Sistem taksiran sendiri digunakan untuk mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui e-filing setiap orang yang memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian.
Berikut panduan mengisi e-FILING cukai pendapatan seperti yang dikongsi olehIfa Amir
Elooo, dah declare cukai pendapatan ke hakak dan abang-abang sekalian? Sempat lagi nih. Sebelum hujung April.
Tak payah takut jangan risau, sebab kawan senpai cakap declare je. Untung-untung dapat refund duit. Sonoknyaaaaaa!! Senpai pun baru paham. Hahaha. Poyoss tau.
Ikut je la step ni. Boleh buat sendiri depan laptop atau henpon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.
Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan) untuk tahun 2018:
Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.
Ads
Langkah 2: Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang.
Langkah 3: Pilih tahun taksiran. ie:2017. Dia akan bawa anda ke dunia lain (new tab laaa.)
Langkah 4: Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun. Kot dapat refund balik duit kannnn.
Ads
Langkah 5: Isi maklumat pendapatan anda
Langkah 6: Isi pelepasan cukai. Tak tahu? Refer nota. Kat sini yang paling PENTING. Boleh kurangkan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula.
Langkah 7: Semak rumusan. Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau!
Ads
Langkah 8: Sahkan borang taksiran anda.
Kalau rasa takut declare macam senpai, fikirkan semula. Bila tengok ada refund, terus senpai melompat. Ni tak kira betul-betul lagi ni. Hehehe.
PS1: #Share je kalau tak nak hilang dari radar.
PS2: Saya bukan lah expert, tapi saje share untuk manfaat semua.
Lelaki ini dihadapkan dengan dugaan hebat dengan bisnes yang tak menjadi, hutang keliling pinggang. Tak boleh bayangkan bila perlu melangsaikan hutang sebanyak RM1.74 juta. Sedangkan kita hutang kereta puluhan ribu pun sudah pening memikirkannya.
Namun Khairul Hakimin Muhamad tak pernah lari dari masalah hutangnya. Sedaya upaya dia membayar malah selalu berkongsi perkembangannya dalam media sosial miliknya. Pun begitu dalam keadaan terhimpit masalah kewangan dia beroleh rezeki yang istimewa dipanggil menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah mengerjakan umrah.
Semuanya ditanggung penaja dari baik penerbangan, penginapan ziarah dan sebagainya. Biarpun awalnya dalam dilema kerana jemputan itu dalam keadaan dirinya penuh hutang tapi setelah ditanya ahli agama nasihat mereka; teruskan saja kerana sudah dijemput oleh-Nya.
Niat ke Tanah Suci diteruskan dan dia hanya perlu duit belanja saja. Bagaimanapun katanya untuk menyediakan duit belanja pun dia tiada. Tapi Allah itu maha kaya, di saat itulah DIA menunjukkan kekuasaan.
Dalam satu perkongsiannya, kata Khairul Hakimin Allah hantar orang-orang yang baik untuk membantunya ketika ini. Orang yang pernah dibantu kini satu persatu mengirimkan wang belanja yang membuatkan dirinya sebak bila mengingatkanya.
Berikut adalah catatan yang beliau kongsi untuk kita semua pelajari dan hayati.
Semasa menanti kunci bilik di Madinah ini saya duk sebak lain macam. Duk terfikir bagaimanalah Allah atur saya di Makkah sekali lagi.
Saya cakap ke Faisal, sebenarnya nak ke sini memang tak ada duit. Saya duk cakap ke isteri saya macam mana ya nak berbelanja di sini nanti. Risau juga nak makan ke nak apa ke.
Isteri saya diam ja. Saya memahami beliau kalau ada, sahih akan beri punya. Tapi kami saling berusaha membayar hutang syarikat. Masuk ja mana-mana pembayaran, hutang dulu kami usahakan. Jadi simpanan memang tiada. Lalu dalam beberapa hari nak berangkat, hati dup dap duk dap. Berdoa semoga Allah beri keajaiban.
Lalu… ada seorang ustaz kasi saya RM1,000. Katanya masa dia susah dulu, saya pernah kasi dia juga RM1,000. Jujurnya saya tak ingat.
Kemudian seorang lagi kakak PM tepi saya cakap “ini bukan untuk Khairul bayar hutang, ini untuk belanja. Akak tak tahu kenapa, dulu, Khairul beri akak ebook khairul tu percuma ja, akak guna habis-habisan, ilmu itu sebenarnya sangat bernilai, kalau akak ada RM100,000 pun akak sanggup beri ja kat Khairul, ini masanya akak bantu Khairul pula.” Pun sama beri RM1,000.
Semalam, ada seorang lagi beri RM500.Macam itu sahaja Allah beri. Ya Rabb, mana saya tak sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Saya tak terfikir begini bantuan yang saya terima.
