Doakan Kesihatan Ulama Tertua Tok Ayah Isa, Dikatakan Gering Namun Bibirnya Tetap Berkongsi Doa Diijazahkan Dalam Keuzurannya

Share

Semalam, Kashoorga berkongsi satu doa yang diijazahkan oleh Ulama Tertua Malaysia, Tok Ayah Isa Yahya yang berasal dari Kampung Bendang, Gerik, Perak.

Antara individu yang terawal berangkat ke Makkah pada usia mudanya, ulama tertua yang dipercayai berusia 104 tahun ini dilihat dalam keadaan uzur dan hanya mampu terbaring di rumahnya.

Sebagai permata yang tidak ternilai dengan ilmu dimilikinya, dalam keadaan dirinya agak uzur (diberitakan gering), individu  yang menziarahi ulama ini meminta doa dari kita semua agak mendoakan kesihatan wali Allah ini seperti dikongsikan oleh akaun Tik Tok @NurMuhammad hari ini.

Namun dalam keadaan dirinya yang agak uzur, sekali lagi wali Allah ini “membetulkan” bacaan doa diijazahkannya iaitu Allahummagh”firli ummati muhammadin warhamhum rahmatan ‘ammah”

kepada individu yang merakamkan keadaan terkini dirinya itu.

Doa ini hendaklah dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan Maghrib dalam sujud akhir kita manakala bagi solat fardu yang lain, dibaca sekali sahaja.

Dari penerangan doa diijazahkan oleh Wali Allah ini ialah, sesiapa yang mengamalkannya keluar daripada dosanya seperti pada hari dia diberanakkan oleh ibunya. Sesiapa yang mengamalkannya juga pahala yang diperolehi adalah sebanyak ummat Nabi Muhammd SAW, jika ia dibaca 10 kali, pahalanya sangat besar. Allahuakbar.

Marilah kita semua mendoakan agar ulama ini dipanjangkan usianya kerana ada di sebut tanda-tanda akhir zaman itu akan terjadi , apabila semakin ramai orang alim meninggalkan dunia yang fana ini.

IKLAN