Sebagai Muslim kita tidak dibenarkan memelihara anjing sebagai binatang peliharaan namun boleh pula pada keadaan tertentu, seperti untuk memburu dan menjaga kebun dan tanaman.
Dalam masa yang sama boleh jadi juga haiwan ini membuang air di sekitara kawasan tanaman sayur. Dalam keadaan adakah tanaman ini boleh digunakan dan bagaimana hendak menyucikan tanaman ni.
Anjing adalah najis mughallazah
Menurut pandangan ulama mazhab Syafii, anjing adalah dari kategori najis berat sama ada bulunya, air liur, peluh, kencing dan lainnya. Imam Nawawi menjelaskan bahawa seluruh tubuh anjing, air liur, darah, dan najisnya itu adalah Najis Mughallazah, beliau berkata;
Maksudnya; “Ketahuilah, tidak ada perbezaan pada pandangan kami (Mazhab Syafii) jilatan anjing dengan lainnya, daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya sesuatu benda yang bersih ketika ia basah, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya ialah tanah. [Rujuk; Syarah Sahih Muslim, jld. 3, hlm. 185]
Ads
Bagaimanapun cara mencuci najis anjing yang terkena tanah ialah dengan dihilangkan najis tersebut dan hanya perlu dijirus dengan air tujuh kali itu tanpa perlu disertakan tanah pada mana basuhan itu. Hal ini disebabkan tidak ada keperluan lagi untuk berbuat demikian. [Rujuk: al-Majmuk Syarah al-Muhazzab jld. 2, hlm. 586]
Cara mencuci najis anjing mazhab Maliki
Menurut pandangan Mazhab Maliki anjing ialah binatang yang suci dan cara menghilangkan najisnya (kencing dan tahi) pula hanya dengan dibasuh hingga hilang ain najis tersebut sahaja, tidak perlu mengulang basuh sehingga tujuh kali. Namun pada jilatannya mereka berpendapat elok juga dibasuh sebanyak tujuh kali atas tujuan beramal (Taa’bbudi) dengan hadis di atas dan bukan disebabkan kenajisannya. [Rujuk al-Fiqh al-Maliki al-Muyassar hlm. 18-20]
Ads
Berpandukan keterangan di atas;
– Wajib dihilangkan najis (tahi) pada tanaman dan di sekitar kawasan tanaman itu kemudian hendaklah dijirus air pada tanah di sekitarnya dalam kiraan tujuh kali tanpa perlu kepada jirusan air tanah lagi dan pastikan air tanah itu juga terpercik pada tanaman tersebut secara merata dan kemudian dijirus pula pada tanaman itu sebanyak kiraan enam kali.
Ads
-Namun sekiranya tanaman tersebut tidak ditanam dengan menggunakan tanah atau agak sukar untuk disertu, maka bolehlah bertaklid kepada pandangan mazhab Maliki iaitu dengan cara menjirusnya hingga yakin najis itu telah hilang.
Kata pendakwah Indonesia, Khalid Basalamah, rezeki itu umpama buah yang terdapat pada pohon. Ada yang bergantungan dan ada juga berguguran. Siapa sahaja boleh mengambilnya, tidak kira beriman atau kafir dengan sebanyak mungkin.
Islam adalah agama yang seimbang membicarakan aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Umatnya diseru berusaha secara tekun untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu perlu ada ‘usaha’ ke arah memperolehi rezeki.
Berikut perkongsian tip Nur Aliah Mohd Nor agar pintu rezeki datang dengan mudah.
9 Tip Pintu Rezeki Datang Dengan Mudah
1. Sentiasa senyum sebab senyum itu kan sedekah. Lagi kerap kita senyum lagi mudah rezeki datang.
2. Bahagiakan anak-anak yang masih kecil, terutama sekali anak-anak comel yang tak ada mak ayah dah. Mereka pon perlukan kasih sayang abadi.
3. Kalau dah jumpa jodoh tu cepat cepat la dirikan rumahtangga, sebab bila kahwin Allah akan bagi rezeki rumah tangga pula!
4. Setiap kali jumpa suami atau isteri atau anak, berilah pelukan, ciuman, lafazkan sayang dan doakan mereka.
5. Sentiasa berbuat baik dengan semua orang, termasuklah berbuat baik kepada orang tua, orang sakit dan fakir miskin. Bantu mereka dengan seikhlas hati.
6. Sentiasa rasa bersyukur dengan pasangan hidup masing-masing. Ingat jangan cari orang yang sama dengan kita, cari orang yang boleh melengkapi hidup kita. Dan bersyukurlah.
7. Di mana saja kedudukan kira berada, sentiasalah berikan layanan dengan penuh hormat tidak kira siapa orang itu, kalau leader kita itu lebih muda hormatlah dia sebagai seorang leader.
8. Bahagiakan dan bagi semangat kepada sahabat kita yang sedang dalam kesusahan, sedih dan sakit.
9. Minta maaf dan memaafkan semua orang. Bila kita buat baik kepada orang, orang juga akan berbuat baik kepada kita. Bahagia selalu ya, sebab bila hati bahagia REZEKI mudah datang. ?
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah hukumnya apabila seorang lelaki bujang memberi salam kepada anak dara atau pun lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita yang telah berkahwin?
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Nur: 86)
Hukum memberi salam asalnya ialah sunat yang sangat dituntut. Adapun menjawabnya adalah wajib. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkadah. Berkata ashab mazhab kami, ia adalah sunat kifayah jika sekolompok jamaah lalu di hadapan seorang lelaki atau jamaah lain kemudian salah seorang daripada kelompok pertama memberikan salam maka terhasil hukum sunat. Adapun hukum menjawab salam adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain maka yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardu ain. Manakala sekiranya diberi salam kepada sekelompok manusia, maka menjawabnya menjadi fardu kifayah.”
Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/493-494)
Hukum lelaki dan wanita yang ajnabi (asing) memberi salam antara satu sama lain. Perkara ini ada dibincangkan oleh para ulama. Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu` (4/601-602):
“Hukum memberi salam kaum wanita dengan wanita lain adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki. Para ashab (ulama) mazhab kita mengatakan, jikalau seorang lelaki memberi salam ke atas seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki, sekiranya di antara mereka berdua terdapat hubungan mahram atau perkahwinan, atau hamba, maka hukumnya adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun, sekiranya tiada hubungan tersebut, maka tidak wajib menjawabnya. Sekira wanita tersebut sudah tua renta, maka boleh kerana dia keluar daripada punca fitnah.
Berkata al-Mutawalli: “Jika seorang lelaki memberi salam kepada seorang pemudi yang asing tidak boleh baginya untuk menjawabnya. Kalau pemudi itu yang memberi salam, makruh bagi lelaki itu untuk menjawabnya.”
Sekiranya sekelompok wanita memberi salam kepada seorang lelaki atau sekelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita maka hukumnya adalah sunat jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanitu sebarang fitnah. Ini berdasarkan hadis Asma’ bin Yazid R.anha yang berkata:
Maksudnya: “Dalam kalangan kami ada seorang wanita tua yang selalu mencabut pokok Silq daripada akarnya lalu memasukkannya ke dalam periuk dan menambahkan serbuk barli ke dalamnya. Apabila kami selesai solat Jumaat, kami beredar dan memberi salam kepada wanita tersebut dan beliau memberi kami makanan yang dimasaknya.”
Maksudnya: “Aku berjumpa Rasulullah SAW pada hari Fath al-Makkah. Ketika itu Baginda sedang mandi dan Fatimah menghadanginya. Lalu aku memberi salam kepada Baginda.”
Riwayat Muslim
Hal ini juga dikuatkan dengan kenyataan Syeikh Zain al-Din al-Malibari dalam Fath al-Muin(ms. 274): “Adapun musytahah (wanita asing) yang tiada bersama dia wanita lain maka haram dia menjawab salam lelaki asing dan memulakan salam. Begitu juga makruh baginya untuk menjawab salam wanita itu dan haram bagi lelaki itu untuk memulakan salam.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum memberi salam antara lelaki dan wanita adalah diharuskan dengan syarat yang ditetapkan iaitu, aman daripada fitnah. Syarat ini pula diikat oleh para ulama dengan hubungan mahram.
Namun melihat konteks muamalat pada hari ini, kami cenderung kepada pendapat bahawa situasi aman daripada fitnah itu tidak hanya berlaku dalam hubungan mahram sahaja. Antara bentuk-bentuk memberi salam yang dibenarkan jua ialah apabila berkait dengan keperluan atau hajat yang tidak membawa kepada syahwat. Contohnya, anak murid perempuan memberi salam kepada guru lelaki, ketika di pasar, pekerja di kaunter, meminta fatwa daripada seorang alim dan lain-lain. Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Melihat situasi di Palestin hari ini tak dinafikan pasti ada yang terlintas di fikiran untuk turut sama ke sana bagi perjuangan jihad. Berperang menentang orang kafir yang menindas, ibarat short cut untuk ke syurga jika diakhiri dengan kematian.
Tapi hakikat yang perlu kita tahu jihad bukan sekadar melawan musuh Islam atau berperang melawan orang kafir untuk mempertahankan agama Islam. Ada beberapa lagi jenis jihad yang boleh kita lakukan di tanah air dan untuk diri kita sendiri.
Dalam kitab berjudul Zad al-Ma’ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ada empat jenis jihad yang perlu diketahui.
Jihad untuk memerangi hawa nafsu dengan cara mempelajari hidayah dan agama Islam yang benar. Berjihad melawan hawa nafsu dan mengajak orang lain untuk mendalami ilmu dan mengajar ilmu tersebut kepada orang yang belum mengetahui juga adalah jihad. Begitu juga jika seseorang itu sanggup berdepan segala kepayahan dalam berdakwah dengan penuh kesabaran. Itu juga adalah jihad
Jihad untuk melawan syaitan. Berjihad dengan menolak apa saja godaan atau pengaruh syaitan kepada hamba, termasuklah perasaan ragu-ragu. Begitu juga jihad melawan syaitan dengan menolak segala keinginan syahwat yang merosakkan. Salah satu saranan dalam melawan godaan ini adalah dengan berpuasa. Puasa memiliki makna spiritual yang dirancang untuk menahan hawa nafsu.
Jihad melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Daripada memerangi mereka dengan hati, lisan, harta dan jiwa. Di sini dapat difahami bahawa jihad melawan orang kafir tidak semata-mata dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan senjata (jihad perang).
Ia adalah jihad untuk melawan orang-orang zalim, ahli bidaah dan orang yang membuat kemungkaran. Jihad dengan menggunakan perbuatan jika mampu agar kemungkaran tidak dibiarkan bermaharajalela.
Jika tidak mampu, solusi lain adalah dengan menggunakan lisan. Maksudnya, mencegah dengan menasihati pelaku kemungkaran. Memberi nasihat dengan kata-kata yang sopan.
Apabila kedua cara ini juga tidak mampu, maka jalan terakhir adalah dengan hati. Mengubah kemungkaran dengan hati adalah dengan membenci kemungkaran itu. Cara terakhir ini merupakan tanda kelemahan iman seseorang.
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.