Bilangan Rakaat Solat Tarawih, 8 Atau 20 Rakaat Tetap Dapat Pahala

Share

Bilangan rakaat solat tarawih, 8 atau 20 rakaat tetap dapat pahala. Sebaiknya tunaikanlah solat tarawih mengikut kemampuan masing-masing.

Kudrat manusia ini berbeza, ada yang mampu melakukan lebih, ada yang kurang berkemampuan seperti ibu beranak kecil atau wanita mengandung.

Namun begitu, timbul kekeliruan bahawa solat tarawih lapan rakaat tidak menepati Sunnah. Adakah benar? Ikuti perkongsian Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil.

Artikel Berkaitan:

Remaja 16 Tahun Jadi Imam Tarawih Dipuji, Kemerduan & Hafalan Al-Qurannya Sangat Sempurna

Bilangan Rakaat Solat Tarawih

Benarkah solat tarawih yang kurang daripada 20 rakaat bukan solat Tarawih tetapi Qiyam Ramadan?

Jumhur ulama iaitu mazhab Syafi’i, Hanafi, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Maliki berpandangan bahawa solat tarawih maksimum rakaatnya ialah 20 rakaat dan ini bilangan yang paling afdal.

Ini bermakna sah kalau buat kurang daripada 20 rakaat seperti 8 rakaat yang biasa diamalkan pada zaman ini.

8 Atau 20 Rakaat

Menurut kitab Hasyiah al-Syarawani, sesiapa yang berniat untuk mendirikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat, dia tetap akan diganjari dengan pahala solat tarawih.

Manakala kitab Taqirat Sadidah pula menjelaskan, jumlah rakaat tarawih yang paling minimum ialah 2 rakaat. Ini bermakna sesiapa yang mendirikan solat terawih sebanyak dua rakaat sekalipun tetap juga diganjari dengan pahala Tarawih.

Namun banyak atau sedikit pahala bergantung kadar rakaat dan tempoh qiyam yang dilaksanakan.

Tetap Dapat Pahala

Kesimpulannya, sesiapa yang berniat melaksanakan solat Tarawih kurang daripada 20 rakaat, tetap juga dinamakan sebagai solat sunat Tarawih.

Namun 20 rakaat jauh lebih besar pahalanya berbanding 8 rakaat.
Wallahu A’lam

Baca Di Sini:

Imam Masjid Turki Ajak Kanak-Kanak Bermain Selesai Tarawih, Tarbiah Indah Untuk Anak Kecil Melekat Di Rumah Allah

Kashoorga: Paling penting ikut kemampuan dan tidak terbeban.

Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

IKLAN