Akan tiba satu zaman, manusia tidak mempedulikan hal ehwal halal dan haram sama ada dalam bentuk makanan atau minuman, harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan.

Perkara ini berdasarkan sabda Baginda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah RA maksudnya: “Pasti akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh, apakah dari jalan yang halal atau haram? (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis no: 2083)

Dan ternyata zaman itu sudah tiba kerana dapat dilihat manusia sudah tidak mempedulikan dari mana wang mereka peroleh termasuk isu rasuah yang berleluasa hingga rakyat bebas memperli pemimpin yang dilihat tidak jujur di media sosial.

Satu perkongsian dari pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di fbnya di mana dirinya berkongsi pernah ditawarkan RM2 juta asalkan dirinya mengubah caranya berdakwah dan tidak bercakap tentang perbandingan agama & tidak menjawab syubhah terhadap Islam.

Bacalah perkongsian dan lihat betapa duit mampu membeli manusia yang tamak namun manusia yang berprinsip dan takut kepada Allah akan menolaknya walau nilainya sangat banyak.

Firdaus Wong Kongsi Pengalaman VIP  Tawar Wang RM2 Juta Dengan Syarat Ubah Cara DakwahPrinsip Untuk Dijual

Pada Februari 2017, saya dihubungi setiausaha kepada seorang VVVIP di Malaysia mengatakan VVVIP tersebut mahu berjumpa dengan saya.

Tiba pada hari yang dijanjikan, saya pergi ke pejabatnya yang canggih & begitu ketat ciri-curi keselamatannya sehingga kan nak masuk ke pejabatnya pun saya kena melalui pintu yang hanya boleh diakses dengan cap jari beberapa individu tertentu sahaja.

Perjumpaan kami berlangsung hampir sejam. Beliau tahu serba sedikit tentang usaha dakwah & kebajikan kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM & beliau menawarkan satu bangunan di bandaraya Kuala Lumpur kepada kami secara percuma.

IKLAN

Beliau mahu memberikan bangunan itu kepada MRM dengan syarat kami melakukan projek pemberian makanan kepada gelandangan & projek-projek kebajikan lain yang bukannya sebahagian dari visi & misi utama kami di MRM.

Maka saya secara baik menolak tawarannya walaupun projek-projek yang beliau mahu kami lakukan itu adalah baik tetapi kami tiada kepakaran & ianya bukan sebahagian dari visi & misi utama kami.

Kami risau tidak dapat melaksanakan amanah itu & kami akan ditanya oleh Allah kelak kenap kami terima tawaran yang kami tahu kami tiada kepakaran mendalam serta tidak termasuk dalam visi & misi kami.

Kami fokus perkara yang kami tahu & ada kepakaran sahaja. Kami berterima kasih kepada VVVIP tersebut atas tawaran & niat baiknya.

Pada tahun yang sama, seorang VIP juga telah menghubungi saya & ingin berjumpa. Dalam perjumpaan, beliau telah memaklumkan beliau mempunyai wang jutaan ringgit & beliau boleh memberikan RM2juta kepada MRM untuk dakwah tetapi bersyarat. Apakah syaratnya?

IKLAN

Syarat beliau adalah agar MRM mengubah cara berdakwah dengan tidak bercakap tentang perbandingan agama & tidak menjawab syubhah terhadap Islam.

Sekali lagi saya mewakili MRM menolak tawaran RM2juta beliau dengan baik kerana permintaannya itu tidak dapat kami penuhi kerana bercanggah dengan visi & misi kami di MRM. Ada yang mungkin berkata;

“Bro, RM2juta tu? Siapa nak bagi? Apa salahnya ubah sikit pendekatan dakwah tu kerana dengan ubah pendekatan boleh dapat RM2juta!”

Atau mungkin berkata;

“Alahai Bro, setuju dulu & ambillah duit tu dulu. Lepas ambil duit tu, Bro teruskan ajelah dengan bisi & misi Bro tu.”

IKLAN

Mungkin juga ada yang akan kata kami bodoh kerana terlepas RM2juta kerana enggan mengubah pendekatan dakwah kami. Ya mungkin kami bodoh kerana enggan mengubah pendekatan untuk mendapatkan RM2juta tersebut tetapi apa kami nak jawab di depan Allah apabila kami memungkiri janji kami kepada VIP tersebut ketika menerima sumbangannnya?
Kami tidak pula mahu memiliki apatah lagi menjadi munafik dengan berjanji tetapi tidak menepatinya? Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;

“Tanda orang munafik itu ada tiga, (1) jika berbicara berdusta; (2) jika berjanji maka tidak menepati; dan (3) jika diberi amanah, dia berkhianat.” (HR. Bukhari no. 33 dan Muslim no. 59)

Apabila kami telah bersetuju atau berjanji untuk memikul amanah, maka menjadi kewajipan kami untuk melaksanakan perjanjian itu selagi mana perjanjian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;

“Tunaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah padamu.”
(HR. Abu Daud no. 3535 dan At Tirmidzi no. 1624, hasan shahih)

Satu pesanan yang hampir sama dari Sheikh Hussain Yee & Dr. Zakir Naik kepada saya;
“Firdaus, dont change your principle just because someone offer you money. Our principle are more important than money. If we willing to change our principle because of money, there is no value in us as a daie & Muslim. As long as the principle is not against Quran & Sunnah, stick to it and do your best to live up to it.”

Mudah berbicara tentang prinsip tetapi hanya dengan kekuatan dari Allah kita mampu teguh di atas prinsip. Prinsip memerlukan kita menahan diri dari godaan harta & kedudukan.

Tidak mengapa tidak dapat harta & duit kerana berpegang pada prinsip. Allah Al Ghani (Yang Maha Kaya) & kita sebagai Abdul Ghani (Hamba Yang Maha Kaya) tidak perlu takut miskin.

Yang perlu kita takut adalah miskin jiwa & prinsip. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat kita semua teguh atas prinsip yang benar berpandukan Quran & Sunnah. Allahuma Ameen

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI