Ini adalah doa yang boleh ibu bapa baca untuk membantu anak-anak yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Bantu anak kita untuk jadi pelajar cemerlang yang berjaya dunia dan akhirat. Usaha, doa dan tawakal, selebihnya serahkan semuanya pada Allah SAW.
Doa ini dipetik daripada sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Ads
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ads
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ads
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Ya Alah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin
Sumber: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin. Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.
Walau bagaimanapun menurut seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32, melalui perkongsian video di laman Facebooknya, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu. Ini kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.
TERUSKAN PERJALANAN DI KAWASAN SELAMAT DAN BERHENTI SOLAT
“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.
“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit.”
Ujar Muhamad Firdaus, mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Dalam situasi begini, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.
Apa nak buat kalau nampak entiti ghaib di lebuhraya?
Antara cabang derma yang menjadi pilihan umat Islam ialah dengan mewakafkan harta. Wakaf juga merupakan sedekah jariah yang berkekalan dan dianggap sebagai sedekah jariah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Selain itu, pewakaf akan memperolehi pahala yang berkekalan.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, apabila matinya anak Adam itu terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara iaitu amal ibadat yang soleh, sedekah jariah yang berkekalan dan doa daripada anak yang soleh. (Riwayat Bukhari)
Nahas kapal terbang MAS MH17 yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH370. Kapal terbang yang jatuh selepas ditembak peluru berpandu di 40 kilometer dari sempadan Rusia telah mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.
Satu keluarga yang terlibat dalam nahas penerbangan MH 17 pada 2014 yang lalu, telah menerima wang pampasan sejumlah RM 3.5 Juta. Sekeluarga yang maut itu ialah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.
Keluarga ini berasal dari Kuching dan ketika nahas, mereka dalam perjalanan pulang selepas Tambi Jiee menamatkan perkhidmatannya selama tiga tahun bersama Shell di Kazakhstan. Sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya.
Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.
Sikap pihak waris keluarga ini amat dipuji kerana tidak gelap mata meskipun mendapat wang pampasan dalam jumlah yang besar. Dengan pembinaan masjid tersebut, pahala akan sentiasa mengalir buat Alllahyarham Tambi Jiee sekeluarga. Ia merupakan salah satu saham akhirat buat mereka. Moga roh Alllahyarham Tambi Jiee sekeluarga dicucuri rahmat.
Sumber kredit: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kadang-kadang hidup jadi tertekan kenangkan dosa silam, zikirlah supaya diampunkan dosa. Lumrah manusia, menyesali setiap perbuatan dosa-dosa lalu yang telah mereka lakukan.
Namun setiap penyesalan perlulah datang dengan usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Paling penting bertaubat dan lakukan sesuatu agar Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Ikuti perkongsian Dai Hamidah tentang bagaimana caranya untuk memadam dosa-dosa silam.
Jadi setiap hari pasti kita akan fikirkan apakah cara untuk kita lakukan supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.
Ingin dikongsikan di sini, Nabi Muhammad telah pun hadiahkan kepada kita satu amalan supaya Allah ampunkan salah silap kita yang lalu.
Kata Nabi Muhammad s.a.w,
Kredit: Ana Suhana
‘Siapa yang menyebut Subhanallah Wabihamdih setiap hari sebanyak 100 kali maka rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan ampunkan segala kesalahannya.
“Wa in kanat misla zaba dil bahri.’
Maksudnya, sekalipun dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.’
Amal Zikir Ini
Subhanallah, ini merupakan satu berita gembira daripada nabi kita Muhammad s.a.w untuk menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan.
Dalam masa yang sama Nabi Muhammad jamin Allah akan ampunkan dosa kita dengan jika kita baca zikir ini sebanyak 100 kali pada setiap hari.
Oleh itu, jangan lupa untuk ulang zikir tersebut, apatah lagi hadis ini merupakan daripada kitab Riyadhus Solihin iaitu hadis yang sahih.
Marilah kita sama-sama amalkan dan mudah-mudahan berkat kita berterusan dengan amalan ini.
Supaya Diampunkan Dosa
Ayuh amalkan setiap hari tanpa culas dan secara tak langsung menjadi tanda kita betul-betul minta pada Allah ampunkan dosa serta kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan selama ini.
Seterusnya menjadi asbab Allah kasihan pada kita ketika mana Allah ampunkan dosa silap kita dan akhirnya kita akan dijemput Allah SWT dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, mudah-mudahan kita dihadiahkan oleh Allah husnul khotimah. Amin.
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...