Doa Agar Allah Bantu Hadapi Sakaratul Maut, Bacalah Ketika Jaga Ahli Keluarga Nazak

Doa agar Allah bantu hadapi sakaratul maut adalah amalan doa yang setiap dari kita perlu tahu kerana pastinya kita akan berdepan saat ini satu hari nanti.

Malah ia juga penting, khususnya bagi mereka yang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang sedang sakit nazak.

Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun, katanya doa ini diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda sudah menghampiri keadaan sakaratul maut.

Doa Agar Allah Bantu Hadapi Sakratul Maut

Diceritakan oleh Saidatina Aisyah, Baginda SAW meminta kepadanya air lalu dibacakan satu doa:

Daripada Aisyah r.anha, Rasulullah SAW bersabda:

Ads

أَنَّهَا قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang nazak. Baginda mempunyai cawan berisi air di dalamnya, baginda meletakkan tangannya ke dalam cawan kemudian menyapu mukanya dengan air itu, lalu baginda berkata:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ ‏‏

Ads

“Ya Allah! Tolonglah aku dengan derita kematian dan penderitaan kematian.” (HR Tirmizi, hadis hasan)

“Doa ini juga boleh diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak, sunnah dibacakan doa ini lalu disapukan air ke wajah dan anggota badannya.

Ads

“Moga dengan air yang sifatnya menyejukkan dapat meringankan rasa panasnya ketika menghadapi sakaratul maut. Ketika itu hanya Allah SWT yang dapat membantu keadaan kesakitan hamba-Nya,” kongsi Ustazah Asma’

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Baca Lagi: Ungkapan Untuk Diajar Kepada Orang Nazak, La Ilaha illa Allah Atau Kalimah Syahadah?

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads