Mencium mushaf al quran setiap kali selesai membacanya adalah perkara yang biasa kita lakukan kerana memuliakan kitab suci ini. Namun begitu ada yang mengatakan sebaliknya, ada yang mendakwa perbuatan tersebut sebenarnya boleh merosakkan akidah?
Persoalan ini dipetik dari satu perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman sosial milik. Penceramah ini turut memberikan penjelasan tentang hal tersebut.
Hukum mencium mushaf al Quran
Hukum mencium mushaf yakni Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus di sisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.
Ertinya : “”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)
Pada Fatwa Majlis Agama Palestin :
Ads
يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .
ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .
قال النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .
المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني
Ads
Ertinya : “Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan sunatnya.
Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan mushaf pada setiap pagi dan menciumnya.
Dan adalah Uthman r.a. mencium akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.
Ads
Berkata Imam Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palsetin)
Kesimpulannya, mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain. Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.
Tidak rosak aqidah sebab mencium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.
‘Orang yang betul-betul jaga solat, Allah uji dengan bos dan tempat kerja.’ Jika tiada pilihan, boleh buat solat jamak tamam. Tidak semua daripada kita bernasib baik dapat tempat kerja dan majikan yang baik.
Tidak semua bos memahami dan memberi izin kepada pekerjanya untuk menunaikan solat apalagi berbeza agama. Namun sikap anak muda ini harus dipuji kerana dia benar-benar menjaga solatnya.
Ikuti perkongsian Ahmad Fedtri Yahya ini dan hadam baik-baik cadangannya apabila seseorang itu berdepan dengan situasi yang sama.
Bergantung kepada situasi dan penilaian di tempat kerja anda, diharap jawapan @ustazshahrizan boleh memberi panduan untuk anda bertindak.
“Jika benar ada kepayahan yang tiada pilihan masa, tempat, tiada pengganti ( syif ) kepayahan dan kesusahan ini dikira mendesak, maka harus laksanakan solat jamak ta’khir tamam.
Tangguh maghrib dan buat pada waktu Isyak. Jika ada pilihan, maka kena solat maghrib pada waktunya mengikut kadar kemampuan ruang dan laksanakan rukun yang wajib-wajib sahaja jika ianya mendesak untuk solat dengan segera.
INFO: SOLAT JAMAK TAMAM Solat jamak tamam adalah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu tanpa mengurangkan bilangan rakaat solat berkenaan. Sebagai contoh, solat Zuhur yang dijamakkan bersama solat Asar yang mana kedua-duanya masing-masing dilakukan sebanyak empat rakaat.
Syarat solat jamak tamam sebab hajat :
1. Tidak dijadikan kebiasaan atau adat.
2. Hajat itu benar-benar mendesak ( kepayahan mendesak ).
3. Tidak dijadikan sebab atau alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat (contoh muslihat : memilih untuk solat jamak kerana shopping / bersukan etc
P/S : Boleh berbincang dengan manager atau staf yang lain untuk aturan jadual dan masa sebaiknya.
Rupa-rupanya ramai warganet juga berdepan situasi yang lebih kurang sama bila bekerja di tempat baru.
madihah195
Pernah juga kerja yang ada situasi macam itu. Malah mereka silap tunjuk arah kiblat lagi. Time itu tak canggih lagi hendak tengok compass kan. Hmmm, sedihnya sebab pekerja dan manager semua Islam.
Tak expect ada situasi sukar hendak solat di tempat yang ada orang Islam. Tapi what I do awal-awal kerja macam akur saja, terpaksa solat lewat dan sambung terus next solat. Makan pun hanya roti saja sempat.
Tapi next day itu rasa tak sedap hati buat macam itu hari-hari. End up cuba beranikan diri setiap kali masuk waktu solat, minta izin dekat manager hendak solat.
Nampk dia macam berat hati hendak bagi tapi dia bagi juga. Surprisingly, tak lama selepas itu, seorang demi seorang staf sudah mula solat.
