Bila seseorang itu menetap bekerja di tempat lain, bolehkah solat jamak qasar di kampung mak, ayah apabila setiap kali pulang menjenguk mereka.
Kadang-kadang timbul kekeliruan bagi menentukan di manakah tempat yang sebetulnya bermukim atau bermastautin bila ingin mengerjakan solat jamak dan qasar.
Ikuti penerangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan isu ini dan fahami penjelasan yang disampaikan:
Menetap & Bekerja
Soalan:
Berkenaan soal bermukim, alamat menetap dan bekerja adalah di Selangor, jika saya balik ke kampung halaman (Johor), adakah rumah saya di kampung halaman dikira mukim?
Boleh ke saya solat jamak qasar semasa di kampung halaman saya? (Balik kampung tidak lebih 3 hari)
Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat).”
(Surah al-Nisa’:101)
Ads
Imam al-Nawawi berkata: “Ayat ini mengaitkan hukum qasar dengan al-dorb `ala al-ardh (permusafiran). Justeru, jika seseorang ialah penduduk suatu kota maka dia boleh qasar apabila dia berpisah daripada bangunan yang dinisbah kepada kota tersebut.” (Lihat al-Majmu` Syarh al-Muhazzab, 4/346)
Bolehkah Solat
Ayat di atas menjelaskan bahawa rukhsah iaitu kemudahan dan keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang bermusafir.
Keringanan (rukhsah) ini merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada hambaNya, maka hendaklah kita menerimanya. Saidina Umar R.A pernah bertanyakan berkaitan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Ia merupakan pemberian sedekah dengannya oleh Allah SWT, maka terimalah pemberian itu daripada Allah SWT.”
Riwayat Ibn Hibban (2739). Syeikh Syuaib al-Arnaut dalam Takhrij Sahih Ibn Hibban (2739) menyatakan bahawa sanadnya sahih berdasarkan syarat imam Muslim.
Jamak Qasar
Berkenaan jarak dua marhalah, terdapat beberapa pendapat, antaranya:
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan: dua marhalah itu adalah bersamaan 88.704 km. (Lihat al-Wajiz, 1/266).
Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff, dua marhalah itu bersamaan lebih kurang 82 km dan lebih. (Lihat Taqrirat al-Sadidah, hlm. 315)
Justeru, jarak dua marhalah di dalam ukuran sekarang seperti disebutkan oleh para ulama di dalam kitab merupakan anggaran. Ukuran ini lebih kepada taqribi (anggaran), bukannya tahdidi (ketepatan).
Kami nyatakan hal ini dengan sebuah hadith al-Ala` bin al-Hadhrami R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ثَلاَثٌ لِلْمُهَاجِرِ بَعْدَ الصَّدَرِ
Maksudnya: “Tiga hari bagi orang Muhajirin (boleh menetap di Makkah) selepas al-sadar (yakni selesai manasik Haji).” – Riwayat al-Bukhari (3933) dan Muslim (1352)
Abu Ishak al-Syirazi berkata: “Jika seorang musafir itu berniat mukim (menetap) empat hari selain hari masuk dan hari keluar maka jadilah sebagai seorang mukim, dan terhentilah rukhsah musafirnya kerana niatnya yang ingin menetap tiga hari tidak menjadikan orang yang musafir itu seorang yang mukim.” Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie, 1/195)
Berdasarkan persoalan di atas, kami katakan bahawa alamat menetap dan bekerja adalah saudara di Selangor adalah tempat permukiman saudara dan saudara tidak boleh menjama’kan dan menqasarkan solat.
Tetapi sekiranya saudara balik ke kampung halaman di Johor, maka rumah saudara di kampung halaman tidak dikira sebagai tempat pemukiman kerana saudara hanya menjadikannya sebagai tempat persinggahan saudara sahaja yang tidak melebihi tiga hari, bukannya tempat saudara tinggal secara tetap dalam tempoh yang lama.
Ads
Maka dalam hal ini, saudara boleh solat secara jama’ dan qasar semasa saudara di kampung halaman saudara. Hal ini sekiranya rumah di kampung halaman saudara itu merupakan rumah ibu atau bapa saudara.
Rumah Sendiri Tak Boleh
Namun begitu, jika sekiranya rumah di kampung saudara merupakan milik saudara, saudara telah masuk dalam kategori Sahib al-Baladain iaitu orang yang memiliki dua tempat tinggal yang berbeza.
