“Boleh Solat Tanpa Wuduk & Tayammum. Tak Perlu Ganti Tapi Boleh Juga Jamak” – Jawapan Dr MAZA Solat Petugas Pakai PPE

Share

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana para petugas barisan hadapan kita yang perlu memakai baju perlindungan PPE dari pagi hingga ke petang dalam merawat pesakit.

Dengan cuaca panas, bagaimana agaknya mereka bertahan. Bagaimana pula caranya untuk makan dan paling penting adalah mendirikan solat.

Adakah perlu menanggalkan PPE berkenaan sebelum solat atau meneruskan dengan memakai pakaian berkenaan.

Kredit Foto: KKM

Menerusi laman sosial Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri atau dikenali dengan nama Dr MAZA

menerangkan bagaimana solat didirikan bagi frontliner kita.

Menurutnya para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum.

Mereka ini juga tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Malah mereka juga boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.

 

 

IKLAN