Bilakah kali terakhir anda ‘berdating dengan pasangan anda? Adakah anda masih mengingati keseronokan mengadakan temu janji istimewa dengan pasangan anda dahulu? Tentu anda masih dapat merasakan keseronokannya.

Kenapa tidak melakukannnya semula bagi menambahkan perasaan kasih dan sayang antara anda berdua? Sekali-sekala rancanglah temu janji istimewa dengan pasangan anda agar si dia tahu anda masih menganggap dirinya istimewa. Anda boleh menjadikannya sebagai satu kejutan bagi pasangan. Mungkin anda boleh mengaturkan makan malam bersama yang istimewa atau pun mengajak pasangan menonton wayang kegemarannya.

Bagi anda yang mampu, anda mungkin boleh merancang untuk bercuti ke luar negara dan sebagainya. Lakukan perkara-perkara yang menyeronokkan semasa berdating dengan pasangan anda. Gunakan kreativiti anda agar masa yang diluangkan digunakan dengan sebaiknya. Anda boleh bermesra dan bersenda gurau dengan pasangan sepanjang temujanji istimewa.

GEMBIRAKAN ORANG YANG DICINTAI

Anda boleh menggunakan masa ini untuk mengurangkan tekanan terhadap diri masing-masing. Masa bersama boleh diluangkan untuk berehat daripada kesibukan harian dan berbual-bual tentang diri masing-masing. Sepanjang temujanji ini, gembirakanlah orang yang paling anda cintai. Inilah masanya untuk memberitahu bahawa anda bahagia hidup di sampingnya.

IKLAN

Cuba Ingat Bila Kali Terakhir Anda Dan Pasangan ‘Berdating’- Haji Hushim Haji Salleh

Anda perlu merancang temujanji istimewa ini terutamanya apabila sampai hari-hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi pasangan, hari ibu atau hari bapa dan hari-hari istimewa yang lain. Lakukanlah dengan niat supaya rumah tangga akan terus mekar dengan kasih sayang bukan sekadar membuktikan kemampuan material anda kepada pasangan.

IKLAN

 Ada suami atau isteri mengaturkan temu janji untuk memberikan hadiah-hadiah istimewa kepada pasangan hanya sebagai membuktikan bahawa dirinya hebat dari segi kewangan. Selepas itu, hadiah-hadiah ini dijadikan alasan untuk mengelakkan diri dari meluangkan lebih banyak masa dengan pasangannya. Ini bukanlah sesuatu yang baik. Keikhlasan dan kejujuran adalah lebih bererti bagi pasangan anda.

Walau apa pun yang anda lakukan bagi meningkatkan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan, lakukanlah ianya dengan bersungguh-sungguh. Usaha yang kecil sekalipun pasti akan dihargai oleh pasangan anda. Teruskanlah berkasih-sayang  walaupun masa memamah usia.

IKLAN

Bagi mereka yang benar-benar menyintai satu sama lain, setiap detik dan saat sangat bermakna. Semakin hari, hati mereka akan menjadi semakin sayang antara satu sama lain. Walaupun badai datang melanda, rumah tangga yang mekar dengan kasih sayang aan tetap teguh walaupun diuji pelbagai dugaan.

Sumber kredit: Buku Psikologi Perkahwinan & Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang oleh Cr Haji Hushim Haji Salleh dan Cr Ida Hartina Ahmed Tharbe

VIDEO:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI