Tidak dapat dinafikan untuk mengekalkan motivasi dalam diri bukanlah semudah yang disangka. Jangan biarkan diri kita menjadi terlalu emosional sehingga ia boleh menganggu untuk mengekalkan motivasi dalam diri.
Ada perkara yang tidak akan berfungsi dengan baik, tapi dengan tindak balas anda yang cepat, masalah akan selesai cepat.
Ikuti perkongsian Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad dalam mengekalkan motivasi diri.
Ads
13 perkara yang saya sering lakukan untuk kekalkan motivasi diri.
Ads
1) Sebelum tidur senaraikan, atau sekurang-kurangnya sudah fikirkan apa yang MESTI dilakukan esok hari.
2) Memastikan, 70% aktiviti harian seiring dengan Matlamat Jangka Panjang.
3) Banyak membaca. Bukan baca artikel pendek-pendek tetapi membaca buku.
4) Senaman.
5) Pilih untuk berada dalam linkungan mereka yang juga positif.
6) Pekakkan telinga daripada suara-suara ‘haters’
7) Usah pedulikan perkara kecil dan remeh temeh yang membantut kejayaan.
8) Jaga kebahagiaan rumah tangga.
9) Reframe .. reframe … reframe.. almost everything can be reframed. Ia membawa kepada sifat husnudzon dan sentiasa mencari hikmah.
10) Syukur sentiasa.
11) Sentiasa memberikan kata-kata positif kepada orang lain, aura positif mewujudkan suasana yang juga positif.
12) Bergerak 10% lebih pantas daripada kebiasaan.
13) Aktif dalam bersosial melalui ngo dan persatuan. Memberi itu indah.
Ramai yang ingat lafaz “Aamin” itu hanyalah sekadar lafaz menyambut doa imam agar doa kita diterima Allah hendaknya. Lafaz ‘Aamin’ bermaksud “perkenankanlah”. Ia adalah kalimah doa yang bukan daripada al-Quran al-Karim dengan ijma’
Antara amalan sunnah selepas membaca al-Fatihah ialah membaca “Aamin”. Ia berdasarkan hadis Wail bin Hujr RA daripada Rasulullah SAW yang menyuruh dibaca panjang Aamin. Riwayat Ahmad (no: 18842), Abu Daud (no: 933) dan al-Tirmizi (no: 248). Kata Tirmizi, “Hadith hasan”. Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 1805).
Dalam hadis Abi Musa al-Asy’ari, sabda Rasulullah SAW:
“Apabila selesai membaca ayat akhir al-Fatihah, maka sebutlah Aamin nescaya diterima Allah SWT bagimu.” Riwayat Muslim (no: 404)
Kelebihannya jelas berdasarkan hadis Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” Riwayat al-Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410)
Meng”Aamin”kan doa ini sebenarnya mempunyai senjata halus yang kita pun tak perasan ia juga adalah sebaik-baik senjata untuk pengampunan dosa silam.
Bayangkan hanya dengan sebut ‘Aamin’ bagi menyahut doa imam pun kita boleh dapat manfaatnya.
Ikuti penjelasan lanjut daripada Da’i Luqman akan perkara ini dalam ciapan di akaun twitternya.
Tahukah anda! Bila kita ‘Amin’ kan do’a yang dibaca Imam, jika kena timing, maka dosa-dosa kita yang lalu akan diampunkan Allah.
Rasulullah SAW bersabda : “Bila imam menyebut ‘Amiin’, lalu disahut oleh kamu ‘Amiin’. Barangsiapa ‘Amiin’ nya bertepatan dengan Amiin para malaikat, maka diampunkan dosa-dosanya yg lalu.” (HR At-Tirmidzi, Sohih, hadith no. 250)
Kata ‘ulama, ada EMPAT tempoh masa imam menyebut ‘Amiin’ : 1. Selepas membaca Al-Fatihah dalam solat 2. Selepas bacaan Do’a Qunut 3. Selepas membaca Al-Fatihah sewaktu wirid 4. Dan sewaktu imam membaca do’a selepas solat
Dosa-dosa yang terampun adalah semua dosa-dosa yang kecil, kecuali : 1. Dosa-dosa besar 2. Dosa syirik 3. Dosa dengan ibu ayah 4. Dosa-dosa sesama manusia lain
Dosa-dosa yang besar tidak diampunkan, kecuali melalui : 1. Taubat nasuha, jika dosa dengan Allah 2. Kembalikan hak, jika dosa sesama manusia. Hak tersebut merujuk kepada meminta kemaafan dan melunaskan kembali hutang jika ada
Jadi, pastikan kita sentiasa bersedia merebut peluang penghapusan dosa dengan meng ‘Amiin’ kan do’a imam ni. Musim PKPB ni, apa kata selalu-selalulah dirikan solat berjemaah bersama keluarga di rumah ya?
Kashoorga: Ini lah antara cara paling mudah untuk kita mendapat pengampunan dosa-dosa kecil daripada Allah.
Jadi lepas ini, pastikan jangan sambil lewa apabila nak sahut doa imam dengan meng”Aamin”kan penuh perasaan dan harapan.
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban.
Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan.
Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut.
Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban.
Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.
Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.
Apabila orangramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
SUMBER Informasi, : Dr MAZA
Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apa perkara pertama yang anda lakukan bila anda hadapi masalah? Adakah anda cara keluarga dan kawan-kawan dan kongsi kerisauan anda dengan mereka? Adakah anda minta bantuan orang lain? Atau anda minta pada Allah SWT dulu?
Malangnya, ramai orang tak cari Allah SWT dulu bila masalah datang. Mereka lebih memilih untuk mengadu pada orang lain dan hanya berdoa pada Allah SWT selepas bercerita pada manusia lain.
Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda: “Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan. Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat member manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat memdatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)
Hadis yang indah ini adalah bukti bahawa kita mesti berpaling hanya kepada Allah SWT dahulu sebelum manusia lain. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan memberikan anda jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada anda.
Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.