Kawan-kawan, Masa kita buat baik, jangan ingat. Masa kita buat hal bagus, lupakan. Masa kita buat hal-hal memberi orang lain kekuatan, jangan sesekali letak dalam kepala. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Pada saat kita pula dalam kesusahan, Allah akan hantar bantuan. Pun sama, kita berharap kepada Allah semata-mata, bagaimana bantuan itu sampai, caranya, kaedahnya, tak perlu susah-susah kita bayangkan. Semua serah kepada Allah bulat-bulat. Alhamdulillah. Semoga kalian terus murah rezeki, terus dibantu, terus menerus buat baik ya kawan-kawan.
Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tudung ini yang dihasilkan di luar negara milik pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berjaya melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia.
Tidak menyangka akan menerima tudung ini daripada pengeluar batu kristal terkemuka itu, Haliza hanya mampu menangis dan terkedu.
Menurutnya kegembiraan ini sukar digambarkan dengan kata kerana ia terlalu luar biasa.
“Tidak sangka sama sekali hajat saya untuk melihat kilauan batu kristal Swarovski direalisasikan pada sehelai tudung,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya juga, pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan kerana menjadi pemborong batu kristal terbesar dunia.
Tudung bawal yang dihasilkan berwarna hitam ini ditaburi 7,512 butir batu kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
Jelas Haliza lagi, tudung berdiameter 1.14 meter itu mengambil masa selama 320 jam (13 hari) untuk disiapkan oleh 12 tenaga pekerja di Austria.
Namun di sebalik kejayaan manis pemilik Bawal Exclusive ini bukanlah bermula dengan kisah yang indah.
Menurut Haliza, sebelum berjaya seperti hari ini, beliau juga menjual tudung biasa di Jalan Tunku Abdul Rahman yang dianggap lubuk emas.
Pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis, namun tidak mematahkan semangat untuknya dan suami terus gigih bekerja menghasilkan tudung lain daripada yang lain.
“Saya masih ingat tatkala detik tidak dapat membayar duit sewa kedai di Jalan TAR berkenaan. Masa tu kami baru kahwin dan saya mengandung.
“Saya cakap kita kena keluar dari kedai ini dan bercadang untuk jual kacang rebus. Tetapi memang rezeki apabila kebaikan tokey kedai (seorang yang berbangsa asing) yang membenarkan untuk kami terus menyewa kedai berkenaan. Dan jasanya akan saya ingat sampai mati.
“Ketika itu kami mula memikirkan untuk menghasilkan satu produk yang lain daripada yang lain. Cipta nama sendiri, reka dan tidak boleh jual barang orang.
“Waktu itu suami pergi ke Singapura dan berjumpa bos lamanya yang juga pemborong tekstil. Suami juga pergi ke Arab Street dan membeli manik Swarosvki yang dijual di situ. Kemudian beli tudung bawal dan kami mula menampal batuan tadi pada tudung berkenaan.
“Setelah siap, kemudian saya menjual dengan menaiki notor dan alhamdulillah jualan sangat memberangsangkan. Semua tudung habis dijual,” ujarnya yang memberitahu dari situlah bermulanya perniagaan Bawal Exclusive miliknya.
Untuk bertahan lama dan kekal seperti hari ini bukanlah mudah. Dan sebagai seorang yang beragama Islam, dia percaya segala rezeki yang diperoleh hari ini adalah pemberian daripada Allah.
“Sebenarnya untuk dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan, apa yang saya amalkan adalah selalu bangun awal pagi.
“Selalunya seawal 4.30 agi saya sudah bangun, amalkan Solat Taubat, sebelum lakukan Solat Hajat dan bila saya berdoa, saya akan berdoa mintak dengan tepat apa yang saya nak.
“Katakan saya ni nak beli bangunan. Sekian-sekian juta. Hening pagi saya akan bangun bercerita dan meminta pada Allah dan akan sebut bulat-bulat apa yang dimahukan.
“Selebihnya saya akan usaha dan sedekah. Insya-Allah jika kita bersedekah, besar Allah akan beri ganjarannya. Pagi ni kita transfer RM10 ribu di masjid, tak sampai ke tengah hari RM100 ribu orang beli cash.
“Bukanlah saya mahu menunjuk-nunjuk tapi inilah yang saya boleh kongsi kelebihan amalan dilakukan. Orang lain meniaga tudung ada yang tutup tapi Bawal Exclusive walaupun mahal tetap ada rezekinya.
“Tiada amalan tetapi saya selalu niatkan, walaupun benda kecik, bagi makan kucing, tapi berdoa “Ya Allah dengan kenyangnya kucing ini, kau makmurkanlah perniagaanku,” jelasnya yang turut melakukan amalan menghantar makanan ke rumah anak yatim terutama pada hari Jumaat dan niatkan memberi mereka makan dan Tuhan makmurkan pernigaan dibina.
“Tiada doa khusus atau tertentu lain diamalkan tetapi seperti saya beritahu tadi bila berdoa akan sebut apa yang dimahukan. Saya minta direct dengan Allah, jangan malu-malu.
“Dan kalau ada rezeki pergilah ke Tanah Suci. Di sana saya berdoa minta pada Allah apa yang dihajati,” tambahnya yang tidak akan menjual tudung diperolehi tetapi akan dijadikan pameran sebagai sumber insporasi kepada pelanggan yang datang ke butik barunya nanti.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...