Justeru, saudara hanya berhak solat jama’ dan qasar hanya ketika dalam perjalanan sahaja.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendirikan solat. Marilah sama-sama kita berdoa:
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik.
Kashoorga: Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat kita semua.
Siapa yang tidak mengenali Personaliti Media Sosial ini yang mempunyai susuk tubuh kecil molek tetapi bersemangat cukup tinggi.
Bukan sahaja kerana terbabit dalam bidang pembuatan makanan membuat kek bulan yang viral dan halal, tetapi kegigihannya berniaga biarpun duduk di kerusi roda sejak 9 tahun lalu.
Ternyata kejayaannya bergelar usahawan mengusahakan pembuatan makanan yang jarang diterokai bumiputera lain ini berjaya membuatkan Haziqah Nurul Huda Harun 23 tahun dianguerahkan sebagai penerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya.
Kalau dulu dia hanya mampu duduk dikerusi roda, tetapi kini gadis yang lebih dikenali dengan nama Yaya Moon Cake tidak lagi memerlukan khidmat kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana, sebaliknya kini selesa menggunakan tongkat.
Ternyata kisah keajaiban yang berlaku pada dirinya membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana dia boleh sembuh dari masalah kelumpuhan yang dialami selama 9 tahun ini.
Dalam perkongsian di laman sosial Facebook, Yaya Moon Cake memberitahu bagaimana dia boleh sembuh dalam tempoh hanya 24 jam dan kini berjalan menggunakan tongkat.
BENARR…JANGAN PERNAH BERBURUK SANGKA DENGAN PERANCANGANNYA DAN BERPUTUS ASA DENGAN SETIAP YG MERASA DIDUGA DENGAN SEBUAH DUGAAN… ALHAMDULILLAH.. PENUTUP TIRAI 2019 DENGAN PENUH RASA NIKMAT SYUKURR….YAYA KINI KEMBALI BERJALAN….
alhamdulillah.. ramai yg x percaya termasuk doc bila yaya bagitahu kaki dah mula terasa apabila berpijak ditanah dan boleh mula bergerak sendiri walaupun perlahan2… perasaan, hanya allah yg tahu betapa syukur dan gembiranya perasaan nih bila allah kembalikan nikmat yg ditarik 9 tahun lepas dri yaya dan kembalinya nikmat itu pula saat mula berpijak dibumi haram tanah suci mekah….
sebelum yaya teruskan cerita macam mana dan apa kejadian yg membuatkan yaya kembali berjalan, yaya ksitau skitt laa secara jujur setiap penyakit yg yaya hidapi sebelum ini dan beberapa dugaan yg allah persiapkan buat yaya sepanjang tahun 2019 sebelum allah kembalikan 3 nikmat rahmat buat yaya pada hujung tahun nih.. hehehe….
kalau sebelum nih, ramai yg tertanya2 kenapa yaya berkerusi roda n sbb knapa yaya disahkan lumpuh sebelah kiri dri pinggul kebawah adalah akibat dari kecuaian yg berlaku sewaktu tempoh proses pengambilan air tulang belakang dan juga infection of virus yg menyebabkan saraf kaki tidak berfungsi (tiada deria rasa dan tidak membesar seiring anggota badan yg lain) selain dri tuh I’m the one who also diagnosed a colon cancer in medium stage since 2012 till today… dah recover pda 2015 tpi mai balik 2019 nih nk jengguk kawan lama asernya okeh lain2 kita x cerita yerrr.. stop sinih jeee… bagi yaya lain2 penyakit tuh juga ujian buat yaya untuk berjaya dimasa hadapan.. haa gittewwww…nk wat gane.. bnyak ngat penyakittt.. kikiki…
n 2019 yaya panggil sebagai tahun kedua paling malang buat yaya sebenarnya… sbb yaya diuji dngn perangai manusia, kes saman, kes penipuan, n mcm2 lagi n ditambah pula dngn mcm2 penyakit smpai rambutku yg sepanjang bawah pinggul terpaksa dipotong pendek mcm lelaki sbb rmbut gugur bnyak kes makan ubat high dose.. uhuuhuhuhuuuu…. tpi tidak mengapa.. saya masih kuat dan lalui segala dugaan dengan penuh kesabaran…
oraittt nih point paling besttt.. apa kejadian yg berlaku sepanjang umrah dan sebab mcm mana yaya buleh berjalan… baca betul2… nih cerita x tipu punyaa hokayyyy…
it’s about a miracle from allah swt…
mcm biasa bagi mana2 jemaah yg nk mulakan ziarah umrah, mesti perlengkapkan diri dengan pelbagai segi sama juga sperti yaya yg yaya dah mulakan dri june 2019 untuk umrah disember 2019..hehehehehe… start dri june, hari2 yaya dah mula berlatih berdiri disebelah kaki kanan dan cuba berkuat sebelah badan sbb masatuh yaya niat sekiranya bukan jodoh aku untuk berjalan sempurna untuk mengelilingi kaabah mu ya allahh, maka berikan aku sebuah nikmat untuk aku masih boleh mengelilingi kaabah mu tanpa menggunakan wheelchair… n siyesss wehh doa tuh terkabul… tpi kjap agi yaya citer…. berbelit japgi kang.. Hahaha…
so bila smpai waktu 10 dis, alhamdulillah kami bertiga selamat diterbangkan melalui MAS ke medina dan menetap di dar al hijr untuk memulakan ibadah kami yg pertama di tanah arab yg bermula di masjid nabawi… on tht time, apa yg berlaku.. sjak mula2 smpai rasanya jemaah boleh perasan kot yg yaya ada 2 – 3 jam jee sehari dkt bilik.. lain2 waktu mmg hilanggg bergerak sendiri ke masjid smpai tertido dkt masjid masatuh wehhh.. makan minum tolak tepi kes syiokk sngatt.. smpai sayang nk balik bilikk… termasuklah buat keje giler, sorang2 masuk raudhah pdahal travel agency dah ngabo jngn pegi sorang2 bahaya laa gapo laaaa…
tpi ku kuatkan hati, yaya doa dkt allah masa 1st day tuh.. sekiranya ada jodoh aku untuk masuk ke raudhah masa tuh, pda zikir aku yg keseribu allah bukakkan pintu untuk aku masuk kesana…. tpi ajaiibbb gilee wehhh.. genab zikir ke 1000x, pintu terbukak n nk masuk sngat2 laa mudah n tiada ancaman sedemikian seperti yg diceritakan oleh lain2 jemaah… I’ll do spend my whole night in raudhah tanpa gangguan sdngkan yg lain2 ksitau diorang nk dudukk stengah jam pon x leh…. rezeki sngat2 ntok yaya wehh…
okehh.. so yaya pendekkan cerita dehh.. x kan nak cerita juge gapo yaya doa n lain2 routine kan.. kikiki….
then pada 15 disember maka bergerak laaa kami rombongan che kiah ke kota mekah untuk memulakan umrah kami yg bermula niat di Bir ali bersama 43 jemaah yg lain…
selepas hampir 5/6 jam perjalanan kami ke kota mekah, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami Dar Al Tawhid yg betul2 berada dihadapan pintu perkarangan masjidil haram…
nk dijadikan cerita, setibanya kami di hotel dan bila cuba nk turun dri cenuram slide/ram gantian tangga tuu yaya tergelincir dngn wheelchair dihadapan masjidil haram, smpai terbalik wheelchair n jatuh terlentang masatuh… siyesss x logik.. sbb bkn pertama kali yaya berlasak n turun cenuram yg lebih cerunn sbelum nih n x dek jadik pape ponn.. n pestime yaya jatuh cenggituh sehingga kan kepala yaya dan keseluruh tulang belakang yaya sakit hamat kes terhentak kuat… but like always, kekal kepoyoan diriku bila dah jatuh lakon2 x sakit n teruskan jugee tawaf sendiri selepas 30 minit terjatuh tuu… masa jatuh tuu hati memang runsing sngat2… sbb yaya mula terfikir
“adakah allah tidak menerima aku berada ditanah haram mu untuk beribadah dan bersujud di kaabah mu?? adakah tiada Pengampununan bagi dosa2 aku smpai aku tidak diterima disini??” this is my mindset on tht time….(sangkaan aku salah sama skali)
maka kuteruskan tawaf umrah sewaktu itu berseorangan tanpa orng bantu untuk tolak… kayuh dengan 2 kerat lengan dengan jaraknya x yah cakap, memang jauh yakmat sbb ntok laluan wheelchair terletak diatas n kebetulan diorang tengah baik pulih so kene pusing jauhh… allah saja yg tahu betapa nk pensan yaya masatuh… menangis2 yaya tawaf masatuh, tangisan sakit + terharu smpai lencun hinggus satu baju masatuh nsib orng x kenal.. malu kokram klu dok.. hehehehehe…
