
Bukan haram tapi tidak beradab
Baca Lagi: Benarkah Ada Sunnah Kunyah Makanan 40 Kali & Jilat Jari Selepas Makan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Imsak
--:--Subuh
--:--Zohor
--:--Asar
--:--Maghrib
--:--Isyak
--:--
Baca Lagi: Benarkah Ada Sunnah Kunyah Makanan 40 Kali & Jilat Jari Selepas Makan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?

Tinggal bersendirian di rumah yang besar di siang hari pun ada yang sudah rasa seram, apatah lagi bersendirian di alam barzakh!
Bagaimana agaknya? Takut dalam kegelapan, sepi dan dingin, seram,mahu menangis? Mahu berteriak? Kita tidak tahu bagaimana kerana belum lagi ke sana, namun Allah banyak memberikan gambaran buat pedoman agar kita terus mengabdikan diri kepadaNya sepanjang hayat kita.
Alam barzakh merupakan ‘dinding’ pemisah di atara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di anatara alam dunia dan alam akhirat. Ia adalah alam bagi orang yang meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari akhirat.
Ikuti penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkenaan perkara ini.
Peringatan tentang kematian sering diingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)”. (Surah al-Jumuah, ayat 8).
Rasulullah SAW menyebut: “Jika sekiranya kamu berjaya di alam (barzakh) itu, berjayalah kamu di alam-alam yang akan datang nanti. Tetapi sekiranya kamu tidak berjaya di alam itu, maka tidak mungkin kamu berjaya pada masa yang akan datang nanti.”
1.Kita Akan Disapa Mungkar Dan Nakir
Apabila jasad dikebumikan dan ditinggalkan, dalam keadaan yang sunyi kita boleh melihat berdirinya malaikat Mungkar dan Nakir di hujung kaki.
Di saat ini perkara yang pertama yang akan berlaku ialah amalan-amalan akan mula mengelilingi diri kita. Hadis oleh Abu Hurairah RA yang disebutkan oleh Abu ad-Dunya : Jika mayat itu diletakkan di dalam kubur, amalan-amalan salihnya akan datang dan mengelilinginya.
Kita mula melihat bagaimana solat, zakat dan semua amalan datang mengelilingi. Jika didatangi malaikat pada sisi kepala, perkara yang pertama yang akan datang ialah bacaan al-quran yang berada di hujung kepala kita.
Jika didatangi malaikat pada sisi kedua iaitu di bahagian kaki, bangun malam juga akan menanti di hujung kaki. Kemudian apabila malaikat datang di kedua-dua belah tangan, tangan akan menyebut, “Demi Allah, dia telah menghulurkan kami sedekah di atas dunia dahulu dan banyak berdoa sehingga tidak ada jalan bagi kalian menujunya di sini.”
Selepas itu malaikat pula datang ke bahagian mulutnya, zikir dan puasa sudah menanti di situ. Zikir berkata: “Wahai malaikat, dia sentiasa berzikir dan tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dan sentiasa berpuasa.”
Abu Hurairah r.a. berkata: “Jika ada tempat yang terbuka, akulah yang akan menjaganya. Demikian kata-kata daripada solat dan sabar.” Sabar dan solat akan menjaga mana-mana ruang yang terbuka agar tidak diganggu oleh malaikat. Semua amal salih akan melindunginya, sebagaimana seseorang yang melindungi saudaranya.
Amalan-amalan juga menjaga agar mayat tidak perlu menjawab persoalan kubur yang akan diajukan malaikat yang datang dan memastikannya sentiasa berada di dalam keadaan tenteram dan selamat.
Menurut Rasulullah SAW, sahabat-sahabat yang sebenarnya ialah amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang ketika hidup di dunia yang akan melindungi ketika berada di dalam kubur.
2. Roh Kita akan didudukan oleh malaikat
Seterusnya, perkara yang kedua yang berlaku kepada diri kita di alam barzakh ialah roh akan di sandar dan didudukkan oleh malaikat. Berdasarkan kepada hadis yang disebut oleh Jabir bin Ibnu Abdillah, Rasulullah SAW bersabda; “ Jika satu mayat itu diletakkan di kuburannya, akan diperlihatkan padanya setelah saat selesai dijaga oleh amalannya, keadaan yang seumpama matahari yang mula terbenam pada hari itu.
Lalu dia terkejut sambil mengusap kedua matanya dan berkata kepada malaikat: “Biarkan aku mengerjakan solat.” Malaikat pula menjawab sebagaimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ibnu ad-Dunya dan Ibnu Abi Asim: “Sudah tidak ada solat untuk kamu, tidak ada puasa untuk kamu, tidak ada lagi zakat untuk kamu. Tidurlah kamu hari ini, bagaikan hari pengantin baru untuk diri kamu.”
3. Akal Akan Dipulangkan Semula Kepada Kita
Perkara ketiga akan datangnya malaikat Mungkar dan Nakir dalam keadaan yang amat menggerunkan. Seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Umar al-Khattab RA, pada saat ini, akal akan dipulangkan semula kepada si mati.
Allah SWT akan memperlihatkan sebagaimana kita dapat melihat ketika di dunia. Rasulullah bersabda: “Wahai Umar, apakah yang akan dilakukan oleh mu jika kamu meninggal dunia nanti?
Setelah orang yang menghantarmu ke kuburan berlalu, kamu seterusnya didatangi malaikat Mungkar dan Nakir. Suara mereka itu seperti halilintar yang menggegarkan dan sorot matanya bagaikan petir yang menyambar.
Rambutnya terseret sampai ke tanah, kemudian mereka mencakar-cakar kubur dengan taring hingga membuat kamu rasa takut. Kamu tidak pernah merasai suasana seperti ini, lalu apa yang akan kamu lakukan?” Umar bertanya kembali kepada Rasulullah, “Apakah saat itu aku masih mempunyai akal seperti sekarang ya Rasulullah?”.
Kemudian Rasulullah berkata, “Ya, kamu dalam keadaan waras, tidak bingung dan memerhati bahawa keadaan itu benar-benar berlaku di saat itu.” Umar berkata, “Kalau begitu, aku tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya berhadapan dengan suasana seperti itu.”
4. Al-Quran Pelindung Kita
Perkara keempat, di saat datangnya malaikat Mungkar dan Nakir akan datang satu kekuatan kepada diri kita. Hadis yang diriwayatkan Ubadah bin Ibnu Samid, diriwayatkan oleh Ibnu Ubaid al-Dunya dalam tahajudnya: Jika salah seorang di antara kalian bangun pada satu malam, kalian hendaklah membaca al-Quran dengan kuat sedikit, kerana suara kuat itu akan mengusir syaitan dan jin yang fasik yang mengganggu kamu, menyebabkan jiwamu menjadi kuat.
Kemudian para malaikat yang berada di udara serta para penduduk mendengar bacaan tersebut, dan akan solat bersama kamu.
Al-Quran akan melindungi kita ketika dihampiri malaikat dan berkata: “Demi Allah aku tidak akan melepaskan diriku darinya sehinggalah aku dapat memasukkannya ke dalam syurga Allah”
Oleh itu jadikan membaca al-Quran sebagai amalan walau berhadapan dengan pelbagai kesukaran, kerana ia akan memberi kekuatan, pelindung dan teman paling akrab kepada kita sewaktu berada di alam barzakh nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

Ketika bercadang untuk melawat rakan yang sedang sakit, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Ketika melawat pesakit, kita harus bijak menyimpan ’emosi sendiri.’ Usah bawa bersama perasaan sedih itu ketika melawat pesakit.
Berikut sedikit tip yang boleh diaplikasikan ketika melawat pesakit:
1.Jangan sesekali mempamerkan wajah yang sedih, muram dan wajah berkerut. Sebaliknya tampilkan wajah yang bersahaja tetapi janganlah pula tunjukkan wajah gembira seolah-olah kita gembira pula lihat rakan kita sakit.
2.Elak beri ceramah atau tazkirah kepada rakan-rakan. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat rakan kita yang sedang sakit itu.
3.Usah cuba-cuba untuk menjadi pakar motivasi yang tidak bertauliah. Apa yang boleh kita lakukan ialah memberi kata-kata semangat kepada rakan kita yang sedang sakit itu.
4.Boleh juga bawa buah tangan seperti bunga dan juga buah-buahan sebagai ‘pemanis’.Namun yang paling penting, niat perlulah ikhlas untuk member
Kita datang menziarah rakan-rakan yang sedang sakit untuk meringankan beban emosi mereka bukannya untuk menambah beban emosi. Oleh itu ketika melawat pesakit, pastikan kedatangan kita dinanti-nantikan bukannya dielak-elakkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

Ramai yang menyangka, saat kita berada di tanah suci, dalam suasana ibadah atau di tempat-tempat mulia, kita akan terlindung daripada bisikan nafsu atau godaan maksiat. Hakikatnya, ujian itu boleh datang dalam apa jua keadaan — hatta ketika sedang beribadah.
Dalam satu perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau menceritakan pengalaman ketika menyampaikan Kursus Haji bila mana seorang jemaah bertanya, “Takkanlah di Mekah nanti ada orang buat maksiat, Dr? Semua orang sibuk beribadat, siapa yang nak buat perkara tak elok?”
Persoalan ini membuka ruang untuk kita merenung semula kisah-kisah dalam sirah dan hadis yang membuktikan, manusia tetap diuji dengan kecenderungan melakukan maksiat walaupun dalam suasana ibadah. Moga ia jadi pengajaran buat kita.
“Saya kongsikan kepada jemaah beberapa riwayat yang menunjukkan berlakunya perkara yang bercanggah dengan syarak sehingga menyebabkan sahabat ditegur oleh Allah dan RasulNya,” tulis Dr. Ahmad Sanusi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam satu perkongsian di media sosial beliau.
Antara hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah ini. Ibn Abbas menceritakan:
كَانَتْ امْرَأَةٌ تُصَلِّي خَلْفَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسْنَاءَ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ، فَكَانَ بَعْضُ القَوْمِ يَتَقَدَّمُ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الأَوَّلِ لِئَلاَّ يَرَاهَا، وَيَسْتَأْخِرُ بَعْضُهُمْ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الْمُؤَخَّرِ، فَإِذَا رَكَعَ نَظَرَ مِنْ تَحْتِ إِبْطَيْهِ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ}.
Dulu, terdapat seorang wanita yang solat di belakang Rasulullah ﷺ — beliau merupakan seorang wanita yang cantik, antara yang paling elok rupa parasnya di kalangan manusia. Lalu ada sebahagian lelaki yang berusaha berada di saf hadapan agar tidak melihatnya, dan ada pula sebahagian lain yang sengaja berada di saf paling belakang. Maka apabila mereka rukuk, mereka pun memandang ke arahnya dari celah bawah ketiak mereka (ketika menunduk rukuk). Lalu Allah Taala menurunkan ayat ini:”
{ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ }
(“Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui orang-orang yang datang lebih dahulu di antara kamu dan Kami benar-benar mengetahui orang-orang yang datang kemudian.”) — Surah al-Ḥijr, 15:24
Riwayat tersebut membayangkan sikap mereka yang cuba untuk mengintai wanita ketika sedang solat sehingga mendapat teguran dari Allah. Begitulah sebahagian dari kita yang terkadang diuji ketika melaksanakan ibadah sehingga terbit kecenderungan untuk melakukan maksiat sekalipun dalam suasana kebaikan.
Terdapat juga hadis Ibn Abbas yang menceritakan bagaimana Saidina al-Fadl ditegur oleh Rasulullah ketika di Arafah kerana melihat-lihat kaum wanita (al-Bayhaqi, Su’ab al-Iman).
Demikian juga kisah al-Jadd bin Qays dari Bani Salimah yang dikatakan tidak mampu untuk menahan dirinya dari melihat kaum wanita. Atas sifat itu beliau menjadikannya alasan untuk tidak menyertai Perang Tabuk sehingga turun ayat al-Quran mengenai perkara ini. (Ibn Abd al-Barr, al-Isti’ab)
Bayangkan ketika berada di tempat yang mulia (dalam masjid) dan berada dalam keadaan yang mulia (iaitu ketika sedang beribadah) pun manusia boleh mempunyai kecenderungan untuk melakukan maksiat. Apatah lagi ketika bersendirian atau berduaan di pejabat.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group



