Berzikir selepas solat disepakati ulamak adalah amalan sunnah. Namun, timbul persoalan bagaimana pula jika seseorang itu berzikir dengan suara yang kuat? Adakah ia dibenarkan kerana ia dikatakan boleh mengganggu Jemaah lain.
Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, secara umumnya hukum berzikir secara kuat (jahar) adalah diharuskan. Imam al-Suyuti menghimpunkan sebanyak 25 dalil yang menunjukkan keharusan berzikir dengan kuat antaranya yang diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi:
Maksudnya: “Allah SWT berfirman “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku dalam dirinya (secara perlahan) maka Aku juga akan mengigatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengigatiku-Ku dalam sebuah perkumpulan, maka Aku juga akan mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada perkumpulannya. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari anak.” (Riwayat al-Bukhari)
Dibolehkan jika untuk mengajar makmum
Di sisi mazhab Syafi’i sunat berzikir selepas menunaikan solat fardu dengan suara perlahan (sirr). Namun jika tujuannya untuk mengajar makmum maka dibolehkan untuk menguatkan sedikit suara (jahr) selagi tidak mengganggu jemaah lain.
Maksudnya: “Disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan kecuali bagi imam yang hendak mengajar orang ramai, maka dia boleh membacanya dengan kuat dan apabila mereka semua telah mengetahui hendaklah dia kembali membacanya secara perlahan[4].”
Secara umumnya berzikir dengan kuat itu adalah diharuskan. Di sisi mazhab Syafi’i disunatkan untuk berzikir setelah menunaikan solat fardu secara perlahan melainkan jika bertujuan untuk mengajar makmum.
Ads
Menurut Imam al-Mutawalli pandangan tersebut hanya berlaku di masjid yang dihadiri oleh jemaah yang sama setiap masa. Realitinya masjid di Malaysia sentiasa dihadiri oleh orang yang berbeza sehingga uruf di Malaysia kebanyakan masjid akan melakukan zikir secara kuat bagi mengajar setiap orang yang datang ke masjid tersebut.
Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan agar orang ramai termasuklah imam agar tidak berwirid dengan suara yang kuat setelah solat sehingga boleh mengganggu orang yang sedang solat.
Selain itu, tidak sepatutnya perkara ini dijadikan sebab pertelingkahan kerana dalam sebuah kaedah fiqh: Tiada pengingkaran dalam perkara yang diperselisihkan oleh ulama (khilaf).
Pernahkah anda mengalami rasa ingin terkentut hilang secara tiba-tiba dan tidak dipastikan sama ada angin tersebut sudah keluar atau tidak? Entri ini boleh membantu anda yang ragu-ragu untuk memastikan solat sah dan adakah benar terkentut.
Seringkali ragu-ragu mendatangkan kesulitan kerana ia terikat pada keadaan sah atau tidak sesuatu ibadah khususnya solat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian merasai sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau menghidu bau.”(Riwayar Muslim no.362).
Melalui hadis ini dapat diambil satu kaedah fiqh yang mengatakan “Keyakinan tidak akan hilang dengan ragu-ragu” iaitu ragu-ragu tidak sekali-kali akan wujud dalam suatu keyakinan. Dalam erti kata lain, kita yang berwuduk akan kekal berwuduk sehinggalah kita benar-benar yakin berlaku hadas dan sekiranya kita berhadas maka kita akan kekal berhadas sehingga berwuduk kembali.
Dalam hadis lain, Baginda s.a.w bersabda “Janganlah berpaling hingga dia mendengar suara atau mendapati bau.”(Riwayat Bukhari no. 177 dan Muslim no. 361). Maka bagi kita yang ragu-ragu tentang hadas, tidak harus untuk kita berwuduk bahkan kita perlu tetap meneruskan solat. Namun jika telah yakin berlakunya hadas sama ada dengan mendengar atau menghidu bau maka hendaklah kita berwuduk.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tuntutan harta sepencarian sering menjadi kemelut pasangan bercerai. Malang nasib seorang wanita setelah diceraikan dia dihalau keluar rumah atas alasan rumah yang diduduki itu bukan hak bersama walaupun dibeli semasa mereka masih lagi sebagai suami isteri.
Ikatan perkahwinan selama 30 tahun terlerai dengan kemelut atas perbuatan bekas suami yang turut menghalau dua orang anak mereka.
Kes tuntutan harta sepencarian ini bukanlah kes boleh diambil sambil lewa. Ia turut melibatkan hak orang lain. Justeru kita ikuti penjelasan lanjut berdasarkan masalah yang diajukan.
“Suami mengatakan saya tiada hak atas rumah tersebut kerana hanya nama suami sahaja sebagai pemilik kediaman yang dibeli. Persoalannya sekarang, adakah saya boleh menuntut di Mahkamah Syariah supaya rumah tersebut dijadikan sebagai harta sepencarian walaupun saya tidak ada mengeluarkan wang dalam proses pembelian rumah tersebut? Dan berapakah kadar yang selayaknya saya terima? Mohon penjelasan.
1) Terima kasih atas soalan yang telah diajukan tersebut. Jadi, melihat kepada permasalahan puan di atas, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah terdapat beberapa isu yang boleh diketengahkan:
Jadi, saya akan cuba menjawab satu-persatu berkenaan isu di atas.
Isu Pertama: Sama Ada Harta Yang Dituntut Merupakan Harta Sepencarian Atau Tidak
2) Perkara ini boleh dirujuk mengikut seksyen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 berkenaan dengan tafsiran harta sepencarian:
“Harta sepencarian” ertinya harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-yarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;
3) Malah perkara ini juga telah dinyatakan secara jelas di dalam Enakmen yang sama seksyen 122(1) yang memperuntukkan:
“Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah penceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa yang diperoleh oleh pihak-pihak sewaktu perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak”
4) Di dalam Al-quran berdasarkan firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 32 ada menyebut:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakannya dan Bagi perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurnianya Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
Berdasarkan kepada nas Al-Quran di atas jelas menyatakan bahawa perempuan (isteri) mempunyai hak ke atas apa yang diusahakan termasuk juga dalam apa-apa usaha yang mendorong suami berjaya dalam kehidupan seharian sehingga suami berjaya memiliki harta harta tersebut.
Usaha ini dikenali sebagai “sumbangan tidak langsung”. Usaha ini secara tidak langsung mendapat pengiktirafan dan ianya dijadikan asas di dalam harta sepencarian kerana peranan isteri dalam urusan rumah tangga adalah usaha yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
5) Manakala dari sudut hukum adat pula, walaupun perkataan Harta Sepencarian ini tidak dinyatakan secara khusus oleh syarak, namun ianya merupakan adat Melayu yang telah diterima pakai dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita.
Oleh yang demikian tuntutan harta sepencarian di Malaysia adalah berdasarkan kepada adat atau ‘uruf.
Sesuatu perkara yang menjadi adat atau ‘uruf yang tidak bertentangan dengan hukum syarak serta menjadi kebiasaan amalan, maka ia layak diiktiraf dari sudut undang-undang.
6) Dalam hal ini, bagi menentukan sama ada harta tersebut adalah harta sepencarian atau tidak, maka mahkamah akan melihat kepada tempoh masa harta tersebut diperolehi dan sama ada wujud atau tidak sumbangan kedua-dua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memperolehi harta tersebut.
7) Pihak yang ingin menuntut perlulah membuktikan kepada mahkamah bahawa harta sepencarian tersebut sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kereta) atau harta tak alih (seperti rumah atau hartanah) telah diperoleh dalam tempoh perkahwinan.
Seandainya harta yang dikumpul itu berlaku selepas penceraian, maka tidaklah dianggap sebagai harta sepencarian.
8) Seorang suami tidak boleh menentukan hak ke atas harta yang bukan mutlak walau namanya tertera sebagai pemilik.
Setiap harta yang dibeli walau hanya atas nama suami, ia boleh dituntut sebagai harta sepencarian apabila isteri turut menyumbang.
Sumbangan yang dimaksudkan bukan sekadar wang ringgit tetapi tenaga, dorongan dan sokongan yang diberi sehingga membolehkan harta tersebut dikumpul.
9) Jadi, berikutan dengan permasalahan ini, seandainya dapat dibuktikan bahawa rumah teres tersebut telah diperolehi bersama sewaktu dalam perkahwinan sama ada bukti melalui dokumen-dokumen ataupun saksi-saksi maka saya percaya puan juga berhak ke atas rumah tersebut dan ia boleh dituntut sebagai harta sepencarian.
Dalam hal ini, mahkamah akan melihat kepada faktor-faktor tertentu seperti sumbangan pihak-pihak bagi memperolehi harta tersebut dan kadar yang harus dibahagikan. Maka perkara ini akan dijelaskan pada isu yang kedua.
Isu Kedua: Sama Ada Wujud Sumbangan Pihak-Pihak Bagi Memperolehi Harta Tersebut Dan Kadar Yang Harus Dibahagikan Kepada Pihak-Pihak
10) Perlu dijelaskan disini, sebelum mahkamah menetapkan kadar yang perlu dibahagikan kepada pihak-pihak, mahkamah akan melihat kepada sumbangan yang diberikan di antara kedua-dua pihak. Ini kerana harta sepencarian merupakan tuntutan yang kadarnya ditentukan berdasarkan kepada sedikit atau banyaknya takat sumbangan yang diberikan.
11) Sumbangan yang dimaksudkan di sini ialah merujuk kepada sumbangan secara langsung dan sumbangan tidak langsung:
Ini termasuklah idea, dorongan serta keselesaan yang dikecapi suami sehingga membolehkannya mendapatkan harta tersebut
12) Sekiranya harta itu merupakan harta usaha bersama, maka faktor-faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah termasuklah takat sumbangan tiap-tiap pihak. Antara bentuk sumbangan itu, ialah dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh harta tersebut, hutang-hutang yang telah dibuat bagi manfaat bersama mereka serta keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu.
13) Namun sekiranya harta tersebut merupakan harta tunggal, mahkamah akan melihat kepada sumbangan tidak langsung yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh harta itu. Sebagai contoh melakukan kebajikan keluarga seperti memelihara rumah tangga, memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya.
14) Berkenaan dengan kadar pembahagian harta pula, ianya boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
15) Maka apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah saya percaya Puan berhak untuk menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian.
Ini berdasarkan kepada sumbangan tidak langsung yang telah puan berikan sepanjang mendirikan rumah tangga meskipun bukan sumbangan dalam bentuk kewangan.
Saya menasihati puan agar mendapatkan khidmat peguam syarie kes puan dapat berjalan dengan lancar memandangkan mereka lebih berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes sebegini. Sekian.
SOALAN: Bolehkah ustaz senaraikan perkara yang dibenarkan bagi wanita haid lakukan untuk tujuan ibadah?
JAWAPAN: Perkara yang dibenarkan untuk wanita yang haid dan nifas lakukan adalah mereka dibenarkan melakukan semua rukun serta kewajipan haji atau umrah kecuali tawaf mengelilingi Kaabah.
Mereka dibenarkan untuk berlalu (melintasi) kawasan dalam masjid dengan syarat memastikan kebersihan kawasan berkenaan terpelihara.
Mereka yang menghafal dan mengajar al-Quran adalah dibenarkan untuk memegang serta membaca al-Quran bagi memelihara hafalan daripada terlupa sementara yang lain boleh membaca serta memegang tafsir al-Quran.
Wanita haid juga digalakkan berzikir dengan ayat tertentu yang dipetik daripada sebahagian ayat al-Quran atau hadis. Mereka boleh mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang dikumandangkan oleh orang lain sama ada di televisyen, radio dan sebagainya.
Mereka boleh melakukan semua perkara dengan suami kecuali jimak. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Lakukan apa sahaja (dalam pergaulan rumah tangga) kecuali persetubuhan.”
Mereka yang biasa melakukan qiamullail di pertengahan malam boleh memperbanyakkan doa sebagai gantian kepada solat yang diharamkan ke atas wanita haid.
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.