalahan dilakukan kilang berkenaan walaupun pernah diserbu dua kali pada tahun lalu.
“Bertindak atas aduan dan rutin pemeriksaan berkala kita sudah meminta pemilik mematuhi piawai yang ditetapkan dan amaran diberi secara lisan ketika itu.
“Namun, serbuan hari ini menunjukkan mereka gagal berbuat demikian malah kesalahan yang dilakukan amat besar kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan,” ujarnya.
Tambah beliau, kilang terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Selain itu, setiap pekerja kilang tersebut didenda RM300 mengikut Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sering kali kita melihat golongan perawat lelaki menyentuh sekurang-kurangnya bahagian kepala wanita yang di ruqyahnya. Dalam pada itu timbul pertanyaan, bolehkah hal itu dibenarkan kerana jelas dan terang pesakit wanita bukan muhrimnya. Namun kebanyakan dari pesakit beranggapan, disebabkan ia berlapik hal itu dibenarkan dalam islam. Ikuti kupasan dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, hasil penulisannya yang dikongsi dalam e-book Maktabah Al Bakri.
Bolehkah perawat lelaki yang melakukan ruqyah syar’iyyah menyentuh pesakit wanita dengan berlapik?
JAWAPAN
Hukum bersentuhan kulit antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram adalah haram. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).[1]
Walaupun zahir hadis menunjukkan pengharaman ke atas lelaki, akan tetapi hukum tersebut tetap terpakai sebaliknya sebagaimana yang dijelaskan oleh Mulla ‘Ali al-Qari:
Maksudnya: “Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan dalam masa yang sama, melainkan pada keadaan-keadaan yang tertentu.”[2]
Saya teringat kepada kisah Syeikh Hasan Habannakah tatkala seorang perempuan hendak bersalam dengannya lantas beliau tidak mengizinkannya. Kemudian dikatakan bahawa boleh jadi Syeikh dalam keadaan wudhu’ maka Syeikh menjawab : “Tidak. Tetapi sebenarnya Rasulullah SAW tidak menyentuh tangan mana-mana perempuan yang bukan mahram!”
Hal ini adalah berdasarkan hadith daripada Saidatina A’ishah radhiyallahu ‘ana:
Maksudnya: “Demi Allah! Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan sahaja.”[3]
Justeru, alangkah eloknya jika tidak disentuh dan hanya membaca doa kepada seseorang pesakit tersebut jika sekiranya perawat lelaki dan pesakit perempuan yang bukan mahram. Apa yang utama adalah bacaan, dan bukan sentuhan. Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.