Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares hingga menjadi tular di laman sosial.
Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.
“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.
“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya.
Ads
Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.
Tweet tersebut mendapat maklum balas positif dan telah diulang siar sebanyak hampir 50,000 kali.
Ads
Dalam perkembangan lain, Neelofa turut mengumumkan bulan ini merupakan yang terakhir dia akan mengacarakan program MELETOP setelah lapan tahun mengendalikannya dengan pasangan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.
Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.
Kita doakan semoga Neelofa terus berjaya dalam bidang diminati dan kejayaan figura ini dlam bidang keusahawanan sememangnya menjadi inspirasi buat wanita di luar rumah.
Laung azan dengan suara lunak dan unik. ‘Ramai ingat orang muda, rupanya bilal berusia 81 tahun.’ Begitulah kurniaan Allah buat lelaki tua ini sehingga ramai yang sangkakan dia masih muda.
Suaranya yang lunak dan mempunyai keunikan tersendiri membuatkan lelaki ini viral di sosial media baru-baru ini. Rupanya lelaki ini ada amalkan petua tertentu sebelum melaungkan azan saban hari.
“Hang (kamu) azan dah (sudah) sedap elok, nanti jagalah masjid ini baik-baik.”
Itu pesanan keramat dilafazkan mantan imam Masjid Jamek Haji Wahab (Simpang Enam), Jalan Macalister, yang masih terngiang-ngiang di telinga Abdul Sukor Maidin, 81, meskipun sudah 42 tahun berlalu.
Kelunakan suara Abdul Sukor melaungkan azan menyebabkan bekas tentera yang berasal dari Kuala Kedah itu cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai bilal paling lama berkhidmat di Pulau Pinang.
Menurut Abdul Sukor, dia mula memegang amanah melaungkan azan di masjid berkenaan sejak tahun 1979 selepas diminta berbuat demikian oleh mantan imam dan bilal masjid berkenaan yang dikenali sebagai Haji Ariffin dan Haji Man.
Jelas peniaga kedai makan itu, pada mulanya dia hanya diberi peluang melaungkan azan namun kedua-dua mantan berkenaan mendakwa suaranya mempunyai kelunakan dan keunikan tersendiri.
Kemudian saya menerima tanggungjawab menjadi bilal secara kekal pada tahun 1981 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dan pesanan kedua-dua mantan saya ‘pegang’ sehingga kini.
“Banyak kenangan manis sepanjang berkhidmat dan memandangkan masjid ini terletak di tengah bandaraya, pelancong dari dalam dan luar negara serta orang kenamaan turut bersolat di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Terdahulu, video Abdul Sukor melaungkan azan di masjid itu tular di media sosial susulan kelunakan lantunan suaranya selain masih bertenaga meskipun sudah lanjut usia.
Memetik laporan Harian Metro, Abdul Sukor seringkali menerima sapaan lucu daripada jemaah luar yang menyangka laungan azan itu dilantunkan oleh ‘orang muda’.
“Sering kali ada individu masuk ke ruang solat dan mahu berjumpa dengan bilal yang laungkan azan. Apabila saya katakan itu suara saya, mereka terkejut dan menyangka ia dilaungkan orang muda.
“Suara ini anugerah Allah, saya tidak ada amalan khusus menjaganya cuma gemar minum air limau suam sebelum laungkan azan,” kata bapa kepada tiga anak dan 12 cucu itu lagi.
Rutinnya setiap hari Abdul Sukor melaungkan azan subuh di masjid sebelum ke kedai makannya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan kembali berada di masjid sekitar waktu Zohor dengan berjalan kaki kira-kira 300 meter.
Biarpun usia hampir menjengah separuh abad, Abdul Sukor yang juga peniaga kedai makan berkata, dia tidak mempunyai sebarang penyakit selain mengelak makan makanan berkuah serta hanya makan nasi bersama sayur dan ikan.
“Sejak dulu saya amalkan berpuasa selama tiga bulan pada Rejab, Syaaban dan Ramadan manakala selepas waktu Subuh, saya lakukan senaman ringan sama seperti ketika berkhidmat dalam tentera selain mengisi masa terluang dengan berzikir.
“Pada masa depan, saya harap lebih ramai pelapis yang boleh melaungkan azan dengan baik serta mengimarahkan lagi masjid ini,” katanya.
Sementara itu, menurut anak kedua Abdul Sukor, Mariam, 42, bapanya yang tinggal bersama ibu, Aliza Mohamed, 72, di Bandar Baru Farlim, masih kuat melakukan ‘kerja kampung’ termasuk memanjat pokok kelapa dan mengupas buah berkenaan.
“Dua anak saya dilihat mengikut jejak datuknya apabila beberapa kali memenangi pertandingan pencarian bakat cilik azan.
“Semoga kisah bapa saya menjadi inspirasi khususnya kepada golongan muda,” katanya lagi.
Apabila berada di rumah saja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan kita teringin untuk menikmati pelbagai makanan menyelerakan.
Salah satunya adalah donut gebu dan lembut. Tidak perlu bersusah payah keluar, anda boleh membuatnya sendiri di rumah bersama anak-anak.
Donut gebu ini juga tidak perlukan uli sebaliknya resipi dikongsikan Liya Liyana di Facebook ini sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak. Malah lebihan boleh dibuat frozen untuk digoreng bila-bila masa saja.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI ( Nak uli pon boleh)
Macam yg dijanjikan semalam. Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.
Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.
Bahan A
– 1 peket yis
– 2 sudu gula kasar
– 2 sudu susu pekat
– 1 cawan air suam
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum
– 2 sudu margerin
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
7. SEDIA DI MASUK KAN DALAM PERUT COMEY.
Nampak macam panjang kan. Tp senang jer step dia. Tersangat lah mudah taw. Kalau dh buat share2 la sini. Hehehe. Nak share sgt2 dialukan. Yana halalkan. Sama2 kongsi kan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita tidak tahu apa yang terjadi pada kehidupan kita di usia tua. Bagaimana Allah menguji kehidupan kita, sama ada dijaga oleh anak-anak atau hidup keseorangan pada usia emas ini. Apa pun ujian, Allah akan selalu hadirkan orang baik-baik kerana kita pernah berbuat kebaikan dalam hidup kita.
Tular kisah seorang warga emas dari Sik, Kedah yang merantau seorang diri ke Kuala Lumpur demi sesuap nasi sebelum dipertemukan dengan Ustaz Ebit Lew yang membantu menguruskan keperluan dirinya sebelum menghantarnya semula ke Kedah hari ini.
Apa yang membuat ramai sebak, kata Pakcik dirinya tidak boleh sangat melelapkan mata kerana memikirkan kehidupan dilaluinya sebelum dibantu oleh Ustaz Ebit Lew yang mengambilnya di stesen bas TBS selepas beberapa hari tidur di stesen berkenaan dalam keadaan kelaparan dan ketiadaan wang.
Menyedihkan di sebalik ujian melalui kehidupan berseorangan di usia emasnya, pakcik ini turut diuji dengan keadaan mata sebelah tak nampak sementara sebelah lagi kabur dan dirinya tidak membuat pemeriksaan doktor.
Sebelum menghantarnya balik ke Sik, Kedah, Ustaz Ebit telah membawanya bertemu Datuk Prof Dr Muhaya bagi pemeriksaan doktor.
Berikut perkongsiannya :-
Sebak sangat bila tahu rupanya pakcik ni sebelah mata tak nampak. Sebelah lagi pun tak nampak sangat. Pakcik tak nampak sangat muka kita. Tongkat untuk arah berjalan. Tak periksa mata dah lama. Terus bawa jumpa Datuk Prof Dr Muhaya.
Syukur dapat periksa mata pakcik. Prof Muhaya membantu semuanya. Baik sangat layanan Prof dan semua di Ikonik. Terharu rasa. Terima kasih Datuk Prof yang teramat saya hormati. Saya pula dapat hadiah spec dan periksa mata sekali. Syukur mata saya sihat. Doakan pakcik yer. Sekejap lagi bawa beli phone untuk pakcik dan hantar ke Kedah. Terima kasih doa semua.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi bagaimana dirinya mula-mula bertemu pakcik.
Tengah live tik tok berkongsi nasihat ramai anak muda komen minta tolong pakcik TBS. Tik tok Syira dan Maisarah. Merantau dari Sik Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja. Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus bergegas cari pakcik ni sampai 4 pagi tak jumpa.
Seharian mencari pakcik ni tak tidur. Malam tadi 10 malam rezeki akhirnya terjumpa. Pakcik ni ada rumah di Kedah. Isteri dah meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang KL nak cari duit untuk makan minum.
Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pakcik nak tak kami beri duit bulanan. Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan.
Pakcik duduk kampung rehat je. Katanya memang ingin nak duduk kampung je. Saya beri sedikit duit. Pakcik ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong.
Sedih dengar ceritanya. Saya yang dah tiada ayah ni. Rindu teramat pada ayah saya. Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pakcik ni makan minum laju dan habis 2 bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya.
Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat. Ya Allah. InsyaAllah pagi ni nak bawa pakcik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah. Semoga pakcik tidur lena dan rehat yer. Ya Allah maafkanlah diriku di saat tidur lena ada orang dalam kesusahan dan kelaparan. Sumber : fb Ustaz Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidur tanpa seurat benang sering dikaitkan dengan gangguan jin, tetapi adakah ia benar menurut Islam? Ketahui penjelasan berdasarkan dalil serta amalan sunnah sebelum tidur.