Jika sebelum ini masuk saja bulan Zulhijjah, seluruh umat Islam yang diberi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah akan membuat persediaan dalam melaksanakan Rukum Islam kelima ini.
Tetapi tahun ini negara kita Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menghantar jemaah kerana masalah pandemik COVID-19 yang semakin serius di tanah suci.
Namun sambutan hari raya korban tetap akan disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram menceritakan pengalaman seorang pegawai di Tabung Haji yang pernah bertugas di sana 96 tahun yang lalu.
Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-
• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.
• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah).
• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.
• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang.
• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.
• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.
• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.
Ads
• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.
• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.
• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.
• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.
• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.
• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.
• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.
Ads
• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air.
Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.
• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.
• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.
• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.
• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.
Ads
• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.
• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.
• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.
• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.
• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.
• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.
Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.
• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.
# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.
Hasanuddin Yusof Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam.
Seperti yang kita tahu bacaan Surah Al-Fatihah adalah wajib dibaca dan merupakan salah satu daripada rukun solat bagi umat Islam.
Jadi kita perlu memperbetulkan bacaan Al-Fatihah ini agar ibadah kita diterima Allah dalam mengerjakan suruhan yang wajib ini.
Sehubungan itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.
Jelas Altimet, mereka berminat boleh memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh astaziah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.
“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.
“Guna feature #fasihalfatihahkami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat.”
Ternyata ia satu perkongsian yang bagus dengan usaha yang dibuat oleh Altimet ini. Malah dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh meluangkan masa untuk melihat bacaan kita itu dan memperbaiki sebanyak mana yang kita mahukan.
Aplikasi ini boleh didownload di AppStore ataupun Googe Play dan Altimet berkata semoga ia membawa manfaat buat kita bersama.
Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Rata-rata memuji usaha dilakukan oleh Altimet ini.
danialrafiqq Tahniah atas usaha untuk membetulkan bacaan Alfatihah kami rakyat Malaysia. Alfatihah pun salah satu rukun solat. Kalau salah baca tak sah solat. Terbaikk
Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.
COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.
Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.
Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila keluar rumah, kena jaga maruah suami. ‘Bukan permintaan dia, Zizi sendiri rasa bertanggungjawab jaga perilaku tiap kali melangkah keluar rumah.
Tidak boleh menafikan lagi bakat yang ada pada penyanyi bertubuh genit, Zizi Kirana ini yang cukup dikenali dengan kelincahannya beraksi atas pentas dan muzik video.
Apabila lagu baharunya keluar, kebanyakan peminatnya seolah-olah sudah dapat baca dan tertunggu ‘kelincahan’ apa lagi yang akan ditayangkan penyanyi lagu popular Nakketaknak ini.
Sedia maklum, dia yang kini dilihat sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung mengambil pendekatan untuk tidak lagi menyanyikan beberapa single popularnya.
Jelas Zizi, beberapa naskhah popularnya itu kurang bersesuaian dengan imej dan penampilannya.
Kena Jaga Maruah Suami
“Saya kalau boleh tidak mahu lagi menyanyikan lagu Nakketaknak dan Siapa Yang Bap Bap kerana kurang bersesuaian dengan imej. Rasanya tidak perlu penjelasan panjang, peminat pun sedia maklum.
“Ini kerana mesej dan cara penyampaian lagu itu kurang bertepatan dengan imej dan penampilan saya. Jadi, lebih baik saya fokus kepada single yang dihasilkan selepas berhijrah.
“Apabila melangkah keluar rumah, saya bukan saja menjaga tatasusila sebagai Muslimah, malah saya juga menjaga maruah suami. Apa pun saya akan memikirkan mengenai Yusuf Bahrin.
“Bukan arahan atau permintaannya sebaliknya saya sendiri rasa bertanggungjawab untuk menjaga perilaku. Apa yang boleh saya katakan, doakan buat kami berdua,” kata Zizi.
Ditanya mengenai cabaran menjadi penyanyi rap selepas berhijrah, kata Zizi, dia perlu menjaga batas sesuai dengan imejnya yang bergelar isteri.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, menyanyi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan ia juga minatnya sejak kecil.
Tambahnya lagi, disebabkan lama tidak muncul dengan lagu baharu dan sudah berhijab, ada peminat yang beranggapan bahawa dia sudah meletakkan noktah dalam kerjaya nyanyian.
Zizi Sendiri Rasa Bertanggungjawab Jaga Perilaku
“Sebenarnya ramai yang tanya, ingat Zizi dah berhenti menyanyi dan sudah tidak mahu rap. Bukan tak mahu, tapi kita tunggu masa sesuai.
“Nak kata saya akan berhenti menyanyi itu mungkin tidak. Memang sejak dari umur tiga tahun dah mula suka menyanyi. Perasaan suka menyanyi tu dah melekat dan sebati dalam diri saya.
“Jadi, saya tidak akan berhenti selagi suami saya izinkan. Kita ikut sahaja keadaan itu membawa saya ke mana,” katanya.
Zizi mendirikan rumah tangga bersama Yusof yang juga pelakon pada tanggal 19 September tahun lalu.
Kashoorga : Semoga dipermudahkan urusan Zizi Kirana dan dia terus kekal istiqomah.
Batalkan solat kerana anak menangis. Situasi ini mungkin pernah berlaku kalangan ibu yang mempunyai anak kecil.Tapi perlu diketahui bahawa adalah haram membatalkan solat fardu...