Subhanallah rupanya mungkin ada staf lain yang tak berani hendak bangkitkan isu ini. So conclusionnya, cuba beranikan diri untuk slow talk tentang ini.
norfatinsyamimi
Dulu saya pernah kerja kedai komputer milik bos India. Tapi mereka sangat baik. Bila tahu saya berjalan kaki jauh hendak ke surau untuk solat, diorang kumpul staf-staf untuk kemas satu bilik khas bagi saya solat kat situ.
Lengkap ada bilik air untuk wuduk dan mereka siap pasang almari untuk saya simpan telekung. Masyallah terharunya sangat waktu itu.
syuhadarhmt
Ayah saya selalu pesan, one of the main point kena titikberatkan masa cari kerja, adakah tempat kerja tu memudahkan kita untuk solat dari segi tempat dan masa?
Seandainya majikan atau “work-nature” kerja itu menyukarkan untuk solat, tinggalkan segera (andai sudah bekerja) atau jangan apply at the first place. Kita kerja hendak cari rezeki jangan sampai lupa pada Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq)
milkywithstars
Sebak baca, orang yang betul hendak jaga solat. Allah uji dengan bos dan tempat bekerja.
Rumah tepi jalan dan ada kawasan lapang yang merupakan tanah kerajaan tempatan, daripada terbiar mungkin ada yang bercucuk tanam. Meski tahu ia bukan hak tapi ramai yang mengusahakannya dengan anggapan ia dibolehkan. Malah tanaman tersebut digunakan untuk makan sekeluarga.
Sekiranya ada yang melakukan perkara ini, sebaiknya hentikan kerana menurut Mufti Pulau Pinang makan hasil tanaman tersebut hukumnya adalah syubhah.
Bolehkah saya menggunakan tanah di kaki jalan milik Majlis Kerajaan Tempatan yang terletak di belakang rumah saya (tanah di antara jalan raya dan belakang rumah saya anggaran keluasan dalam 4 kaki persegi) untuk bercucuk tanam?
Jika boleh, adakah hasil tanaman tersebut boleh saya makan?
Berkaitan hukum memakan hasil tanaman di tanah milik kerajaan tempatan, kami berpandangan bahawa hukumnya adalah syubhah. Hal ini kerana hukum syarak melarang mengambil hak milik seseorang menjadi harta peribadinya. Firman-Nya bermaksud:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
Maksudnya: “Daripada Said Bin Zaid dia telah berkata, aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan bebankan dengan mengalungkan tujuh bumi kepadanya.”
[HR al-Bukhari & Muslim 3024]
Tanah rizab milik kerajaan adalah tanah simpanan yang mempunyai perancangan jangka panjang dan kepentingan awam. Sudah pasti ia akan digunakan semula dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, sekiranya tuan memohon kebenaran untuk mengusahakannya dan kerajaan membenarkan untuk digunakan maka bolehlah digunakan dan hukum mengambil hasil daripada tanaman yang ditanam di kawasan tersebut adalah halal.
Namun, layaklah bagi pemilik tanah iaitu kerajaan tempatan meletakkan syarat tertentu bagi menjaga hak masing-masing seperti tidak boleh membina binaan kekal serta risiko bakal ditanggung oleh pihak yang membangunkan tanah itu, sebagai contohnya.
Ada dakwaan mengatakan perempuan tua sudah tak wajib bertudung atau menutup aurat rambutnya. Dalam Islam jika sesuatu yang baik itu sepatutnya diteruskan walaupun ada hukum memberi kelonggaran terhadap pelaksanaannya.
Aurat adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain.
Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, di antaranya ialah:
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” Surah an-Nur: 31
Al-Khimar (الخِمَار) Imam Ibnu Kathir Rahimahullah mengatakan bahawa al-khimar bermaksud apa-apa yang dipakai untuk menutup kepala atau kain yang dipakai oleh wanita untuk menutupi kepalanya. Dalam masyarakat kita, al-Khimar dikenali sebagai tudung.
Al-Jilbab (الجِلْبَاب) Al-Jilbab dari segi bahasa bermaksud baju dan pakaian lebar yang dipakai oleh wanita yang terdapat di bawahnya kain atau apa-apa yang dipakai untuk menutupi pakaiannya dari atas.
Asas kepada perbincangan dalam masalah ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya: “Dan mana-manawanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka; dan perbuatan mereka dengan menjaga kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luar mereka) adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. Surah an-Nur: 60
Makna al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) berasal daripada perkataanal-qa’id (القاعد) yang membawa maksud orang yang duduk. Ibn QutaibahRahimahullah telah berkata: “Dinamakan wanita yang sudah tua sebagai orang yang duduk adalah kerana mereka banyak duduk di rumah pada usia tersebut”.
Para ulama berbeza pendapat mengenai makna sebenar al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) dalam ayat ke-60 surah an-Nur kepada tiga pendapat:
Imam al-Qurtubi Rahimahullah telah melemahkan pendapat yang ketiga kerana wanita yang sudah tidak mampu mengandung masih lagi berkemungkinan bagi lelaki untuk bersenang-senang dengannya.
Oleh itu, wanita tua yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah merujuk kepada perempuan tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.
Makna Thiyab (ثِيَاب) Ulama’ berbeza pendapat mengenai makna sebenar perkataan thiyab (ثِيَاب) dalam ayat ke-60 surah an-Nur:
فَلَيْسَعَلَيْهِنَّجُنَاحٌأَنْيَضَعْنَثِيَابَهُنَّ Maksudnya: “Maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka”
Pendapat Pertama: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain). Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab yang dipakainya. Ini adalah pendapat majoriti ahli tafsir di kalangan para Sahabat dan generasi awal di kalangan ahli tafsir.
Pendapat kedua: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-khimar atau tudung dan al-jilbab. Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab dan khimar (tudung) yang dipakainya. Ini adalah pendapat ibn Umar RA, ‘Ikrimah, Sulaiman bin Yasar dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam Rahimahumullah.
Kami berpandangan bahawa pendapat yang kuat dan tepat dalam masalah perempuan tua perlu bertudung atau tidak adalah wajib ke atasnya untuk memakai tudung yang menutupi rambut dan kepalanya seperti wanita-wanita lain berdasarkan dali-dalil daripada al-Qur’an dan hadis Nabi SAW.
Imam an-Nawawi Rahimahullah telah berkata:
“Adapun aurat perempuan tua, Imam al-Ghazali menyamakan hukumnya dengan perempuan muda. Ini kerana nafsu syahwat adalah suatu perkara yang tidak dapat ditentukan dan perempuan tua masih lagi boleh dijadikan tempat untuk bersenang-senang dengannya.
Mengenai ayat ke-60 dalam surah an-Nur, tafsiran yang tepat mengikut pendapat majoriti ulama’ adalah ia ditujukan kepada wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.
Sungguh benar bagai dikata, keadaan zaman ini, perempuan berumur masih mampu mengekalkan kecantikan dan nampak seperti lebih muda daripada usianya yang sebena. Kecanggihan teknologi dan barangan kosmetik yang digunakan, serta cara pemakaian mereka adalah faktor mereka masih mampu menarik perhatian lelaki.
Marilah kita mencontohi akhlak para muslimah yang hidup di zaman salaf. Mereka sangat menjaga kehormatan diri dan memilih untuk menjaga kesucian mereka dengan cara yang terbaik walaupun dibolehkan membuka tudung.
Ini sebagaimana kisah Hafsah binti Sirin Rahimahallah yang direkodkan oleh Imam al-Baihaqi Rahimahullah di dalam kitabnya, al-Sunan al-Kubra:
‘Asim al-Ahwal telah berkata, “Kami pernah masuk ke rumah Hafsah binti Sirin (yang telah berusia pada ketika itu), lalu dia segera menutupi dirinya dengan jilbab. Kami pun berkata kepadanya, “Semoga Allah merahmatimu, bukankah Allah SWT telah berfirman (surah an-Nur: 60) “Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian (jilbab) mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka.”
Maka Hafsah pun berkata kepada kami, “Apakah sambungan daripada ayat tersebut?” Lalu kami membaca, “Dan menjaga kesucian diri mereka (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka.” Hafsah pun berkata: ‘Ia bermakna tetaplah dengan pemakaian jilbab (kerana itu lebih baik).’ al-Sunan al-Kubra (13534)
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?