Soalan: Apa hukumnya bila kita mahu bersolat tetapi pegang Al-Quran. Ini adalah disebabkan tidak hafal banyak surah. Adakah solat saya akan terbatal atau bagaimana?
Gambar sekadar hiasan.
Jawapan:
HUKUM MEMEGANG AL QURAN KETIKA SEDANG SOLAT
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakkan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Ads
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat
Gambar sekadar hiasan.
Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang telefon pintar agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.
Islam menganjurkan untuk segera bernikah bagi yang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Dari pernikahan akan lahirlah zuriat keturunan. Dan kita turut dianjur untuk memilih pasangan yang baik seperti dianjur Islam.
Malah lelaki juga dianjurkan memilih wanita berdasarkan empat kriteria seperti diriwayat dalam hadis oleh Abu Hurairah r.a: Dari Nabi saw. beliau bersabda: “Wanita itu dinikahi karena empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung.” (Shahih Muslim No.2661)
Namun tidak semua wanita yang dipilih memiliki empat kriteria dinyatakan di atas malah ada sifat dan hobi mereka jelas amat menakutkan bagi lelaki. Ada dinyatakan dalam lima perkara ini?
Suka Berbohong setiap waktu
Islam sangat membenci perbuatan bohong. Ini kerana berbohong adalah “jalan”kita melakukan dosa lebih besar. Awalnya mungkin berbohong sedikit sahaja tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan buat dirinya. Apabila seorang wanita suka berbohong, hubungan suami isteri tidak akan terjalin dengan baik kerana tidak ada sikap keterbukaan antara satu sama lain. Bahkan berbohon akan menimbulkan adu domba antara suami dan isteri. Inilah wanita yang haram dinikahi.
Sering berpoya-poya dan suka berpesta
Ketika memilih pasangan, seharusnya lelaki harus meletakkan aspek ini antara ke hadapan. Seorang wanita yang suka berpoya-poya dan berpesta akan “mengabaikan”tanggungjawab pada keluarga. Dirinya biasa lebih suka berkumpul dengan kawan-kawannya. Malah dia akan mengabaikan pekerjaan biasa seorang isteri lakukan. Hal ini bertentangan dengan ajaran islam yang mengharuskan seorang wanita untuk mengurus rumahtangga sebagai ibu atau isteri. Jangan sampai salah memilih wanita dan perkahwinan tidak mampu bertahan lama.
Berlaku curang
Setiap orang inginkan pasangan yang setia. Hati seseorang akan sangat terluka jika tahu pasangannya melakukan khianat menjalin hubungan dengan orang lain. Sebagai pasangan suami isteri, seharusnya kita saling menjagaa komitmen ini agar hubungan dapat terjalin secara harmonis. Apabila salah seorang curang, hubungan perkahwinan tidak akan harmonis bahkan boleh mengakibatkan perceraian. Kebiasaan berbohong juga akan dijadikan satu senjata untuk menutupi kesalahan ini. Islam melarang seseorang yang sudah menikah untuk curang dan inilah sebab wanita sebegini tidak harus dinikahi.
Ganas dan suka membuli
Baik lelaki mahu pun wanita, tidak boleh sama sekali melakukan kekerasan fizikal atau secara psikologis kepada orang lain. Namun jika wanita bertindak ganas dan suka membuli, tidak mustahil ia mampu melakukan perbuatan ini kepada suami dan anak-anaknya nanti.Oleh itu, hindarilah wanita yang tidak boleh dinikahi ini kerana hubungan pernikahan tak akan bertahan lama kerana akan dicemari dengan kekerasan fizikal dan psikologi.
Suka menghabiskan wang dan materialistik
Sekali pun wang bukan segalanya, tapi wang juga penting dalam kehidupan. Sebahagian besar wanita bersedia menikahi lelaki kerana harta dimilikinya. Namun lelaki harus lebih berhati-hati dalam memilih wanita begini. Jangan sampai terjebak pada wanita yang materialistik. Wanita seperti ini biasanya hanya menginginkan harta suami. Apabila ekonomi suami mulai tergugat, tiada jaminan dirinya akan setia pada perkahwinan begini. Wanita jenis ini biasanya mencintai pasangannya kerana harta dan tidak pada ikatan yang tulus. Sumber :Islam Pos
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tak kisah pasal nafkah, hanya mahu kasih sayang.’ Jadi wanita jangan sampai dimurahkan lelaki. Dek kerana hanya mahukan kasih sayang, ada wanita sanggup merendahkan martabat demi mendapat perhatian lelaki.
Hubungan yang tak ubah seperti “pelacur” dianggap normal, padahal mereka memiliki hubungan suami, isteri yang sah di sisi agama. Cuma disebabkan takut hubungan mereka diketahui isteri pertama, wanita-wanita ini sanggup diketepikan hak mereka sebagai seorang isteri.
Parah betul situasi sebegini dalam masyarakat, umpama sinetron di televisyen. Peguam Syarie, Puan Suzana ghazali juga berdepan dengan situasi ini. Ikuti perkongsiannya.
Cerita menerusi sesi telefon dengan seorang wanita berbeza usia, dia tua sedikit saja daripada saya. Dia mengadu tentang suami yang berpoligami dalam diam.
Malah, dia tahu ada dua madu serentak selepas isteri kedua suaminya mengamuk disebabkan suami kahwin pula dengan isteri yang ketiga, sedangkan perkahwinan dengan yang kedua sudah lebih lima tahun.
Dia percaya suami keluar pergi kursus, tak pernah persoal sikap suami yang selalu keluar malam dengan alasan lepak dengan kawan.
“Akak tak suka nak bising-bising nanti dia buat muka masam, itu yang akak tak suka tu…”
Dia mencari saya, sebab suami sedang hangat bercinta pula dengan dua wanita. 2 wanita madunya pula tiada giliran bermalam atau raya dan dia tahu suami tak pernah balik ke rumah isteri-isteri yang lain sebaliknya isteri-isteri tersebut yang bergilir-gilir balik ke sebuah rumah sewa suami tak jauh daripada rumah mereka.
“Dua-dua isterinya tu cakap, tak kisah pun pasal nafkah, tak bagi pun tak apa sebab mahukan kasih sayang saja…”
Saya: “Itu alasan biasa, tapi kalau betul nak kasih sayang dan rasa disayang, patut suami yang cari isteri, bukan isteri yang cari suami. Kalau isteri yang cari suami, jumpa sejam dua kemudian macam akak beritahu, dia balik juga ke rumah akak.
‘Jadi yang dua lagi itu nikah untuk ‘main’ sajalah. Bukan untuk dijadikan isteri tapi untuk nafsu suami..”
***Info : Dua-dua wanita tersebut kerja dalam bidang professional.
Macam yang saya sebut dalam Seminar Keluarga Bahagia KWSP dengan topik ‘Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu’, kes curang berlaku sebab ada permintaan dan ada penawaran. Kalaulah wanita tak jadi bodoh sebab cinta, lelaki tak akan berani buat angkara.
Eh…!! Tak payah cakaplah ikhlas. Sudah jelas dalam syariat, isteri itu ada hak untuk dijaga kebajikannya oleh suami. Sudah kalau isteri yang cari suami kemudian berpisah lepas sudah langsaikan nafsu, anda jadikan diri anda lebih hina daripada pelacur yang dibayar untuk servisnya ya!!
Haa ni bukan statement menyanjung pelacur plak. Haaiii panjang lak berleter pagi ni…dah laaa…lu (engkau) pikir la sendiri!!!
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.
Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa ada hukum dalam tindakan tersebut.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam.
Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.
Kaedah fiqah menyebut:
كل متصرف عن الغير فعليه أن يتصرف بالمصلحة
“Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310)
Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid.
Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagaimana sabda Baginda SAW:
“Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” Hadis riwayat Abu Daud, no. 460.
Dalam hal mengecas telefon bimbit, gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya.
Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.
Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahu a’lam.