
Hukum suami memuji wanita lain walaupun sekadar bergurau.
Memuji dan menyanjung seseorang kerana sifat-sifat baik yang ada pada seseorang adalah dibolehkan dalam Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik…”(Surah al-Baqarah, 2:83)
Walau bagaimanapun, jika pujian tersebut membawa kepada sesuatu yang dilarang dalam syariat maka perbuatan ini tidak dibenarnya.
Antaranya pujian yang menimbulkan perasaan cemburu dalam hati isteri apabila suami memuji wanita lain di hadapannya atau jika seorang suami memuji kecantikan seorang wanita di hadapan isterinya.
Ini kerana kata-kata pujian itu boleh menyebabkan kemudaratan emosi kepada isteri. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, beliau berkata: “Sesungguhnya RasulullahSAW telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan perkara yangmemudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”(Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daraqutni, hadis hasan)
Dalam riwayat lain daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak boleh ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan dalam Islam.”(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah, hadis sahih)
Dalam kitab al-Muhadhdhab oleh al-Syirazi, dinyatakan bahawa seorang suami wajib bergaul dengan isterinya secara baik serta menghindari perkara yang boleh menyakiti hati isterinya, sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.”(Surah an-Nisa’, 4:19)
Boleh buat isteri cemburu dan terluka
Tidak dapat dinafikan bahawa apabila seorang suami memuji wanita lain di hadapan isterinya walaupun dalam nada bergurau, ia boleh menyebabkan perasaan terluka dan cemburu.

Ini kerana secara fitrahnya, wanita mempunyai perasaan cemburu yang tinggi. Bahkan, dalam sejarah kehidupan isteri-isteri Rasulullah SAW sendiri, terdapat banyak kisah yang menunjukkan sifat cemburu mereka.
Oleh itu, demi menjaga keharmonian rumah tangga dan mengelakkan kemudaratan emosi, suami hendaklah berhati-hati dalam pertuturannya dan menghindari daripada memuji wanita lain di hadapan isterinya.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pahang
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI