Dalam usaha mencapai khusyuk dalam solat, ada yang memilih untuk memejam mata semasa solat agar lebih fokus. Namun timbul persoalan, apakah hukum memejam mata ketika solat? Adakah ia dibenarkan atau bercanggah dengan tuntutan syarak?
Ini kerana secara asasnya, dalam solat kita disunatkan untuk memandang ke tempat sujud yang mana disandarkan kepada amalan para sahabat yang berubah selepas turunnya ayat:
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam solat mereka.” (Surah al-Mu’minun, 23:1-2)
Riwayat dalam Fath al-Bari menyebut, para sahabat selepas itu lebih tekun dan memandang ke arah sujud semasa solat, sebagai tanda khusyuk.
Ads
Makruh Tapi Ada Pengecualian
Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa memejam mata dalam solat adalah makruh, kerana bercanggah dengan sunnah memandang ke tempat sujud. Mereka berhujah dengan hadis:
“Apabila salah seorang dari kamu berdiri dalam solatnya, maka janganlah dia memejamkan matanya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Namun, ulama seperti Imam Ibn Qayyim dan Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam menjelaskan bahawa hukum ini bergantung kepada keadaan.
Ads
Menurut mereka jika membuka mata menyebabkan hilang fokus, atau terganggu dengan suasana sekeliling, maka memejamkan mata dibolehkan, malah kadang kala lebih utama jika ia membawa kepada khusyuk.
Ibn Qayyim menyebut:
Ads
“Jika membuka mata mengganggu khusyu’, maka memejamkan mata itu dibenarkan. Malah lebih dekat dengan maqasid syariah.” (Zaad al-Ma’ad, 1/284)
Kesimpulannya memejam mata ketika solat adalah makruh pada asalnya, tetapi menjadi harus atau lebih utama jika ia membantu menghadirkan khusyuk dan menghindari gangguan.
Ramai kalangan kita yang rutinnya waktu malam, tidur dulu kemudian barulah bangun untuk solat Isyak di awal pagi. Ada juga yang terus menyambung untuk solat sunat yang lain.
Namun begitu selewat manakah kita boleh melakukan solat Isyak atau dengan kata mudah bila dikira habis waktu solat Isyak.
Laman web Maktabah Al Bakri ada membuat penjelasan tentang perkara ini.
Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” Surah al-Nisa (103)
Daripada ayat ini Imam Abu Jaafar al-Tahawi berkata terdapat tiga tafsiran ulama tentang ayat ini; bahawa solat itu ialah kefarduan yang difardukan, bahawa solat itu fardu yang diwajibkan dan bahawa solat itu ditentukan masa perlaksanaannya.
Beliau berkata tafsiran-tafsiran itu dekat antara satu sama lain. Ini kerana suatu yang fardu itu adalah kewajiban, dan kewajiban itu ditunaikan pada selepas masuk waktu yang telah ditentukan. (Lihat Jami’ al-Bayan, 9/170)
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan dalam muktamad dalam mazhab Syafie, tamat waktu isyak ialah apabila keluar fajar sadiq. Adapun waktu ikhtiyar (terbaik; terpilih) untuk menunaikan solat isyak ialah sehingga sepertiga malam, dalam pendapat lain, sehingga pertengahan malam.
Kemudian waktu jawaz (harus) berlangsung sehingga sebelum waktu subuh. Ada juga sebahagian ulama yang berkata makruh melewatkan solat Isyak melepasi separuh malam kerana keluar daripada khilaf. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/167).
Justeru, kami katakan walaupun masalah ini khilaf, kami berpendapat solat Isyak boleh dilakukan selama mana sebelum Subuh. Hal ini berdasarkan himpunan dan kefahaman kami berkenaan dengan nas-nas.
Kami juga berpendapat ia dilakukan pada awal waktu adalah lebih baik jika terdapatnya jemaah yang ramai seperti di masjid atau di surau. Dan inilah yang menjadi ghalib serta kebiasaan Rasulullah SAW dalam menunaikan solat Isyak berjemaah.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen. Kami akhiri dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Dikurniakan anak dengan dua atau tiga pusar di kepala seharusnya tidak dilihat sebagai satu bala. Berlegar nitos atau kepercayaan karut di kalangan ibu bapa, anak-anak yang mempunyai lebih daripada satu pusar di kepala diyakini akan membesar menjadi anak yang nakal, degil dan sukar diatur.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempercayai anak ini menjadi rebutan dua roh yang ingin menguasai badan anak tersebut. Dan menambahkan lagi kegelisahan, ada juga yang percaya, anak-anak ini apabila dewasa akan berkahwin lebih daripada satu.
Mitos seperti ini sebenarnya tidak menyumbang kepada perkembangan positif baik kepada anak itu atau ibu bapa yang tertekan dengan kepercayaan yang diperturunkan dari zaman moyang kita lagi.
Menurut Doktor Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan lepas Pulau Pinang, kejadian ini sebenarnya bukanlah perkara pelik dalam dunia perubatan.
“Pusar rambut di kepala adalah sejenis rambut yang tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan di tengah-tengahnya.
“Pusar ini terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu; di atas badan dan di kepala sejak dalam kandungan ibu lagi. Mempunya pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan tiada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak,” jelasnya.
Manakala dari sudut pandang Islam, tidak sepatutnya sebarang mitos timbul dalam perkara ini.
Semua ibu bapa harus tahu dan faham bahawa Islam adalah agama sempurna, ilmiah yang dibangunkan di atas bukti dan dalil-dalil; samada dari ayat suci al-Quran atau pun sunnah nabi SAW atau boleh juga diterima secara penemuan hasil kajian saintifik oleh pakar yang boleh menjelaskan perkara ini.
Kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran, perlu berpegang dan mengamalkan dua perkara ini sahaja bagi menjawab apa sahaja persoalan tentang kehidupan:
Kalau tidak ada satu dari keduanya, maka itulah yang dikenal dengan khurafat (cerita bohong tanpa bukti) atau Tathoyur (menganggap sial kerana sesuatu) dan yang sejenisnya.
Maka jelas di sini dari penjelasan seorang doktor dan juga dari sudut pandang agama, mempercayai mitos tentang pusar di kepala ini adalah sesuatu yang tidak benar; bercanggah dari ajaran Islam. Mempercayainya akan jatuh khurafat yang boleh membawa kepada syirik.
‘Semua jemaah haji masuk Raudhah melalui pintu 37.’ Pintu 32 pinggir Raudhah, jangan salah info. Jemaah haji yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci pasti keliru mana pintu yang sebenar.
Oleh sebab itu amat tidak digalakkan menyebarkan info yang salah kerana bimbang mengelirukan orang ramai. Bagi membetulkan keadaan, Nur Syazwani Halim berkongsi tip dan pintu manakah yang sebenarnya boleh akses ke Raudhah.
Bagi yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang datang menunaikan haji, jemaah akan dibawa masuk ke dalam Raudhah pada siang hari.
Selalunya selepas Subuh (bagi jemaah wanita) dan selepas Zohor (bagi jemaah lelaki), bergantung kepada petugas KT masing-masing.
Namun, jemaah boleh masuk ke Raudhah sekali lagi menggunakan permit Nusuk mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Bagi jemaah wanita, permit Nusuk hanya di sebelah malam bermula pada pukul 9.30 malam.
Pintu masuk ke dalam Raudhah masih lagi menggunakan Pintu 37. Pintu 32 memang dibuka selepas Subuh dan Isyak untuk jemaah wanita tanpa perlu menggunakan permit Nusuk, namun hanya untuk masuk di pinggir Raudhah (kawasan masjid lama).
Memang akan ada mihrab juga di situ, tetapi ianya bukan Mihrab Nabawi/Mihrab Rasulullah, tetapi Mihrab Hanafi. Harap maklum.
INFO 1: Pintu 21 juga dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini. Namun, ianya juga bukan laluan ke Raudhah bagi jemaah yang tiada permit Nusuk.
Diharap tiada posting lama berkenaan Raudhah dipanjangkan kepada umum kerana boleh mengelirukan jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini.
Sebelum ini, ada yang kongsi satu hantaran mengenai Raudhah yang mengandungi gambar di bawah berserta gambar-gambar yang lain (Secondary post) di dalam Group Umrah/Hajj Pre & Post for Ladies sebelum ini.
Credit to the first author, but I hafta leave it anonymous disebabkan maklumat yang dikongsi di dalam post asal dengan mengatakan Raudhah boleh di access melalui Pintu 21 dan 32 adalah sangat tidak tepat (The post is no longer in the group).
Ini adalah pinggir Raudhah. Kawasan masjid lama. Bersebelahan dengan Raudhah. Kalau masuk melalui Pintu 32 selepas Subuh dan Isyak bagi jemaah wanita, memang tidak perlu menggunakan permit kerana hanya masuk ke kawasan ini.
Ini adalah kawasan pinggir raudhah, menurut sumber tiang di pinggir raudhah berbeza dan tiada kelopak. .
Sebab itu diletakkan penghadang kanvas putih untuk membezakan kawasan Raudhah (yang ada tempat muazzin) dengan kawasan masjid lama ini.
Boleh masuk untuk ziarah, tiada masalah. Sis terpaksa letak highlight nanti untuk pos ini sebab I cannot reach everyone on this.
Info 2: Seperti yang dinyatakan sebelum ini, laluan masuk melalui Pintu 21 juga akan membawa anda ke pinggir Raudhah. Pintu tersebut dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini.
Info 3: Diharap tiada lagi perkongsian sebegini kerana ia boleh mengelirukan para jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini. Ini adalah kerana kami selalu ditanya mengenai hal ini.
Setakat hari ini, semua jemaah (lelaki dan perempuan perlu beratur di hadapan Gate 363 dan akan masuk ke dalam Raudhah melalui Pintu 37.
Kashoorga: Semoga tiada lagi perkongsian yang mengelirukan jemaah haji kerana peluang masuk ke Raudhah bukan datang selalu.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...