Umum maklum bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail kini berada di UK untuk meyambung pengajiannya peringkat Sarjana. Namun ramai yang bertanya di media sosial bagaimana dia berminat untuk belajar balik memandangkan sudah selesa dengan kehidupan dilalui sekarang.


Dalam posting terbarunya Faizal menjelaskan tiga sebab mengapa dia berminat untuk sambung belajar dengan merujuk kepada tiga insan yang membuka hatinya untuk menggenggam PhD kelak.

Tambahnya lagi setelah tiga tahun merancang Allah telah membuka jalan satu persatu. Bukan senang tetapi tiada yang mustahil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


Menurut bekas pengacara Muzik Muzik ini juga  mulakan caranya dengan niat, doa dan usaha. Insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Faizal menyambung pengajiannya peringkat Sarjana dalam bidang Industri Kreatif dan Budaya di Universiti Cardiff.

Bukan hanya dia seorang, Tetapi Faizal turut membawa keluarga sekali. Dia sanggup mengeluarkan RM500 ribu wang simpanannya untuk menampung kos pengajian, penginapan serta keperluan untuk lima orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam.. namun niat itu menjadi lebih fokus sejak TIGA tahun lalu bila ALLAH temukan saya dengan insan2 yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini.. 

CAMNE TERFIKIR NAK STUDY BALIK? 

Saya terima soalan cam tu banyak kali.. so nak share lah ni . Lepas berhenti full time job, saya target nak carik benda baru.. explore new opportunities. Dalam mencari.. ada 3 orang ALLAH izinkan saya berjumpa. .

1st person @faizalnazim_ 

IKLAN

4 tahun lepas di LONDON saya bertemu semula dgn Faizal (nama pun sama) sejak lost contact dari sekolah RENDAH..(1st pic) masa tu tgh shooting satu production tv.. sejak dari hari tu kami jadi rapat dan setiap kali dia balik ke Malaysia kami jumpa.. dia akan cerita macam2 pasal LIFE kat sana sebab dia dah dekat 20 tahun jadi rakyat sana lepas berkahwin dgn wanita British. Saya inspired dgn cerita dia. (Tapi bukan tang bab kawen ngan Brit )

Besarnya Kuasa Allah, Temukan Faizal Ismail Dengan 3 Insan Ini Yang Buka Jalan Untuknya Sambung Belajar Di UK

2nd person @noyuandrea 

PHD Student at Cardiff University, pernah buat praktikal kat Media Prima masa saya host Muzik2, Apa Saja FBI. Tahun 2016, tiba2 dia whassap saya lepas beberapa tahun, bgtau dia skrg study kat UK… so saya terus tanya dia camne nak further ke sana.. step by step dia terangkan kat saya.. so saya inspired kali kedua . Last year @faizalnazim_ @yusrizamri @hafiz.abah bawak saya ke Cardiff utk face to face dgn course tutor dan @noyuandrea sambut kami.. (Second pic)

Besarnya Kuasa Allah, Temukan Faizal Ismail Dengan 3 Insan Ini Yang Buka Jalan Untuknya Sambung Belajar Di UK

IKLAN

3rd person @farahlee_ .

Sepatutnya saya plan nak further tahun 2018.. tapi Allah bagi rezeki anak dan kami tangguh plan.. tup tup.. tgk kat IG @farahlee_ dia dapat sambung ke UK tahun lepas, huhu.. lagi jealous kita.. (pic 3 sebelum dia gerak ke UK last year) so i told her pasal niat saya juga, and she really encouraged me to pursue the dream. Thank you Omma .

And after 3 years of planning.. here i come. ALLAH buka jalan satu satu.. Sebenarnya bukan senang tapi tak mustahil.. mulakan dengan NIAT, DOA dan USAHA. Set your TARGET.. dan jgn buang masa atau berbelanja dgn benda2 yg tak membantu.. inshaAllah.. Get rid of NEGATIVE THINKING and TOXIC PEOPLE, stay focused and go after your dreams! Good luck .

Besarnya Kuasa Allah, Temukan Faizal Ismail Dengan 3 Insan Ini Yang Buka Jalan Untuknya Sambung Belajar Di UK

P/S : nanti kita share pasal camne nak apply dan proses berkaitan.. ramai yg bertanya gak.. tungguuuu

IKLAN

Ramai yang teruja termasuk rakan selebriti dengan perkongsian ini dan masing-masing memberi kata-kata semangat padanya dalam mencapai cita-citanya.

farahlee_ Yeayyyyyy finally been waiting for.!!  See you around Sir.!

shieraijoy All the best….good luck..bagusnyaa…nanti kami tgk di ig yaa

aamyrarosli Semoga semuanya dipermudahkan.. amin.. selamat jalan abg faizal..

dayahbakar All the best abang !!! Make us proud ! May Allah ease your journey

noordhalinadahalan Semoga Allah permudahkan segala urusanmu sahabat..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAIZAL ISMAIL 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI