‘Beza umur hampir 20 tahun.’ Lelaki ini tidak kekok isteri lebih berusia, terima jodoh ketentuan Allah. Benarlah bila kita ikhlas menerima pasangan kita seadanya, bab umur bukanlah satu masalah besar.
Malahan bagi dua lelaki ini, usia hanyalah angka dan paling penting adalah kasih sayang serta sifat saling memahami antara satu sama lain.
Atas faktor itulah menjadikan dua pemuda berusia 24 dan 28 tahun ini tidak kekok memperisterikan wanita yang jauh lebih tua daripada mereka yang masing-masing berusia 46 dan 38 tahun.
Mereka enggan mengambil pusing mengenai tanggapan orang sekeliling dan bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Sebelum itu, impian Muhammad Hakim Hanif Rosli untuk berumah tangga pernah berkecai selepas putus tunang tahun lalu.
Meskipun perit, Muhammad Hakim, 24, yang kini menetap di Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan, tidak menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi.
Ditakdirkan pemuda itu berkenalan dengan Haslinda Haron, 46, menerusi aplikasi WeChat, Disember lalu.
Perkenalan tidak sampai 24 jam itu membuahkan bibit cinta hingga meyakinkan Muhammad Hakim untuk menyunting Haslinda sebagai suri hidupnya walaupun wanita berkenaan adalah ibu kepada lapan anak dan nenek dua cucu.
Lelaki Ini Tidak Kekok
Bagi Muhammad Hakim, umur hanya sekadar angka kerana apa yang lebih penting, dia dan isteri menyayangi satu sama lain.
“Saya pernah menjalin hubungan dengan perempuan sebaya dan yang lebih muda.
“Bagaimanapun hubungan itu tidak berpanjangan dan saya pernah merancang berkahwin sebelum Aidiladha tahun lalu.
“Hasrat itu tidak kesampaian apabila putus tunang dan selepas beberapa bulan, Allah temukan saya dengan isteri.
“Kami kenal tidak lama iaitu kurang dua bulan dan sah menjadi suami isteri pada 17 Februari lalu,” katanya.
Menurutnya, salah satu perkara yang membuatkannya tertarik dengan Haslinda adalah kerana isterinya pandai berjenaka.
Isteri Lebih Berusia
Katanya, Haslinda juga tidak kisah menerima dirinya yang hanya bekerja kampung dan dia bersyukur kerana mendapat restu keluarga untuk berkahwin.
Ads
“Keluarga okay, tiada halangan cuma mereka ada menasihatkan saya untuk berfikir sehabis baik kerana enggan saya terburu-buru dalam soal perkahwinan.
“Lagipun saya anak sulung daripada lima beradik, jadi mungkin sebab itu keluarga mahu saya fikir masak-masak sebelum buat keputusan namun hati saya mengatakan isteri orangnya (pilihan tepat) ketika itu.
“Saya tidak kisah soal umur kerana apa lebih penting dapat pasangan yang jujur, ikhlas dan setia.
“Cuma ada yang mengatakan isteri tanggung saya kerana dia bekerja tetap namun saya abaikan sahaja,” katanya.
Terima Jodoh
Sementara itu, jelas Haslinda yang bekerja sebagai guru tadika, perkahwinannya sebelum ini bertahan 22 tahun sebelum dia dan bekas suami sepakat membawa haluan masing-masing pada 2018.
Katanya, jurang umur lebih dua dekad juga bukan halangan walaupun dia tiada pengalaman dengan pasangan lebih muda sebelum ini.
“Tempoh perkenalan kami singkat sangat kerana hari ini kenal, esok jumpa dan terus suami bawa berjumpa keluarganya.
“Mujur ibu bapanya terima saya dan keluarga. Anak-anak juga tiada masalah, malah mereka terima keputusan saya.
“Walaupun suami jauh lebih muda, dia amat bertanggungjawab dan penyayang orangnya. Sakit demam saya, dia jaga dan saya berasa bahagia dapat suami sepertinya.
Ads
“Saya doa kepada Allah supaya panjangkan jodoh dengan suami sampai saya tutup mata,” katanya.
Ketentuan Allah
Bukan hanya Muhammad Hakim dan pasangannya, Muhammad Amirul Suhanan dan Emmayuza Yusof juga antara pasangan suami isteri yang mempunyai jurang umur yang jauh. Awalnya hubungan pasangan ini tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.
Beza umur juga menyebabkan Muhammad Amirul, 28, lebih selesa memanggil Emmayuza, 38, kakak sebagai tanda hormat.
Kini panggilan kakak bertukar sayang dan semuanya selepas Muhammad Amirul serta Emmayuza diijabkabulkan menjadi suami isteri pada 27 Februari lalu.
Perkahwinan mereka bersandarkan rasa cinta dan buktinya, Muhammad Amirul sedia menerima Emmayuza dan empat anak hasil perkahwinannya terdahulu.
Manakala Emmayuza pula sanggup menerima lamaran Muhammad Amirul yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Berkongsi detik awal pertemuan mereka, terang Muhammad Amirul, dia dan isteri dahulunya bekerja di sebuah pasar raya yang sama.
Ads
“Saya kerja di bahagian khidmat pelanggan manakala isteri pula sebagai ketua juruwang.
“Memandangkan kami satu tempat kerja, maka saya selalu sangat mengusiknya dan berasa kosong apabila dia tidak datang serta tiada di depan mata.
“Kiranya hari saya tidak sempurna kalau tidak mengusiknya. Isteri juga ambil berat terhadap saya kerana jika tidak datang, dia akan tanya kenapa, jadi daripada situ timbul perasaan sayang antara kami,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tiada pengalaman menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia sebelum berumah tangga.
“Bagaimanapun itu yang dinamakan jodoh, jadi saya terima sahaja ketentuan-Nya.
“Cuma biasalah emak dan ayah ada tanya saya adakah sudah betul-betul bersedia ketika saya beritahu mereka hasrat untuk berkahwin dengan isteri.
“Bukan kerana mereka tidak izinkan, cuma mahukan kepastian yang saya sudah bersedia jadi suami dan saya sendiri tahu bukan mudah jaga ‘anak orang’ tambahan isteri sudah ada empat anak.
“Tetapi saya percaya rezeki Allah itu luas, jadi saya cuba usaha sehabis baik, doa dan yakin pada-Nya,” katanya yang tidak pernah menerima sindiran termasuk daripada rakan kerana memilih wanita lebih berusia sebagai isteri.
Tidak Sangka Bertemu Jodoh
Sementara itu, kongsi Emmayuza, dia tidak pernah terfikir untuk mendapat ‘pucuk muda’.
“Dulu saya pernah katakan tidak ingin (kahwin lelaki muda), tetapi akhirnya itu yang saya dapat.
“Suami dulu suka usik dan keletahnya itu yang membuatkan saya selesa hingga akhirnya jatuh cinta.
“Lagipun raut wajahnya lembut dan dia juga baik orangnya,” katanya yang kini giat menjalankan perniagaan dalam talian.
Akhiri Emmayuza, keluarganya tidak membantah keputusannya malah memberi restu kepadanya untuk berkahwin lagi walaupun dengan pasangan lebih muda.
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Dalam rumah tangga jika tiada gurau senda tentulah membosankan. Hubungan suami isteri jadi hambar dan kaku.
Maka sebab itulah perlunya gurau senda serta rajuk dan pujuk dalam sesebuah rumah tangga. Baharulah sesebuah rumah tangga itu aman dan bahagia.
Dengan bergurau senda dan ketawa, ia sekali gus dapat melahirkan suasana bahagia dalam rumah tangga.
Gurau senda merupakan sunnah yang dituntut dalam Islam. Tidak wajar sesebuah rumah tangga itu dilayari dengan suasana serius.
Kemanisan gurau senda antara suami isteri melahirkan suasana harmoni dalam rumah tangga.
Ikuti perkongsian Muhammad Yusof tentang betapa perlunya gurau senda dalam rumah tangga serta kuasa memujuk isteri yang ada pada seorang suami.
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu.
Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
GELAGAT ISTERI MERAJUK
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung. Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan.
Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia. Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu. Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
PELENGKAP ISTERI
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Aku belajar sesuatu malam ni.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
FASA BAHAGIA
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong. Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak? Sumber Kredit: FB: Muhammad Yusof
Nak suami yang pandai memujuk, apa kata sertai webinar jodoh kami. Di webinar ini kami akan ajarkan bagaimana mengenal imam yang baik untuk anda hingga jodoh berkekalan hingga ke jannah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat bayi yang dikandung selama sembilan bulan lahir dalam keadaan sihat dan ceria. Namun siapalah kita mahu menolak ketentuan Illahi. Siapa sangka bayi yang dilahirkan meninggal dunia selepas sehari meihat dunia ini.
Bayi milik Tahfiz Muda bersuara merdu (mengalunkan ayat Al-Quran) Muzammil Hasballah dari Indonesia ini pergi sebaik kelahirannya ke dunia ini.
Sebagai ibu bapa dan hamba-Nya dilihat Tahfiz Muda ini begitu tenang sekali menerima berita kehilangan anak kecil yang dberi nama Ruhi Gumaisha.
Malah dalam perkongsian di laman sosial Instagram Tahfiz Muda ini memaparkan majlis pengebumian anaknya yang dilahirkan secara normal itu dalam suasana tenang dan damai sekali.
Bukan itu sahaja beliau juga turut mengimamkan solat jenazah untuk puterinya itu. Mendengar alunan bacaan seakan dapat meneka betapa sedihnya hati bapa ini atas kehilangan, tetapi reda dengan segala yang ditentukan oleh Allah SWT.
Sebaik muat naik video berkenaan yang ditonton 3 juta warga net serta lebih 30 ribu komen, Tahfiz Muda ini mendapat respon dari netizen termasuk rakan selebriti.
Masing-masing memberi kata-kata semangat dan tidak puts-putus memberi sokongan dan doa buat keluarganya.
geubrie Innalillahi wainnailaihi rojiun, yg tabah muzammil dan sonia semoga dikumpulkan kembali di surgaNya amin
takdirferiza Sabar syaikh @muzammilhb ……insyaallah sudah ada yg menunggu ayah bunda di pintu syurgaaa….
alakaucay Aamiin ya Rabb…. Semoga Allah melimpahkan ketabahan dan kesabaran untuk Muzammil, Istri dan keluarga sebagai yang berhak melalui ujian keimanan ini… aamiin
a.wahabtahir May Allah give u sabr and bless with more beautiful kids
faisalazharahap Aamiin y Allah, sabar dan ikhlas untuk Bang Muzammil dan Istri, kelak bersama berkumpul kembali di surga Allah..
Fenomena penyusutan air di Laut Galilee atau lebih tepat disebut sebagai Tasik Tabariyyah bukan sekadar isu alam sekitar biasa.Bagi umat Islam yang memahami ilmu...