n alhamdulillah.. umrah kami selesai, n dlm keadaan lemah kepenatan yaya rehatkan diri dlu dihotel… n selesai rehat badan, dlm keadaan sakit lgi yaya masih kemasjid petang tu dngn niat nk cuba jgk sentuh kaabah on my 1st day… n nikmat allah, dikirimkan buat yaya seorang sahabat yg memang bnyak membantu… dipinjamkan bahu buat yaya untuk berjinjit sebelah kaki bagi sepanjang tawaf sunat usai solat isya smpai boleh cium kaabah dan lain2 perkara dngn mudah… dan sebelum tuh wheelchair yaya dah park siap2 di tempat letak wheelchair siap pak guard jaga n kmi kepil bersama kertas kononnya wheelchair ini bertuan dan bersama kertas tu kmi buh skali alamat hotel n num hp.. ehehehehe… so 4 jam selepas selesai segala ibadah, maka kawan yaya nih pon pegi laaa cari wheelchair sbb nk balik hotel balik kann…
Sebelum itu simpan kerusi roda di tempat sepatutnya, tetapi tiada rezeki kerusi roda berkenaan hilang selepas hampir 40 min menunggu, idok jugeee member nih smpai depan mata dngn wheelchair merah yaya tuuu… dlm hati memang dah syak hilang masatuh n memang dah redha awal2 ckp clm hati “kalu bukan jodoh rezeki wheelchair tuu untuk yaya, maka tidak mengapa.. aku redhoooo”
n betolllll.. wheelchair ku hilang… 2 jam mencari x jumpe2… n dngn wheelchair masjid yaya dibawa pulang ke hotel n mulalahh proses keajaiban terhadap diri yaya…dlm tempoh 24jam yaya hanya berada di dlm bilik smbil layan demam n x boleh kemana2 sbb wheelchair hilang
Oleh kerana kerusi roda tiada dan sakit yang teramat sangat, jadi hanya layan ubat kemudian tidur. Tetapi tersedar bila dikejutkan dengan suara azan dan terasa kaki kebas. Cuba untuk gerakkan kaki
in 24 hours tuu jgakk sbb x dak wheelchair n badan masih lemah sbb over used so yaya jatuh 4 kali dlm tandas akibatkan tulang belakang n pungkoqq sume sakittt wehhhh…kes sakitt hamat, so yaya makan ubat n yaya tido… terkejut sbb azan n bila kita kata rezeki allah, bangun2 jee dri tido yaya punya kaki terasa kebasssss yg amat dri pinggul kebawah.. sdngkan sbelum nih x pernah ada rasa apa2…masatuh menangisss jugakk laaa sorang2 kes terkejut n tahan sakit pada masa yg sama… n masatuh jgak yaya cuba kuatkan diri ntok cuba gerakkkan kaki…
alhamdulillahh ya allahhhh …. doaku selama 9 tahun dikabulkan pada saat 3 hari selepas genab usiaku pada 23 tahun (beday 13 Disember) alhamdulillah… sujud syukur yaya allah shaja yg tahu….
Segalanya nikmat pemberian dari Yang Maha Esa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya untuk terus sihat dan kembali berjalan sungguhh benar, segalanya nikmat pemberian hanya dari dia yg maha esa… tiada kesukaran yg diberikan terhadap kita dengan bersahaja.. pasti ada sinar yg menanti dengan setiap dugaan yg dihadirkan terhadap kita.. yg penting, sabar dan percaya terhadap dia yg satu…..bagi yaya, tanpa dugaan yg sebelum ini mungkin tiada pernah yaya mencapai kejayaan untuk bergelar usahawan berjaya pada usia muda… dan alhamdulillah dugaan yg diberikan berjaya yaya lalui dengan pelbagai pancarobanya ituhhh…
di kesempatan ini yaya juga ingin karangkan ribuan terima kasih buat mereka2 yg pernah mendoakan yaya untuk terus sihat dan kembali berjalan…n juga bagi mereka yg sentiasa bersama yaya dri waktu yaya sakit, dan shingga kini yaya dah boleh berjalan… saya sayang awak semua sngat2.. hehehehehe..
cuma bese laaa nk berjalan terus tuu x bolehh laaaa… mcm baby bru bertatih, so take time laaa nk fisio dlu bru boleh berlari mcm bese so now berkuat ngan tongkat dlu.. aci kann?? kikiki
sedikit pesanan yaya untuk korang sumee, jngn pernah bersangka buruk terhadap yg berlaku keatas diri kita… kerana hanya dia yg tahu mana yg terbaik untuk kita.. serahkan segala jiwa kita terhadapnya yg maha esa…redha dan tawakkal dlm setiap perkara.. insyallahh allah pasti permudahkan segala urusan kita.. aminnn…
okehhh.. itu sajaaa cerita pnjang lebar dri yaya.. hope korang mudah faham jalan ceritanya n semoga dijadikan sebagai inspirasi buat mereka2 diluar sana…. yg x pernah pi umrah, cuba laa.. manatau nk dikatakan rezeki.. hehehehehe…
sekian.. assalamualaikum n love uu semua.. hehehehehe…. n jngn lupa teruskan doa untuk yaya berjalan tnpa tongkat plak dehh..
Dua hari lagi merupakan kemuncak musim Haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf di Arafah adalah kemuncak haji. Tiada haji tanpa wukuf di Arafah dan betapa beruntungnya mereka yang menjadi tetamu Allah tahun ini.
Dalam pada itu, jika kita tidak direzekikan lagi menjadi Duyufurrahman, apa yang mampu kita lakukan untuk sama memperoleh pahalanya ialah dengan berpuasa sunat hari Arafah.
Perlu diingat, tarikh bagi puasa sunat ini ialah pada 9 hb Julai bersamaan hari Sabtu di saat jemaah yang berada di Makkah sudah pun meraikannya raya haji itu sendiri. Ini kerana pemerintah sudah menetapkan hari raya haji jatuh pada 10 Julai 2022 bersamaan hari Ahad.
Apakah lelebihan hari Arafah dan kenapa ia begitu istimewa bagi kita umat Islam.
Sejarah hari Arafah bermula pada 1441 tahun yang lalu di di lembah Uranah di mana Rasulallah SAW memberikan pidato Hari Arafah. Sebuah pidato agung yang dipegang hingga ke akhir zaman.
“Wahai manusia, bulan apakah sekarang ini?” Rasulullah bertanya kepada ribuan manusia yang menyertai baginda menunaikan fardu Haji.
“Bulan suci”, bergema jawapan mereka. “Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah suci sebagaimana sucinya bulan ini. Tanah apakah ini?”, baginda bertanya lagi.
“Tanah suci ya Rasulullah,” jawab jemaah itu lagi. “Sesungguhnya Allah telah menyucikan darah dan harta kamu sebagaimana sucinya tanah ini.
Apakah kelebihan-kelebihan hari Arafah?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Memandangkan kita akan menyambut hari raya Aidiladha dan juga hari Arafah, maka Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membicarakan berkaitan beberapa kelebihan hari Arafah sebagaimana yang disebut di dalam hadith Nabi SAW.
Pertama: Hari Arafah adalah rukun daripada haji
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:-
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
Kedua: Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna
Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]
Ketiga: Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
Keempat: Hari Arafah adalah hari Penyaksian
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اليَوْمُ المَوْعُودُ يَوْمُ القِيَامَةِ، وَاليَوْمُ المَشْهُودُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُ يَوْمُ الجُمُعَةِ
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]
Kelima: Kebesaran berdoa di hari Arafah
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
Keenam: Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
Ketujuh: Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Penutup
Kesimpulannya, hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah juga sebagaimana yang kami nyatakan sebelum daripada ini akan kelebihan bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan. Sumber : Pejabat Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Terlerai sudah kemelut politik apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan oleh Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dan tentunya yang paling mencuri tumpuan adalah keluarga yang berada di sampingnya beliau memberikan sokongan, terutama isteri tersayang, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Ternyata insan inilah yang setia berada di samping Tan Sri Muhyiddin dalam jatuh bangun dalam dunia politik.
Raut wajahnya yang manis dengan personaliti yang sangat menyenangkan membuatkan ramai memuji penampilan beliau yang angun berhijab.
Dalam satu posting oleh seorang penguna di laman sosial, Nurul Zahid, beliau turut memuji penampilan Wanita Pertama ini yang manis bertudung mendampingi seorang Perdana Menteri.
Malah Nurul turut menyatakan bahawa buat pertama kalinya isteri Perdana Menteri (dari yang sebelumnya) bertudung. Malah beliau turut menyifatkan isteri Perdana Menteri ini seorang yang kuat dan penyabar.
Ternyata posting ini mendapat reaksi positif dari warga net yang turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan memuji penampilan isteri Perdana Menteri Kelapan ini yang manis dan santun, memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah.
Pasangan ini berkahwin pada 22 September 1972 dan dikurniakan dengan empat orang anak serta 5 lima cucu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?