Sunat menutup bekas makanan dengan sesuatu yang menutup mulut bekas makanan pada setiap waktu terutama waktu malam. Sekiranya tiada penutup, boleh juga di lintangkan kayu, senduk dan sebagainya di mulut bekas tersebut. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Saidina Jabir.
Kata ulamak, hikmah disuruh tutup bekas makanan kerana TIGA perkara:
1. Kerana disebutkan di dalam hadis yang sahih bahawa syaitan tidak dapat membuka bekas yang ditutup dan membuka ikatan tempat simpan air.
Ads
2. Kerana disebutkan dalam hadis riwayat Imam Muslim bahawa di dalam satu tahun, ada satu malam yang diturunkan bala padanya. Lalu bala tersebut akan melalui bekas makanan yang tidak di tutup dan turun ke dalamnya.
3. Kerana menjaga daripada terjatuh najis ke dalamnya. Sebahagian ulama beramal dengan hadis dengan hanya meletakkan ranting kayu di mulut bekas makanan. Apabila pagi, dilihatnya ular berbelit di ranting kayu tadi, tidak turun ke dalam bekas.
Ads
Kata ulamak apabila meletakkan kayu tadi,
Bacalah ( بسم الله هذا غطاؤك)
Ads
Maksudya: Dengan nama Allah, inilah penutupmu. Sekiranya diletakkan penutup yang menutupi semua mulut bekas cukup hanya dengan membaca (بسم الله) sahaja.
▪️Petikan daripada kitab Umdatur Rabih, karangan Imam ar Ramli. Boleh juga di lihat di dalam kitab as Thimar al Yani’ah karangan Syeikh Nawawi al Bantani.
Sumber kredit: Ustaz Mohd Zaki Zulkifli
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bukan hanya di dunia sahaja ada mahkamah perbicaraan di akhirat nanti pun ada. Jika di dunia seorang peguam akan membela dengan hujah dan bukti yang akhirnya akan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Di akhirat pula ada perbicaraan yang lebih dahsyat. Hakimnya Allah sendiri.
Tidak ada walau sedikit perkara yang akan terlepas daripada perhatian Allah. Dan hukuman yang akan diberikan hanya dua – syurga atau neraka. Percayalah apabila berada di sana nanti, hatta untuk menanti perbicaraan pun kita tidak mampu apatah lagi untuk menerima hukuman.
Maka Allah sebenarnya telah memberikan kita jalan keluar. Ada beberapa perkara yang telah disebutkan dalam hadis sahih, mampu untuk membantu kita saat itu.
AL-QURAN
Pembela pertama kita di padang mahsyar ialah Al-Quran sendiri. Beruntunglah bagi orang yang menjadikan Al-Quran sebagai temannya ketika di dunia. Al-Quran tidak hanya dicari ketika bulan puasa, ketika bacaan Yasin di masjid atau ketika majlis khatam Al-Quran sahaja. Tetapi Al-Quran dijadikan teman yang dibaca setiap hari, yang dicari saat hati senang dan susah.
“Rajinlah membaca Al-Quran, kerana dia akan menjadi syafaat bagi penghafalnya di hari kiamat.” (HR. Muslim, no.1910)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Bacalah Al Quran kerana Al Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi’ (pemberi syafa’at) bagi yang membacanya…” (Petikan hadis dari HR. Muslim no. 1910- Status hadis sahih)
“Amalan puasa dan membaca Al-Quran akan memberi syafaat bagi seorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Rabb, aku telah menahannya dari makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan Al-Quran berkata: Aku menahannya dari tidur di waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya, maka keduanya pun diizinkan memberi syafaat.” (HR. Ahmad, Sahih At-Targhib: 1429)
Pelbagai jenis puasa sunat boleh dilakukan, antara ialah puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat tiga hari dalam setiap bulan Islam (pada tanggal 13, 14, 15) dan juga puasa pada hari ‘Arafah.
SOLAT SUNAT
Solat sunat tambahan berfungsi untuk menampung kekurangan yang ada dalam solat fadhu. Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amalan yang pertama kali dihisab pada manusia di hari kiamat nanti adalah solat. Allah ‘azza wa jalla berkata kepada malaikatNya dan Dialah yang lebih tahu,
“Lihatlah pada solat hambaKu. Apakah solatnya sempurna ataukah tidak? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun jika dalam solatnya ada sedikit kekurangan, maka Allah berfirman: Lihatlah, apakah hambaKu memiliki amalan sunnah. Jika hambaKu memiliki amalan sunnah, Allah berfirman: sempurnakanlah kekurangan yang ada pada amalan wajib dengan amalan sunnahnya.” Kemudian amalan lainnya akan diperlakukan seperti ini.” (HR. Abu Daud no. 864, Ibnu Majah no. 1426 dan Ahmad 2/425 – Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih)
DOA SELEPAS AZAN
Amalan membaca doa selepas azan juga mampu membantu kita di akhirat. Ia amalan yang sangat mudah dilakukan, namun memberikan kelebihan yang sangat besar. Di Malaysia, azan senang didengari walaupun di tengah-tengah bandar besar. Kemudahan masjid dan tempat solat ada di mana-mana, malah kita juga mampu mengaktifkan tetapan azan pada aplikasi solat dalam telefon pintar.
Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa – Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan – luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.”(Sahih Bukhari, no. 614)
ORANG SOLEH
Orang soleh ialah mukmin yang beriman. Allah bercerita tentang ciri orang Mukmin dalam Al-Quran antaranya, mereka ialah orang yang mengerjakan solat, menjauhkan diri daripada dosa, bertawakkal kepada Allah, bersedekah dan orang yang mempunyai rasa takut di hatinya kepada Allah.
Maka orang yang beriman juga mampu membantu untuk menyelamatkan kita daripada azab api neraka kelak, dengan syarat kita berteman dengan mereka di dunia. Dalam erti kata lain, kita berteman dengan mereka kerana ingin mendapatkan kebaikan, ingin diberi peringatan tentang Islam.
“Demi Allah Yang jiwaku ada di tanganNya. Tidak ada seorangpun diantara kamu yang lebih bersemangat di dalam menyerukan permohonannya kepada Allah untuk mencari cahaya kebenaran, dibandingkan dengan kaum Mu’minin ketika memohonkan permohonannya kepada Allah pada hari Kiamat untuk (menolong) saudara-saudaranya sesama kaum Mu’minin yang berada di dalam Neraka. Mereka berkata:” Wahai Rabb kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan berhaji bersama-sama kami”.
Maka dikatakan (oleh Allah) kepada mereka : “Keluarkanlah oleh kalian (dari Neraka) orang-orang yang kalian tahu!” Maka bentuk-bentuk fisik merekapun diharamkan bagi Neraka (untuk membakarnya). Kemudian orang-orang Mu’min ini mengeluarkan sejumlah banyak orang yang dibakar oleh Neraka sampai pada pertengahan betis dan lututnya.
Kemudian orang-orang Mu’min ini berkata: “Wahai Rabb kami, tidak ada lagi di Neraka seorangpun yang engkau perintahkan untuk mengeluarkannya”. Allah berfirman : “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu dinar, maka keluarkanlah (dari Neraka)!” Maka merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang dari Neraka.
Kemudian mereka berkata lagi : “Wahai Rabb kami, tidak ada lagi seorangpun yang kami sisakan dari orang yang Engkau perintahkan untuk kami mengeluarkannya”. Allah berfirman : “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat setengah dinar, maka keluarkanlah (dari Neraka)”. Merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang.
Selanjutnya mereka berkata lagi : “Wahai Rabb kami, tidak ada seorangpun yang Engkau perintahkan, kami sisakan (tertinggal di Neraka)”. Allah berfirman: “Kembalilah! Siapa saja yang kalian dapati di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji dzarrah, maka keluarkanlah (dari Neraka)”. Maka merekapun mengeluarkan sejumlah banyak orang.
Kemudian mereka berkata : “Wahai Rabb kami, tidak lagi kami menyisakan di dalamnya seorangpun yang mempunyai kebaikan”.
Pada waktu itu Abu Sa’id al Khudri mengatakan: “Apabila kalian tidak mempercayai hadis ini, maka jika kalian suka, bacalah firman Allah (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang meskipun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”. (Surah An Nisaa’ : 40) … al Hadits”. (HR. Bukhari dan Muslim, 8 – Status hadis sahih)
Berdasarkan hadis di atas, Hasan Al- Bashri juga ada berkata,
استكثروا من الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة
”Perbanyaklah berteman dengan orang-orang yang beriman. Karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat.” (Ma’alimut Tanzil 4/268)
KESIMPULAN
Daripada hadis-hadis yang telah disebutkan di atas, kita tahu sebenarnya Allah sangat pengasih kepada hamba-hambaNya. Allah tidak membeza-bezakan kita dan hanya memberi kelebihan kepada ‘orang baik’ sahaja. Allah telah memberitahu rahsia yang dapat menyelamatkan diri kita di akhirat kelak. Maka, ambil lah peluang bermula sekarang untuk mencari ‘pembela-pembela’ ini – Al-Quran, solat dan puasa sunat, doa selepas azan dan juga orang yang beriman.
