--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Percubaan Sulung Membuahkan Hasil! Pelajar USIM Dinobatkan Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Pelajar Tahun Tiga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali telah dinobatkan sebagai johan qari pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan dalam percubaan sulungnya itu.

“Saya gembira dengan kejayaan ini dan tidak menyangka saya mampu tewaskan 13 peserta lain yang lebih berpengalaman dan mempunyai bacaan yang lebih sempurna,” kata beliau.

Bapa Hasnul yang merupakan pendorong utamanya telah menjadi guru al-Quran pertama yang membawa beliau bertanding ke pelbagai peringkat. 

“Bapa saya seorang pegawai polis dan masih berkhidmat. Kami tiga beradik memang belajar al-Quran dengan ayah dari awal hingga fasih seperti sekarang.

“Ayah juga ada asas ilmu tarannum yang diajar kepada kami dan saya juga banyak berjumpa dengan guru lain untuk bertalaqi,” tambahnya lagi.

Ads

Beliau akan terus membuat latihan sebagai persediaan mewakili negara ke peringkat antarabangsa nanti. 

BACA JUGA: Pempengaruh Muslimah Terkenal, Ayana Moon Berjaya Masuk Oxford University

Di samping itu, johan qariah, Nur Syakura Mohamad Musa dari Sarawak menyatakan beliau bersyukur atas kejayaan ini selepas usahanya selama enam tahun membuahkan hasil. 

Ads

“Ini kali keenam penyertaan saya di peringkat kebangsaan. Pencapaian terbaik sebelum ini hanya di tempat keempat,

Benarlah usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Saya banyak ambil pengalaman sebelum ini untuk kenal pasti kelemahan dan perbaiki kekurangan,” katanya.

Ads

Kedua-dua juara qari dan qariah telah membawa pulang wang tunai RM20,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji beserta piala , cenderamata dan sijil.

Selain itu, pemenang turut menerima hadiah tambahan iaitu bar emas seberat dua gram sumbangan MAIDAM Property Sdn Bhd dan tajaan penginapan dua hari satu malam di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu.

Sumber: BERNAMA

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Suka Ungkit Bantuan Yang Diberi? Hati-Hati, Amalan Baik Boleh Jadi Sia-Sia

Mengungkit bantuan boleh menghapuskan pahala dan merosakkan hubungan. Fahami kesan buruk serta cara mengelakkan tabiat ini menurut ajaran Islam.