Membanyakkan berzikir dan berdoa adalah ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.
Ada banyak zikir dan doa harian boleh kita amalkan saban hari tanpa mengira masa, yang mana semuanya adalah atas niat untuk menghapuskan dosa dan mengumpul pahala.
Sungguhpun begitu, ada juga terjadi, walaupun dah banyak berzikir dan berdoa, tetapi perangai dan akhlak buruk tetap tak berubah, malah tambah buruk lagi. Bukannya pergi ke jalan yang lurus tetapi jalan mengekori syaitan. Adakah sebab kurang penghayatan ibadah yang dilakukan?
Perkongsian Imam Al-Ghazali ini boleh kita jadikan panduan. Ia dikongsi oleh Mualim dari akaun Facebook beliau.
Seorang murid bertanya kepada gurunya iaitu Imam al-Ghazali;
“Guru, bukankah zikir boleh membuat seseorang yang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya?”
Ads
“Benar,” jawab Imam al-Ghazali.
“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir, justeru malah semakin dekat dengan syaitan?” sambung murid.
Gurunya yang diberi gelar Hujjatul Islam ini pun menyambung lagi, “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?”
“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir.” Jawab muridnya.
Ads
Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai PENYAKIT HATI dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya.”
Penyakit – penyakit hati itu ialah:
-Sombong -Iri hati -Dengki -Syirik -Bersikap atau bercakap kasar -Riak, merasa dia sudah cukup soleh -Merasa suci -Merasa paling benar -Ghibah -Marah dan pelbagai lagi penyakit hati
Ketika penyakit – penyakit hati itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan akan senantiasa datang, mengakrabkan diri, kemudian menjadi sahabat karibnya.
Inilah kesan dari zikir yang kerap dilupakan oleh majoriti kaum muslimin. Mereka hanya fokus pada zikir Jahar dan zikir Sir, namun tidak melakukan pembersihan hati.
Masuk sahaja ke surau atau bilik solat wanita pada hari ini, akan terlihatlah pelbagai jenis kain dan rekaan telekung yang digayakan oleh jemaah wanita. Ada yang berenda, kain jenis lycra, berwarna-warni dan bermacam lagi. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah hukum solat orang yang memakai telekung yang kita anggap ‘berfesyen’ ini. Untuk itu, kita perlu melihat beberapa perkara.
Perkara pertama tentang pakaian solat adalah ia perlu menutup aurat secara sempurna. Antara ciri-ciri pakaian yang menutup aurat ketika solat adalah pakaian yang tidak memperlihatkan atau menggambarkan apa di sebalik kain yang menutupi tubuh. Bahkan seharusnya tidak memperlihatkan rupa bentuk atas sebab ketatnya pakaian itu atau jarang serta nipisnya pakaian tersebut sehingga boleh menampakkan warna kulit.
Maka pakaian yang menutup aurat seseorang itu haruslah menutupi keseluruhan tubuh (kecuali muka dan kedua tangan) dan tidak menampakkan anggota tubuh atau warna kulit atas sebab longgar mahupun nipisnya kain. Tidaklah longgar itu dimaksudkan dengan selonggar-longgarnya namun apa yang penting adalah tidak menjelaskan rupa bentuk tubuh terutama pada bahagian tertentu seperti dada dan lain-lain. Di samping, tidak dibolehkan juga memakai pakaian compang-camping (tidak sempurna) yang boleh menampakkan aurat.
Imam Nawawi turut menyatakan bahawa wajib untuk menutupi tubuh daripada penglihatan yang boleh melihat pada warna kulit. Tidak mencukupi hanya dengan kain yang menutup tubuh tetapi dapat pula dilihat warna kulit sama ada putih (cerah) atau hitam (gelap).
Begitu juga dengan pandangan dari Ibnu Qudamah, yang mengatakan wajib untuk menutup aurat dan jika disebabkan kain yang nipis itu menampakkan warna kulit di sebaliknya sama ada putih atau merah maka tidak harus untuk bersolat dengannya. Ini kerana ia tidak mencapai maksud asal tujuan menutup aurat itu.
Selain itu, Imam Saffarini al-Hanbali juga menyatakan di dalam Syarah Manzumah al-Adab bahawa makruh bagi lelaki dan wanita yang memakai pakaian yang menjelaskan warna kulit dan juga yang menampakkan saiz atau bentuk tubuh . Manakala, Imam Dusuqi al-Maliki di dalam hashiyahnya berpendapat bahawa pakaian seperti itu jelas makruh melainkan terdapat pakaian luar maka ia menjadi tidak makruh.
Maka melihatkan perkara-perkara ini, adalah sah solat orang yang memakai telekung berfesyen, selagi ia menutup aurat seseorang itu dengan sempurna.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mengerjakan fardhu haji adalah salah satu rukum Islam yang wajib ke atas kita dilakukan jika berkemampuan.
Jadi kita digalakkaan untuk menyimpan sedikit demi sedikit wang simpanan di Tabung Haji dan bila sampai masanya nanti pasti akan dijemput menjadi tetamu Allah.
Ada cara tertentu yang membolehkan kita pastikan ada simpanan dalam Tabung Haji setiap bulan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Nuraliah Mohd Nor cara pindahkan wang ke tabung haji secara berjadual supaya tidak hilang.
Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.
Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!
Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.
Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.
Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!
Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.
Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.
Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.
1. Pergi ke Pay Bills
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 5. Masukkan nombor kad pengenalan 6. Letak berapa amount yang anda nak transfer 7. Tick “add this biller to My favourites”.
Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda 9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC
Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.
*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.
11. Pergi ke Settings
12. Click Scheduled Transactions
12. Tekan Select a service 13. Tekan Pay Bills.
Sofar boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.
14. Pilih Savings Account anda 15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi 16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia
Mudah ke mudah?
17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 18. Masukkan nombor IC 19. Masukkan no telefon anda 20. Letak jumlah yang anda ingin simpan 21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik 22. Siap dah? Click je Update!
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.
Well done! Tahniah!
Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.
Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.
InshaaAllah selepas ini Lia akan ajar simpan di ASB pula.
Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah
Tolong #SHARE dan #SAVE post Lia ini agar lebih ramai orang dapat gunakannya sama-sama. Tag sekali family dan rakan rakan anda ajak mereka simpan duit di Tabung Haji juga yaa.
Nur Aliah Mohd Nor,
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sahur awal jam 12 malam, pagi esok tak payah bangun! Ramai kalangan kita yang melakukan perkara sebegini terutama golongan muda yang kebiasaannya tidur lewat.
Bagi anda yang selalu ‘bersahur’ pada waktu ini bermakna anda sebenarnya sekadar makan lewat malam tanpa memperoleh fadilat dan keberkatan sahur.
Ini kerana menurut pendakwah terkenal, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar, mengikut pandangan ulama waktu sahur sebenarnya bermula selepas separuh malam.
“Jadi di Malaysia, (waktu) sahur lebih kurang jam 1 pagi ke atas,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Justeru, mereka yang bersahur sebelum jam 1 pagi, khususnya sekitar jam 12 tengah malam, ujar penceramah itu, ia tidak dikira sebagai sahur yang sebenar menurut pandangan para ulama.
“Malah, mereka juga tidak memperoleh fadilat dan keberkatan sahur seperti yang disebut dalam sunnah,” katanya.
Jelas Ustaz Wadi lagi, sebahagian ulama berpandangan bahawa individu yang makan ‘sahur’ sebelum separuh malam perlu mengulang semula makan selepas pada waktu sahur sebenar.
Tujuannya adalah bagi memastikan ia dikira sebagai sahur yang menepati sunnah.
“Jika di Malaysia, lebih kurang jam 1 pagi ke atas sampai sebelum masuk waktu Subuh itu (kita bersahur), insya-Allah akan dapat keberkatan baik dari segi masa mahupun makanan yang dijamah, di samping pahala mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW,” ungkapnya.
Sekalipun tidak menjamah hidangan berat dan hanya minum seteguk air atau sebijik kurma dalam waktu sahur, ia tetap dianggap bersahur dan tidak terlepas keistimewaan dijanjikan.
Apatah lagi, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik (makanan) sahur bagi seorang Mukmin ialah kurma.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam satu riwayat lain, sabda Baginda SAW: “Bersahur itu makanannya ada keberkatan, maka janganlah seseorang kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-NYA berselawat (mendoakan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.