Sumber kredit: tzkrh.com
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sambil bertanya sama ada dia cantik memakai tudung bawal, Fouziah Gous nampak begitu manis sekali berhijab. Antara caption yang ditulis oleh Fauziah di instagramnya berbunyi, “Betul ke saya lebih sesuai pakai tudung bawal??
Nabi SAW pernah melalui dua kubur lalu bersabda maksudnya: “Ingatlah sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing.”
Kemudian Baginda SAW mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu, Baginda menanam salah satunya pada kubur pertama dan yang satu lagi pada kubur kedua sambil bersabda: “Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari: no.1378 dan Muslim: no.292)
Adakah ia memberi syafaat?
Peristiwa ini telah mengundang beberapa persoalan tentang manfaat meletakkan pelepah kurma ataupun tumbuhan lain di atas kuburan. Namun apa yang jelas hadis ini merupakan dalil pelepah kurma segar boleh meringankan azab kepada mayat.
Persoalannya adakah munasabah kedua-dua pelepah ini dapat meringankan seksa mayat tersebut? Ulama mempunyai dua pandangan utama mengenai masalah ini.
a) Sebahagian ulama berpendapat ia dapat meringankan azab kerana kedua-dua pelepah itu sentiasa bertasbih sehingga ia kering. Tasbih boleh meringankan azab ke atas orang yang sudah mati. Berdasarkan illat (sebab) ini, mereka menyatakan sunat datang ke kubur dan membaca tasbih dengan harapan mayat itu diringankan seksanya.
b) Manakala sebahagian lain mengatakan bahawa illat ini lemah kerana kedua-dua pelepah kurma tersebut tetap bertasbih, sama ada dalam keadaan segar mahupun kering. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya. Tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka…” (Surah al-Isra’:44)
Dalam peristiwa ini terjadinya keringanan azab kerana Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT agar azab kedua-dua mayat itu diringankan selagi pelepah kurma tersebut masih segar. Ini bermakna keringanan azab tidak berlaku selama-lamanya.
Perbuatan Nabi SAW itu hanya bertujuan memberikan amaran kepada umatnya tidak melakukan perbuatan yang dilakukan oleh mayat-mayat tersebut iaitu membuat fitnah dan tidak membersihkan kencingnya.
Inilah maksud yang lebih tepat dengan hadis. Ianya merupakan syafaat yang bersifat sementara dan memberi amaran bukannya kerana Rasulullah SAW tidak mahu memberikan syafaat abadi kepada mereka.
Bolehkah tumbuhan diletakkan?
Berkenaan hukum terhadap perkara ini sebahagian ulama berpendapat, sunat meletakkan pelepah kurma segar, pokok dan lain-lain di atas kubur untuk meringankan azab mayat di dalamnya. Tetapi menjadi satu kesalahan untuk mengaitkan hukum perbuatan ini dengan apa yang dilakukan Nabi SAW atas beberapa alasan:
i. Kita tidak tahu sama ada mayat sedang diseksa atau tidak. Sedangkan Rasulullah SAW diperlihatkan oleh Allah SWT akan keadaan mayat tersebut melalui wahyu.
ii. Jika kita meletakkan tumbuhan di atas kubur atas tujuan itu, ia seakan-akan kita bersangka buruk pada mayat bahawa dia sedang diseksa. Sedangkan kita tidak tahu nasib yang dialami oleh mayat tersebut.
iii. Istinbat hukum perbuatan ini bercanggah dengan amalan ulama salaf. Sedangkan merekalah orang yang paling faham terhadap syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW
iv. Allah SWT telah mengajar kita amalan yang lebih baik dalam memberikan keringanan kepada mayat iaitu mendoakan kebaikan untuk si mati.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki buta dan hukum aurat wanita sering menjadi persoalan. Ketahui penjelasan hadis, pandangan ulama serta hukum sebenar menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.