Fedtri Yahya Kongsi Hikmah Baca Surah At Taubah Ayat 128-129 Tujuh Kali Selepas Solat Fardhu Antaranya Jika Berhutang Akan Segera Dapat Bayar

Share

Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surah ini.

Melalui perkongsian Fedtri Yahya  di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

At Taubah ayat 128-129.

Sumber kredit: Fedtri Yahya

VIDEO KASHOORGA:

 

IKLAN