Ibadah Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada di dalam ihram Haji. Bagi mereka yang akan mengerjakan Umrah, marilah kita berusaha semoga ibadah Umrah yang akan dikerjakan diterima oleh Allah SWT dengan ibadah ‘mabrur’.

Istilah mabrur merupakan kata yang membawa maksud ibadah yang diterima Allah. Walau bagaimanapun mabrurnya ibadah umrah atau haji seseorang itu merupakan rahsia Allah. Bagi mendapatkannya, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh sepanjang melakukan ibadah agar perjuangannya tidak sia-sia.

Ikuti perkongsian seorang jemaah Umrah tentang tip bagaimana untuk mendapatkan ibadah Umrah yang mabrur.


Kepada jemaah yang PERTAMA KALI akan berangkat ke bumi haramain Makkah dan Madinah…
Sedikit peringatan sampingan….semoga beroleh Umrah yang maqbul dan mabrur…

Sesampai di sana lupakan segala urusan dunia..harta benda, anak-anak, keluarga, kerjaya, business, dan lain-lain…

TUMPUKAN PERHATIAN

Tumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadah. Kosongkan minda…pandang segala kejadian hanya dengan kehendak Allah…

Kurangkn bercakap dan berbual kosong..jangan mudah marah…tinggikan sifat sabar dan reda..
perkara kecil jangan diperbesar-besarkan…

Jangan makan terlalu kenyang…mengakibatkn mengantuk dan nak tidur saja…elakkan banyak tidur di hotel…kita bayar ribu-ribu ke sana, bukan untuk habiskan masa untuk tidur..dan berlepak-lepak..

IKLAN

Perbanyakkan beritiqaf di masjid, perbayakkan doa, baca al-Quran seberapa banyak yang boleh dan lakukan tawaf sunat, lakukan solat-solat sunat dan qadha’….

Ibadah Umrah: Tip Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mendapat Umrah Mabrur

Bila minum air zam zam, mengadaplah ke arah qiblat dan perbanyakkan berdoa…
Kalau berpeluang duduk depan kaabah asyikkan memandang kaabah… pahala di situ..

BANYAKKAN BERSEDEKAH

Kalau nampak orang-orang tua yang duduk lama susah nak bangun berjalan ambilkan air zam zam hulurkan kepadanya…sebaik-baik sedekah memberi minum air…

IKLAN

Hulurkan sedekah kepada pekerja-pekerja dalam masjid…
tak semestinya banyak…cukup berapa termampu..

Ketika di Masjid Nabawi Madinah, perbanyakkn selawat ke atas baginda, keluarga baginda dan para sahabat…..berdoa seberapa banyak..

Berkata-kata dengan Rasulullah seolah-olah baginda wujud depan kita dan menyaksikan kehadiran kita..untuk mengenang perjuangan dan jasa-jasa Rasulullah. Perbanyakkan membaca buku-buku sirah Rasulullah…contoh.. Syamaail Muhd…Hayatus Sahabah..pasti kita akan menangis sedih..dan bertambah gigih unt beramal ibadah…sebagai memenuhi tuntutan Allah dan Rasul..

Ketika melakukan ziarah elakkan bepakaian seperti melancong ke negara-negara luar seperti memakai seluar dan blaus tanpa memakai telekung… Ingatlah!!..bumi haramain bumi barakah…setiap bumi Madinah itu dilalui oleh tapak-tapak Rasulullah dan para sahabat…insan agung,, kekasih Allah….di bumi itulah Rasulullah memperhambakan dirinya demi menegakkan agama dan syariat Allah.. kerana beliau kita mengenal Islam…hatta kita terselamat dari neraka Allah..mudah-mudahan biiznillaah…

ELAK PERKARA YANG MELALAIKAN

IKLAN

Maka hormatilah bumi barakah ini…jangan terlalu banyk ketawa dan melakukan perkara-perkara yang ‘lagha’.

Lepas tawaf Wada’ elakkan bershopping..
Elakkan juga terlalu asyik bergambar dan berselfie…ingatlah apa tujuan kita datang ke sana.
100% untuk memperhambakan diri kepada Allah dan memohon ampun atas segala dosa-dosa kita selama ini.. Allahu akbar!

Kalau kita bawa anak-anak bimbing mereka cara-cara melakukan ibadah umrah dan ceritakan kepada mereka tentang perjuangan dari nabi Ibrahim..nabi Ismail… pengorbanan Saidatina Hajar…hatta hinggalah ke nabi Muhammad SAW.

Semoga pulang kalian ke tanah air disirami dengan keinsafan yang hakiki… mengenal keagungan Allah yang esa… makrifatullah…. Dikurniakn Umrah yang mabrur…barakah sepanjang hayat di dunia dan di akhirat.

Aamiin.

Sumber kredit: FB: Kenangan haji & Umrah

Mudah-mudahan pemergian ke Makkah adalah panggilan (seruan) Nabi Ibrahim a.s dan lambaian Kaabah kerana Allah SWT. Pulang dengan umrah yang mabrur, In Shaa Allah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI