Kita amat bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai ibadah solat sunat. Kelebihan solat sunat membolehkan kita mengumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekal ke akhirat. Salah satunya ialah solat sunat Witir.
Solat sunat Witir mempunyai rakaat ganjil sebagai penutup solat. Cuma ada pertanyaan yang perlu dijawab apabila ada yang mendirikan solat Witir satu rakaat di permulaan solat kemudian disusuli dengan solat dua rakaat. Boleh atau tidak? Kita ikuti penjelasan SS Mufti Wilayah Persekutuan.
Assalamu’alaikum ustaz, dalam situasi solat Witir tiga rakaat secara berjemaah, imam buat solat witir satu rakaat dahulu kemudian baru buat dua rakaat. Boleh atau tidak begitu ?
Jawapan :
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT, Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Ads
Kalimah witir atau sebutannya وَتْر / وِتْر watru dan witru dari sudut bahasa membawa maksud tunggal (bilangan yang ganjil) iaitu kalimah yang berlawanan dengan syafa’ (genap).
Manakala dari sudut istilah pula, witir bermaksud : ‘’Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam’’.
Bilangan rakaatnya adalah bilangan yang ganjil dan disebabkan itulah ia dinamakan sebagai witir. Solat sunat Witir merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam.
Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini.
Ads
Antaranya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata :
أَوْصَانِيخَلِيلِيصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَبِثَلاَثٍصِيَامِثَلاَثَةِأَيَّامٍمِنْكُلِّشَهْرٍ،وَرَكْعَتَيِالضُّحَى،وَأَنْأُوتِرَقَبْلَأَنْأَنَامَ Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur. Riwayat Al-Bukhari (1981)
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa solat sunat Witir adalah solat terakhir pada waktu malam. Ini berdasarkan beberapa hadis antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا Maksudnya : Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam. Riwayat Al-Bukhari (998)
Ads
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda :
الْوِتْرُ رَكْعَةٌ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ
Witir adalah satu rakaat di akhir malam (penutup solat malam). Riwayat Muslim (752)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis dari Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W ditanyakan tentang tatacara solat malam, lalu baginda bersabda:
مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيتَ الصُّبْحَ فَصَلِّ رَكْعَةً وَاجْعَلْ آخِرَ صَلاَتِكَ وِتْرًا Maksudnya: (Solat malam) dilakukan sebanyak dua rakaat dua rakaat, apabila kamu khuatir masuknya waktu subuh maka solatlah satu rakaat dan jadikan akhir solat kamu adalah witir. Riwayat Muslim (749)
Berdasarkan beberapa riwayat di atas, solat witir itu adalah solat penghujung. Maknanya bagi mereka yang melakukan solat witir tiga rakaat dengan memisahkan antara dua rakaat syafa’ dan satu rakaat Witir. Hendaklah mendahulukan solat syafa’ dahulu dan barulah solat witir.
Penutup
Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas, serta merujuk kepada definisi solat Witir yang telah kami sertakan, kami menyatakan bahawa solat Witir dengan cara melakukan satu rakaat terlebih dahulu dan kemudiannya dua rakaat adalah menyelisihi sunnah.
Ini kerana, apabila seseorang itu berniat melakukan solat Witir, maka sudah pastilah solat tersebut diakhiri dengan witir dan bukanlah syafa’ (iaitu dua rakaat), bahkan jika diakhiri solat Witir dengan solat Syafa’, ini jelas menafikan maksud solat Witir itu sendiri. Wallahu A’lam. Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Beberapa bulan lalu dirinya pernah diuji apabila tular dirinya bertongkat. Dalam satu temuramah bersama Dai’ Ahmed Ibrahim, Ustaz Kazim menjelaskan dirinya terlangkah abu gambarnya yang sudah terbakar separuh dan sejak itu kakinya membengkak hingga memaksanya memakai tongkat.
Baru saja pulih dari ujian perbuatan disihir, sekali lagi Ustaz Kazim diuji apabila tular wajahnya memakai bedak sejuk dalam satu temubual sekali lagi bersama Dai’ Ahmed yang dikongsikan di Tik Toknya @AhmadIbrahim.
Jelas Ustaz Kazim, dirinya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada mukanya dalam perkongsian itu. Ia berlaku secara tiba-tiba.
“Saya sendiri tak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan, berhari-hari dah. Yang peliknya, kalau alahan seluruh badan. Ini hanya berlaku di muka sahaja. Tak berlaku di tempat lain.
“Kalau alahan di muka selalunya berlaku kesukaran bernafas tapi sekarang saya boleh bernafas. Boleh bercakap, cuma pedih sajalah. Sebab dia luka-luka macam lepuh Ustaz Ahmed,” kongsinya.
Tambah Ustaz Kazim, untuk mengelak mukanya terus berasa pedih terkena air, dirinya memakai bedak sejuk dan bedak geliga di muka yang lepuh-lepuh itu. Jadi tak adalah rasa panas muka nie, rasa sejuk sikit.
“Bibir saya dulu warna pink, ke merah ke tapi sekarang dah bertukar jadi hitam. Dia pecah-pecah. Untuk elak keadaan bertambah teruk, saya pakai vaselin di bibir selain gunakan minyak kelapa dara untuk lembapkan bahagian bibir ini.
“Tapi sekarang luka lepuh ini kalau kita tarik dia akan luka-luka pulak. Jadi biarlah. Insya Allah, mudah-mudahan biarlah cepat sembuhnya,”katanya lagi.
Dalam temuramah itu juga di sebalik tidak tahu bagaimana mukanya boleh lepuh-lepuh dan luka, Ustaz Kazim turut menyatakan “sesuatu”.
“Saya tahu tahu kenapa ini terjadi. Dah jumpa doktor pun, dah buat ujian darah tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal semuanya.
“Adalahlah. Tak bagi keluar tv ke, tak bagi keluar kerap di media sosial ke,” katanya yang seakan menyimpan “maksud” di sebalik kejadian menimpanya. Mungkin barangkali berkaitan sihir kerana dirinya pernah diuji sesebelum ini.
Kala kita merasakan berdepan dengan dugaan besar percayalah ada lagi yang diduga lebih hebat. Ada yang patah kecewa putih asa namun ada juga yang semakin teguh keimanannya malah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.
Kisah menjentik hati yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa diharap menjadi pengajaran untuk kita dalam berdepan dengan segala dugaan yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa. Semoga ia mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Wanita istimewa bernama Fatimah
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai Petani, Kedah.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil di mana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja. ” Dan, akhirnya dari Sungai Petani sampai Alor Setar, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz, dia disambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
“Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami.”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, diuji begitu pun dia takut kalau hatinya dibolak balikkan oleh Allah. Maka, diberikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
*Hari ini , 27 MEI 2020 (Rabu) 5.16ptg* merupakan hari berlakunya peristiwa Istiwa’ Adzam yang membolehkan kita untuk menyemak ketepatan arah kiblat .
Istiwa’ Adzam di kaabah merupakan suatu peristiwa apabila Matahari kelihatan berada tegak di atas kaabah sehingga bayangan kaabah tidak akan kelihatan ketika itu.
Ketika kedudukan Matahari berada di atas kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.
*SETAHUN HANYA 2 KALI*
Peristiwa istiwa’ adzam, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di Bumi.
Dalam setahun hanya dua kali sahaja Matahari berada tegak di atas kaabah iaitu pada:-
1. 28 Mei / 27 Mei pada tahun lompat
Waktu : 5.16 PM
2. 16 Julai / 15 Julai pada tahun lompat
Waktu : 5.28 PM
*Cara – Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam* :
1) Semak waktu yang digunakan .
Pastikan waktu yang tertera pada jam mengikut waktu piawai Malaysia .
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...