Perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah SWT mengarahkan agar kita meminta perlindungan dari Allah SWT dari kejahatan sifat dengki ini. Firman Allah SWT;
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. Surah al-Falaq (5)
Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya. Sahih al-Bukhari (73)
Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang. Sahih al-Bukhari (7529) dan Sahih Muslim (815)
Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, istilah hasad dalam hadith ini sebenarnya membawa maksud al-ghibtoh (الغبطة) iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa rasa mahu melihat nikmat tersebut ditarik dari orang itu. Keinginan ini juga disebut sebagai munafasah atau persaingan, dan ianya terpuji (Mahmud) jika dalam perkara ketaaatan. (Rujuk Fath al-Bari 1/167)
Kesimpulan
Rumusannya, perasaan hasad dan dengki itu pada asasnya adalah dilarang, dan ia jelas dinyatakan melalui ayat al-Qur’an dan hadith yang disebutkan di atas.
Perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut.
Seringkali ketika solat hati berasa was-was, keliru dengan bilangan rakaat, bacaan dan sebagainya. Ia menjadikan ibadah kita kurang sempurna dan tidak khusyuk.
Perasaan was was ini juga boleh dirasakan dalam urusan seharian kita dan boleh jadi menyebabkan rasa stress, bosan malah putus asa. Dan adalah sangat merugikan jika rasa putus asa ini berlaku dalam soal melakukan ibadah gara-gara penyakit was-was.
Namun demikian ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh mereka yang diselubungi perasaan was-was khususnya ketika beribadah. Amalan ini dikongsi oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantaran di Facebook.
Was-was adalah hasutan syaitan
Was-was adalah hasutan syaitan pada hati manusia yang hendak melakukan ibadah supaya ibadahnya jadi tidak sempurna. Mereka yang berdepan perasaan ini boleh mencuba beberapa bacaan yang berikut sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit was-was.
Sebaiknya sebelum memulakan suatu amalan seorang itu memohon perlindungan dengan Allah dari was-was syaitan dengan membaca أعوذُ بالله من الشيطان الرجيم dan kemudian adalah elok dia membaca ءامنتُ بالله عز وجل وبرسله yang berarti aku telah beriman dengan Allah Taala dan dengan para Rasul-Nya atau ءامنَّا بالله وبرسلهِ yang berarti kami telah beriman dengan Allah dan dengan para Rasul-Nya.
Orang yang selalu diganggu dengan was-was ini sangat elok membanyakkan membaca لا حول ولا قوة إلا بالله .
Dan demikian lagi orang yang ada penyakit was-was kena banyakkan menyebut kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ yaitu kalimah yang sangat ditakut oleh syaitan.
Berkata setengah ulamak :
يُستحبُّ قول لا إله إلا الله لمن ابتليَ بالوسوسة في الوضوء أو الصلاة أو ما أشبه ذلك، فإنَّ الشيطان إذا سمعَ الذكر خنسَ أي تأخر وانقبض، وكلمة لا إله إلا الله رأس الذكر وأحسن الحسنات
Ertinya : “Disunatkan menyebut لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ bagi mereka yang dibalakan dengan penyakit was-was ketika berwuduk dan ketika hendak solat atau barang yang seumpama demikian itu kerana sungguhnya syaitan itu apabila mendengar olehnya akan zikir nescaya undur ia dan menghilang dan adalah kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ itu ibu segala zikir dan sebaik-baik kebajikan.”
InsyaAllah orang yang mempunyai penyakit was-was yang mengamalkan bacaan-bacaan ini akan terpelihara dari penyakit tersebut.
Penyanyi Aizat Amdan dan Nabila Razali telah meluangkan masa melawat 30 orang pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sama ada Aizat mahupun Nabila, masing-masing gembira diberi peluang untuk meraikan kanak-kanak ini yang nyata teruja dengan kehadiran dua penyanyi kesayangan ramai ini.
Program Remaja X Media Hiburan Make A Wish Raya ini adalah anjuran majalah Remaja dan Media Hiburan serta mendapat tajaan daripada pihak Int3tree. Aizat dan Nabila telah menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada 30 orang pesakit kanak-kanak di wad ini. Jelas terpancar keceriaan pada wajah mereka.
Sekurang-kurangnya kehadiran Aizat dan Nabila dapat menceriakan anak-anak ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Liberal bermakna kesediaan terbuka untuk menerima pandangan orang lain dan menghormati hak mereka bersuara. Tidak semestinya kita bersetuju dengan pendapat yang berbeza itu. Tetapi, pandangan itu wajar diberi pertimbangan selagi perbuatan itu tidak menyalahi undang-undang.
Perkataan ‘liberalisme’ berasal daripada bahasa Inggeris bererti ‘kebebasan’. Perkataan ini merujuk perkataan ‘liberty’ dalam bahasa Inggeris atau perkataan ‘liberte’ dari bahasa Perancis bermaksud bebas. Syeikh Sulaiman al-Khirasi dalam kitabnya, Libraliyah al-Khirasyi menyatakan, “Liberalisme ialah mazhab pemikiran yang mementingkan kebebasan individu.”
Mazhab ini menegaskan mengenai wajibnya menghormati kebebasan individu, serta berkeyakinan tugas utama pemerintah ialah menjaga, melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan hak peribadi dan juga kebebasan individu.
Umumnya pemikiran liberal ini mempunyai tiga asas iaitu:
Kebebasan. Berdasarkan asas kebebasan ini bermaksud setiap individu bebas untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan. Pihak pemerintah atau kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan atau tegahan. Perbuatan yang dilakukan hanya mampu dibatasi atau disekat oleh undang-undang yang dibuat oleh individu itu dan tidak terikat dengan peraturan agama.
Individualisme. Aspek individualisme ini mengandungi dua pengertian, iaitu pengertian mengenai sikap keakuan (ananiyah) dan cinta terhadap diri sendiri. Pemahaman ini menguasai pemikiran orang Eropah sejak zaman kebangkitan Eropah sehingga abad ke-20 Masihi. Pengertian kedua bermaksud kemerdekaan diri dan ini adalah fahaman baharu dalam anutan liberalisme yang dipanggil sebagai pragmatisme.
Rasionalis (keutamaan menggunakan akal). Penggunaan rasionalisasi atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘aqlaniyyun’, iaitu mendewakan akal. Ini bermaksud penggunaan akal semata-mata dalam mencari dan mencapai sesuatu kepentingan dan manfaat tanpa memerlukan kekuatan yang lain. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan perkara seperti berikut:
(a) Kebebasan adalah hak yang dibangunkan atas kepentingan kebendaan semata-mata dan ia dapat diperoleh melalui penggunaan akal semata-mata.
(b) Urusan negara dipisahkan dengan hubungan dan keyakinan agama, kerana kebebasan mereka percaya, sesuatu perkara itu tidak dapat diperoleh melainkan dengan usaha melalui kekuatan fizikal dan kekuatan akal semata-mata. Mereka juga beranggapan, pihak pemerintah berkewajipan melindungi rakyat kerana pada pandangan mereka, negara terbentuk untuk menjaga hak asasi setiap individu dan negara perlu terpisah dari agama dan pemikiran mazhab sedia ada.
Berdasarkan kepada fakta dan kefahaman mereka, jelas kumpulan liberal ini hanya sebahagian kumpulan fahaman sekularisme yang dibangunkan di atas sikap berpaling daripada syariat Allah sebenar, kufur kepada ajaran dan petunjuk Allah dan rasulnya serta menghalang manusia lain mengikut syariat Allah sebenar.
Berdasarkan fakta, sejarah fahaman liberalisme ini mula masuk ke dalam fahaman dan pegangan Muslimin melalui penjajah Eropah dan juga penjajahan melalui pemikiran, disebut sebagai ‘ghazwatul-fikr’. Gerakan pemikiran tokoh Barat mula menyerap dalam pemikiran orang Islam melalui pendekatan modenisasi serta menstrukturkan agama agar sesuai dengan modenisasi Barat.
Mengutamakan lojik akal daripada al-Quran, al-hadis
Oleh sebab itu pemikiran mereka berbeza-beza, sesuai dengan pengetahuan mereka terhadap modenisasi Barat. Golongan ini terus menjadikan akal sebagai sumber hukum dan asas kepada fahaman liberal. Golongan ini juga bersepakat mengutamakan logik akal daripada menggunakan al-Quran dan al-Hadis dalam hujah.
Ada dalam kalangan kumpulan liberal secara terus terang mengungkapkan niat mereka menghancurkan Islam kerana terpengaruh pemikiran liberalisme dan juga sekular. Ada yang berusaha membina keraguan dalam kalangan orang Islam dengan menggunakan fakta dan istilah mengelirukan atau dengan cara memutarbelitkan fakta dan realiti ajaran Islam dengan gaya dan pemikiran gerakan mereka.
Mereka memilih orang sesat dan keliru sebagai ketua atau jurucakap dan mereka menganggap ulama atau cerdik pandai Islam orang yang konservatif dan tidak tahu hak asasi manusia. Hakikat sebenarnya, golongan liberalisme ini ingin mengajak Muslim mengikut pemikiran Barat disebut sebagai westernisasi, sekali gus menghilangkan akidah Islamiah dalam diri umat Islam. Ini juga adalah satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan Islam, sehingga mereka anggap fahaman liberal suatu yang mendesak, penting serta sangat sesuai dengan kemajuan Islam untuk masa hadapan.
Usaha pesongkan akidah
Begitulah usaha yang bersungguh-sungguh mereka lakukan untuk melemahkan Islam dengan memasukkan nilai liberalisme dan kemanusiaan dalam ajaran Islam dan juga akidah umat Islam. Hasrat itu diungkapkan oleh seorang orientalis bernama Gibb yang menyebut, “reformasi adalah program utama dari liberalisme Barat. Kita mengharapkan agar orientasi itu sebagai kaedah satu cara baharu untuk memasukkan nilai-nilai liberalisme dan humanisme dalam diri umat Islam”.
Secara jelasnya fahaman liberalisme adalah pemikiran asing yang cuba masuk dalam aliran pemikiran Islam. Pemikiran ini menafikan wujudnya hubungan antara agama dengan kehidupan. Golongan ini menganggap agama sebagai rantai yang mengikat kebebasan hingga ia perlu dibuang.
Pemikir dan perintis fahaman liberal menyusun teras fahaman di luar garisan agama sehingga berani menyatakan, ada hubungan dengan agama walaupun jauh menyimpang daripada ajaran agama sebenar. Amat menghairankan wujud golongan mempertahankan fahaman liberalisme dan sanggup menyatakan fahaman Islam liberal sedangkan ia bertentangan dengan Islam.
Sumber kredit: Prof Madya Leftenan Kolonel Dr Burhanuddin Jalal via Berita Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selawat dan zikir keduanya merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Dalam menjadikan zikir dan selawat...