Pakaian adalah satu keperluan asas utama dalam hidup kita. Baik lelaki mahupun wanita, keutamaan berpakaian dalam Islam ialah ia harus lah menutup aurat, sopan, kemas dan tidak mengundang fitnah.

Kriteria ini sangat penting dipatuhi bagi mendapat redha Allah. Apabila Allah redha, maka hidup kita dinaungi keberkatan berpanjangan dan membawa ke syurga.

Cara berpakaian Rasulullah SAW adalah contoh paling tepat untuk kita dapatkan redha Allah. Penggayaan serba sederhana, sekadar cukup untuk keperluan sudah memadai bagi Baginda.

Apa yang Rasulullah SAW pakai adalah sama dengan apa yang dipakai orang lain sekelilingnya. Tiada perbezaan darjat dan kedudukan.

Tidak perlu bermewah-mewahan lantaran itu akan mengundang fitnah malah akan menarik kita kepada sifat riak, sombong dan bermegah dengan kemewahan berpakaian yang mana banyak kita lihat hari ini. Hentikanlah segera.

Tahukah anda bahawa, insan hebat dan kesayangan kita ini tidak mempunyai banyak pakaian pun selama hayatnya.

Banyak pakaian yang ada adalah daripada pemberian atau hadiah daripada orang lain. Semuanya sederhana lantaran Baginda juga tidak suka bermewah-mewahan.

IKLAN

Untuk panduan para kaum adam, Rasulullah SAW sebagaimana kita juga mempunyai pakaian kegemaran.

Baginda amat gemar memakai gamis. Ia adalah baju labuh sehingga ke betis seakan kurta yang berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan dan berkolar.

Gamis Putih Labuh Serba Sederhana, Pakaian Kegemaran Rasulullah
Gambar sekadar hiasan

Konsep ini harus dijadikan inspirasi oleh kaum adam asal sahaja tidak melebihi buku lali. Pemakaian gamis seperti ini sesungguhnya satu turutan sunnah yang terpuji. Dengan sedikit sentuhan pada perincian, ia boleh kelihatan kontemporari.

Diriwayatkan oleh Asma binti Yazid: “(Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w hingga pergelangan lengan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Nasa’i & Abu Dawud)

IKLAN

Manakala, hadis yang diriwayat oleh Ummu Salamah r.a menyebutkan:

“Antara pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah kurta iaitu jenis baju labuh.” (HR Abu Dawud)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga memiliki baju burdah Yamani yang panjangnya enam hasta dan lebar tiga hasta dan satu jengkal.

Terdapat riwayat dari Anas bin Malik juga mengatakan: “Pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah kain Hibarah.” Kain Hibarah ialah kain kapas berasal dari Yaman.

Samurah bin Jundab meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

“Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih. Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian. Dan hendaklah kalian mengkafankan orang-orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih.” (HR oleh at-Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Abu Dawud, Baihaqi & Hakim)

Ternyata Baginda mempunyai keperibadian tinggi, memakai apa sahaja yang ada, mudah didapati malah Baginda juga menjahit sendiri jubahnya yang koyak berikutan Baginda akan memakain pakaian yang sama sekerap yang boleh. Oleh itu, tidak perlu lah kita berlebih-lebihan dalam berpakaian.

Artikel berkaitan: Sah Hukumnya Ambil Wuduk Tanpa Pakaian, Tapi Lebih Baik Menutup Aurat

Artikel berkaitan: Hukum Lelaki Pakai Baju Sukan Ketat Buat Wanita Terpesona!

Kashoorga: Bagaimana dengan kita? Sebaiknya cukuplah sekadar mengikut apa yang diamalkan Rasulullah terutamanya tiada pembaziran dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.

Cuba lihat dalam almari pakaian. Jika ada yang masih elok dan tidak lama dipakai, baik sahaja didermakan kepada orang lain.Takut-takut kita akan menjadi sahabat syaitan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI