Jika zaman dahulu, untuk bergurau dengan mak ayah ada batasannya. Kita jarang mengangkat muka atau bergurau lebih-lebih tambah-tambah lagi dengan ayah kerana sifat garang mereka.

Tapi hari ini, ditambah pemikiran ibu bapa yang begitu terbuka kerana memahami โ€œparenting skillโ€, di mana kita harus menjadikan anak-anak sebagai kawan untuk memahami diri anak-anak, gurauan di kongsi di media sosial antara ibu dan anak, ayah dan anak dilihat menerima tanda suka dari orang ramai. Adakalanya ramai mengusik nostalgia dan momen sebegitu kerana mereka jarang dapat bergurau dengan ibu bapa sendiri.

Di aplikasi Tik Tok, perkongsian anak kepada seorang penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang mengusik ayahnya yang sedang leka menatap telefon bimbit mencatat tontonan 1.7 juta. Semua terhibur melihat Ustaz Abdullah di prank anak sendiri angkara leka menatap telefon bimbit.

@asfaajlaa_

Sekali sekala kena bergurau jugak๐Ÿ˜œ. #fyp #gurausantai๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜๐Ÿ˜โœŒ๐Ÿป

โ™ฌ bunyi asal – Asfaajlaa_ – Asfaajlaa_

Mana tidaknya kerana terlalu leka menatap telefon, saat disuruh merasa makanan, tanpa menoleh Ustaz Abdullah Khairi dilihat sudah membuka mulutnya sebelum menyedari ia bukan makanan sebaliknya penutup botol sos. Ustaz kemudianya dilihat menjerit โ€œwoi tudung nie pun suap aku kaโ€ sambil diikuti ketawa anaknya.

Dari perkongsian @asfaajla atau nama sebenarnya Ihfazillah, anak ini dilihat sering bergurau dengan ayahnya. Mengakui semasa kecil agak rapat dengan umminya tetapi semakin meniti usia remaja, dirinya lebih rapat dengan ayahnya yang sangat sporting. Dapat dilihat hubungan keduanya agak rapat dan sering bergurau senda.

Mengambil ibrah dari kisah Nabi Yusuf, Allah menceritakan hubungan anak dan ayah sudah wujud sejak 1400 tahun dahulu.

IKLAN

Dalam kisah Nabi Yusuf, Allah menggambarkan betapa akrabnya hubungan beliau dengan ayahnya Nabi Yaโ€™qub sehingga Yusuf sudi untuk menceritakan perkara peribadi dan meminta pandangan ayah beliau tentang mimpi yang di alaminya.

ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุชู ุฅูู†ู‘ููŠ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฃูŽุญูŽุฏูŽ ุนูŽุดูŽุฑูŽ ูƒูŽูˆู’ูƒูŽุจู‹ุง ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽู…ูŽุฑูŽ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู‡ูู…ู’ ู„ููŠ ุณูŽุงุฌูุฏููŠู†ูŽ

Manakala dalam kisah Nabi Ibrahim, si ayah pula yang sudi berkongsi mimpi beliau kepada anaknya Ismail. Kedua kisah ini menggambarkan keakraban hubungan ayah dan anak.

ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุจูู†ูŽูŠู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุฑูŽู‰ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽู†ูŽุงู…ู ุฃูŽู†ู‘ููŠ ุฃูŽุฐู’ุจูŽุญููƒูŽ ููŽุงู†ู’ุธูุฑู’ ู…ูŽุงุฐูŽุง ุชูŽุฑูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุชู ุงูู’ุนูŽู„ู’ ู…ูŽุง ุชูุคู’ู…ูŽุฑู ุณูŽุชูŽุฌูุฏูู†ููŠ ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽุงุจูุฑููŠู†ูŽ

Jadi sentiasalah bergurau senda dengan ibu ayah kerana mereka adalah jantung dan nyawa kita.

IKLAN

WEBINAR JODOH ๐Ÿ’–: SUAMI KIRIMAN ILAHI

โœจJom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh๐Ÿ’˜

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

โœ… Tak tertanya-tanya lagi โ€œDimana atau ada ke bakal imamkuโ“โ“โ€ ๐Ÿคท๐Ÿฝโ€โ™€โ€

IKLAN

โœ… Jelas โœจ dan yakin ๐Ÿ’ช๐Ÿป dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh ๐Ÿ’˜ (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

โœ… Akan dijauhi heartbreak ๐Ÿ’” dan lelaki yang tak serius ๐Ÿ‘ป

Yang sudah berstatus โ€˜Dimilikiโ€™, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis ๐Ÿ’ž

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam โ€“ 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga

.