Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan serentak kesemua ahli keluarga. Apatah lagi, ibu dan ayah yang menjadi tempat bergantung selama ini.
Tangisan dua beradik iaitu Mohd Hazman Rahim, 20 bersama kakaknya Nor Fatini Rahim, 22 yang kehilangan kesemua ahli keluarga semalam mengundang sebak orang ramai yang menyaksikannya di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan saat dikebumikan di Permatang Pauh malam tadi.
Dalam kemalangan petang semalam di Kilometer (km) 277.1 Plus dekat Ipoh, empat beranak yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghantar anak sulung mereka yang mendapat kerja di ibu kota maut dirempuh sebuah trelar. Kemalangan ngeri ini membabitkan enam kereta dan sebuah trelar.
Ads
Pelanggaran itu mengakibatkan bekas pesara polis, Rahim Ramli, 60 isterinya, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak pasangan ini, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27 meninggal di lokasi kejadian.
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur untuk menghantar Nor Nadirah ke Kuala Lumpur.
Ads
Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di ibu kota.
Menurutnya, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
Ads
"Saya last berhubung dengan mak su itu rasa pukul 12 macam itu. Bila call dia, dia cakap ada dekat Alor Pongsu. Selalunya kami kalau balik, dia akan cakap kat sayalah, ‘hati-hati bawa kereta’.
"Tapi hari ini memang tak bagi pesanan pun, untuk dia nak balik. Kami kat belakang (menyusul) lepas Zohor kami keluar dari Pulau Pinang. Sampai dekat Bukit Gantang, saya call mereka, tapi semua tak jawab dah.
"Empat-empat orang itu, handset semua tak jawab. Dalam pukul 4 lebih, 5 macam itu kot, dapat berita daripada mak cik di Melaka kata mereka kemalangan, semua meninggal," katanya. Foto : Bernama
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bergelar isteri adalah saat paling membahagiakan. Apatah lagi sebaik berkahwin dikhabarkan bakal menimang anak.
Tentunya kemesraan dan hubungan yang ada akan kekal terjalin dan dijaga sebaiknya hingga ke jannah. Tidak lengkap hidup tanpa adanya pasangan suami isteri yan saling sayang menyayangi.
Perkongsian Elfira Loy memberitahu tentang istimewa pasangannya ini sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Elfira memberitahu dari saat Imamnya menikahi dia, memaksa makan ubat, bawa dia pergi menjalani ibadah umrah dan melayan kerenahnya sepanjang kehamilan anak pertama mereka.
Sangat sweet setahun kisah cinta pasangan ini yang sebelum mengecap bahagia pelbagai dugaan telah dihadapi.
Inilah rahsia kebahagiaan pasangan ini yang menjadi sumber inspirasi buat pasangan yang mahu berkahwin dalam usia masih muda.
Dalam perkongsian di laman Instagram Datuk Aaron Aziz dilihat memeluk erat anaknya dan meluahkan rasa berat hatinya melepaskan anak sulung, Danish Anaqi yang berusia 16 tahun melanjutkan pelajaran ke Jepun.
“Baru lah saya tahu betapa peritnya rasa bila anak keluar rumah demi pelajaran. Anak anak yg dari kampung ke Uni di bandar, yg ke Mesir, ke Medina dan byk lagi negara lain.
“Semoga ALLAH pelihara anak anak kami Dunia akhirat. Love you n miss you Abg my only Son.
Aaron bersama isteri, Diyana Halik Begitu sayu tatkala menghantar Danish yang akan berada di Jepun untuk kursus Pra-IB dan Diploma.
Sebelum ini dilihat Aaron sangat rapat dengan keluarganya dan menjadi insprasi kepada orang ramai dalam menjaga hubungannya membentuk keluarga yang sakinah dan mawaddah.
Jodoh kita telah ditentukan oleh Allah SWT. Oleh kerana cinta, kita mesti sanggup menerima kelebihan dan kekurangan pasangan.
Namun bagaimana pula situasi bertemu jodoh dengan lelaki anak emak. Mereka ini dikatakan sangat akrab dengan insan bergelar ibu ini dan apa sahaja mengenai ibu mereka adalah yang paling baik.
Walaupun begitu, baik suami atau isteri kedua-duanya perlu mainkan peranan dalam memastikan rumahtangga dibina kekal harmoni.
Tidak kisah berkahwin dengan anak emak atau tidak, yang penting dapat mengekalkan kerukunan rumahtangga dibina.
Kaunselor keluarga, Normaliza Mahadi berkata, selepas berkahwin, suami perlu tahu cara berfungsi secara maksimum dalam rumah tangga sebagai suami dan anak.
Sebagai lelaki yang rapat dengan ibu katanya, berkemungkinan akan mempunyai isu selepas berkahwin, maka lelaki ini perlu menyesuaikan diri selepas menjadi suami untuk keseimbangan hubungan dengan ibu dan isteri.
“Apa penyesuaian yang perlu dilakukan? Pertama, suami itu perlulah tahu had tanggungjawab terhadap ibu dan isteri. Di dalam membuat pemilihan, suami perlu tahu yang mana perlu didahulukan isteri dan bagaimana keadaan yang ibunya perlu diberi keutamaan.
“Tiada istilah tersepit dalam memilih, yang ada hanyalah pilihan yang bersesuaian mengikut keadaan.
“Jika ibu menghimpit, suami perlu dengan jelas menegaskan beliau ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan bersama isteri. Suami ini perlu meyakinkan ibunya bahawa menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri adalah suruhan Allah, tanpa mengabaikan atau mengetepikan si ibu.
“Jika isterinya pula menghimpit keadaan, suami juga perlu mendidik isteri tentang tanggungjawab terhadap ibunya. Ini kerana masih ada isteri yang tidak jelas bahawa status ibu mentua sebenarnya sama dengan ibu sendiri, yang perlu dihormati dan dijaga perasaannya,” katanya.
Normaliza yang juga Pengarah Perkhidmatan Kaunseling HR Capital Sdn Bhd berkata, sebagai ‘anak emak’, lelaki perlu tahu bagaimana mahu menangani perasaan sendiri apabila ibu sentiasa masuk campur urusan diri termasuk hal rumah tangga.
Katanya, suami perlu meyakinkan ibunya secara berhemah untuk menyedarkannya yang urusan rumah tangganya akan diselesaikan sendiri. Suami juga tidak perlu berkongsi dengan ibu setiap perjalanan dan krisis rumah tangga.
Malah, suami juga perlu ingat bahawa dia kini adalah suami dan sudah dewasa maka, rumah tangganya adalah tanggungjawab diri sendiri. Ibunya boleh menasihati tetapi bukan mencampuri.
“Suami tidak boleh membuka jalan kepada ibunya untuk membolehkannya mencampuri setiap urusan rumah tangga. Jika suami membuka jalan ini, agak susah untuk menutupnya nanti kerana ibu akan sentiasa mencampuri urusan dan menyebabkan pergolakan dalam rumah tangga dengan isteri.
“Untuk mengelakkan pergaduhan jika ibu dan isteri berkrisis, suami perlulah mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Kedua-dua pihak perlu diberi keutamaan dengan cara berbeza. Di depan isteri suami perlu kelihatan sebagai orang yang matang dan boleh membuat keputusan.
“Suami juga perlu dilihat oleh ibunya sebagai seorang anak yang sentiasa mendahulukannya dalam keadaan yang perlu. Jika kedua-dua pihak melihat peranan lelaki ini sebagai anak dan suami yang ada pendirian, kemungkinan krisis berlaku adalah pada kadar minimum,” katanya.
Normaliza turut mencadangkan beberapa tip buat buat suami yang rapat dengan ibunya atau ‘anak emak’.
• Tinggal di rumah sendiri dengan isteri. Tinggal di rumah ibu tidak membantu perhubungan. Biasanya apabila tinggal berasingan, hubungan akan lebih baik.
• Balik ke rumah ibu dalam kadar yang bersesuaian. Jika ibu dan isteri tidak boleh menjalinkan hubungan, singkatkan kunjungan.
• Baliklah ke rumah ibu bersendirian pada waktu tertentu untuk menumpukan perbualan dengan ibu sahaja. Isteri perlu memberi galakan untuk keselesaan suami tanpa ada prasangka. Bagaimanapun, janganlah suami ambil kesempatan atas kepercayaan isteri.
• Suami perlu kuat dalam menangani emosi diri sendiri.
• Pastikan kedua pihak rasa penting dalam kehidupan. Beri mereka peluang meluahkan pendapat.
• Perbualan dengan ibu bolehlah dibuat secara persendirian supaya isteri tidak mendengar butir perbualan yang mungkin mengecilkan hati. Begitu juga sebaliknya.
• Jika ibu memberitahu sesuatu yang tidak disukai tentang isteri, beritahulah ibu dengan baik apa yang diperkatakannya itu kurang tepat. Beritahu juga anda terasa hati dengan komen yang kurang enak mengenai isteri. Begitu juga jika isteri berpendapat yang tidak baik tentang ibunya.
• Didiklah kedua wanita yang penting ini untuk menerima antara satu sama lain tanpa perlu memilih.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.