Ads

Dari Pentas Nyanyian Ke Menara Gading, Farisha Iris Kongsi Momen Terharu Kembali Ke UiTM Sebagai Alumni

Farisha Iris

Perjalanan seni dan pendidikan anak muda sering kali penuh dengan liku-liku mencabar. 

Bagi penyanyi , Farisha Iris atau nama sebenarnya Farisha binti Asmadi, transisi kerjayanya daripada seorang bintang cilik dan penyanyi remaja popular kepada dunia akademik membuktikan bahawa ilmu dan pencapaian akademik kekal menjadi benteng masa depan yang paling teguh.

BACA JUGA: Graduan UC TATI Buktikan Jaga Ibu Dialisis Bukan Halangan Raih Anugerah Rektor

Baru-baru ini, nama Farisha kembali menjadi sebutan ramai apabila beliau diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), hadir menyarungkan jubah alumni sebagai lambang kejayaan yang merentasi pelbagai peringkat pengajian di universiti keramat tersebut.

Farisha Iris Dari Pentas Nyanyian ke Menara Gading

Bagi peminat seni tempatan, nama Farisha mula dikenali sejak usia muda menerusi program realiti seperti Idola Kecil, Ceria Popstar dan seterusnya mengukuhkan nama di pentas Big Stage 2020. 

Ads

Meniti usia remaja di bawah lampu spotlight industri hiburan, beliau tidak pernah menjadikan populariti sebagai alasan untuk mengabaikan kepentingan pendidikan tinggi.

Farisha membuktikan kesungguhannya apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan Awam, sebelum meneruskan langkah pengajian ke peringkat Sarjana (Master) dan kini sedang meneroka fasa pengajian Doktor Falsafah (PhD) di UiTM.

Lebih menarik lagi, fasa kematangan hidup Farisha membawanya melangkah setapak ke hadapan apabila beliau kini bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi, menyantuni mahasiswa generasi baharu dengan ilmu komunikasi dan media.

Ads

Kembali Sebagai Alumni, Mengimbau Kenangan di UiTM

Melalui hantaran di laman sosial peribadinya, Farisha meluahkan rasa terharu dan penuh kesyukuran apabila dijemput hadir semula ke kampus ilmu itu sempena Majlis Konvokesyen UiTM ke-105 oleh Jabatan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM.

“Dari diploma sampai ke master’s, UiTM has been more than just a place where I pursued my studies. Di sinilah saya belajar, membesar, mengenal diri sendiri, and discovered so much about life beyond the classroom,” coret Farisha Iris penuh bermakna.

Kehadiran beliau bukan sekadar meraikan hari konvokesyen, malah menjadi simbol inspirasi bahawa anak seni juga mampu cemerlang dalam bidang akademik sekiranya mempunyai disiplin dan niat yang lurus untuk menuntut ilmu.

Ads

Apa yang dibuktikan oleh Farisha Iris membawa teladan besar buat anak-anak muda di luar sana. Dalam dunia yang sering mengejar kilauan populariti dan pengiktirafan sementara, mengejar ilmu pengetahuan yang berkat terutamanya di jalan akademik adalah satu pelaburan jangka panjang yang menjanjikan ketenangan jiwa.

Semoga kejayaan ini terus membakar semangat generasi muda Malaysia untuk tidak pernah berhenti belajar, merendah diri dan menjadikan ilmu sebagai panduan hidup yang membina ummah.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

tragedi

Tragedi Jalan Kuching, Bapa Reda Kehilangan Anak 5 Tahun Namun Mahu...

Tragedi Asiah Ahmad Syahir meruntun hati rakyat Malaysia. Bapa reda dengan pemergian anak berusia 5 tahun, namun tetap menuntut keadilan.