Siapa tidak sedih jika anak sulung mahu menamatkan zaman bujang. Pasti berat hati untuk melepaskan walaupun anak lelaki.
Anak yang dijaga sejak lahir hingga besar sudah sampai masa untuk memilih pasangan hidup sendiri.
Namun begitu, kasih sayang seorang iu terhadap anak lelakinya tiada galang ganti. Segala pengorbanan tidak dapat dibalas dengan segunung intan.
Malah situasi ini lebih berat dirasakan jika dia merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal yang ada.
Emosi inilah dialami oleh Muhammad Aqil Aidi Ramli yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan menangis teresak-esak depan ibunya, sebaik akad nikah.
Keadaan ini nyata mengundang sedih tetamu yang hadir dan menunjukkan betapa kasih ibu itu sukar ditukar ganti.
Sebelum itu di laman sosial Facebook, ibu kepada Muhammad Aqil, Puan Zamara Buang muat naik coretan khas buat anak lelakinya itu yang nyata menyentuh jiwa.
Malah wanita berusia 51 tahun ini sendiri terkejut dengan tindakan anaknya yang datang bersujud dan mengucup kakinya sebaik melafazkan akad.
Ibu kepada empat anak ini sebenarnya tidak menyangka detik yang cukup menyentuh jiwa ini kerana anak lelakinya dikenali sebagai seorang yang keras hati dan berjiwa kental.
Dia yang terkejut dengan tindakan anaknya itu cuba memujuk walaupun dalam keadaan sangat sebak.
Walau bagaimanapun sebagai ibu dia sebenarnya sangat bimbang persediaan anak lelakinya itu menempuh alam berumah tangga.
Sejarah tercatat buat anak lelaki tunggal kami.. Dengan sekali lafaz sudah ada isteri yang sah..hihi.
Seminit jadi “suami orang” datang jumpa mama minta ampun dan maaf dengan menderu-deru tangisannya.
Ads
Allah hu Akhbar!
“Eh orang happy dapat wife, abang boleh lak nangis-nangis camgini napa. Abang tetap anak mama tetap buah hati pengarang jantung mama. Selagi hayat di kandung, mama sentiasa ada untuk abang. Insya Allah.”
Hentikan air mata mu sayang.. Mama doakan abang Aqil Atlan menjadi imam yang mampu membimbing isteri menuju jalan Allah dan Rasul Nya.
Dalam artikel di Mstar, Puan Zamara Buang mengakui anaknya itu walaupun manja tetapi sebenarnya brutal.
Juga seorang yang tegas dan susah mahu lihat dia menangis kecuali sebab sensitif sewaktu kecil dulu jika dimarahi.
“Kali terakhir melihat dia menangis apabila kesakitan patah kaki selepas jadi mangsa langgar lari dalam kemalangan membabitkan motosikal dia dan sebuah kereta.
Ads
“Hati mana tidak sedih melihat anak berkelakuan begitu. Saya pun menangis tetapi saya cuba pujuknya supaya jangan bersedih.
“Saya pujuk sepatutnya dia perlu gembira hari itu sebab dah ada isteri yang sah.Lama juga dia menangis dalam 1o minit juga,” katanya yang mengusahakan sebuah Kafe di Puchong.
Dia juga di media sosial turut mendoakan anak dan menantu akan beroleh kebahagiaan yang dicari dan turut menitipkan pesanan dalam meniti alam rumah tangga.
Fuhhhh.. Mengintai dari jauh our handsome man and pretty women..
Tidak putus-putus doa sang bonda dan ayahanda untuk kebahagian anakanda.
Abang Aqil Atlan dan menantu kesayangan kami.. Ayah & Mama so ready and immensely happy to welcome new member to our family.
Welcome new daughter
Except for love, there is one more thing in marriage you should give each others to make the best of mariage life; TRUST.
Ads
And one more thing, the great marriage is not when the perfect couple come together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differencies.
Take care of each other and never let go of love! May Allah always keep both of you as happy as you today.
Hati ibu ini juga terasa sangat sayu tatkala mendengar bacaan tahliq dibacakan si anak. Doanya semoga anak lelaki tunggal tidak cuai dalam menggalas tugas sebagai seorang suami kerana tanggun jawab besar yang menanti selepas ini.
Sayu hati seorang mama mendengar anak lelaki tunggal baca tahliq.
Mampu kah dia mendokong tahliq tersebut??? Kami sebagai ibubapa juga ada tanggung jawap didalam lafaz nya itu.
Berderau dan meremang bulu roma kami berdua.
Semoga dia tidak cuai. Andai dia alpa mohon Allah ingatkan dia dan juga kami sekeluarga agar tidak culas.
Besar sungguh tanggungan ini, pada mereka yang benar-benar faham. Insya Allah kami sekeluarga faham.
Semoga sentiasa mendapat bantuan dari Allah.
#sayangnyalaanak #abangsibrutal
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kewajipan menutup aurat banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith. Ia bukan lagi sunat atau makruh sebaliknya diwajibkan ke atas perempuan yang sudah baligh dan dinyatakan dengan jelas dalam beberapa surah di dalam Al-Quran mengenai kewajipan menutup aurat ini.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” Surah an-Nur: 31.
Ayat di atas menjelaskan bahawa seorang wanita wajib untuk menahan pandangan dan menjaga kemaluannya. Mereka diperintahkan untuk menutup kain di bahagian dada (maksudnya bertudung menutupi dada dan bukan menyingkatkannya untuk fesyen) kerana orang lelaki biasanya sangat bernafsu melihat bahagian dada ini (nauzubillah) dan kerana itulah diperintahkan wanita untuk menutup bahagian dadanya dengan tudung labuh.
Tidak hanya dalam surah An-Nur ayat 31, surah Al-Ahzab ayat 59 turut menyatakan hal agar wanita menutup auratnya.
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu” Surah al-Ahzab: 59
Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa wanita harus mengenakan jilbab ke seluruh tubuhnya. Ertinya berkewajipan menggunakan kain untuk menutupi tubuh dan auratnya sehingga tidak terlihat dari pandangan mata seorang lelaki yang bukan muhrim. Sebab itulah wanita dituntut mengenakan pakaian longgar dan labuh, bukannya pakaian ketat seakan bertelanjang konon untuk mengikut fesyen dan masa yang sama tudung singkat menutup kepalanya.
Tidak hanya surah Al-Ahzab, surah Al A’raf ayat 26 turut menyatakan perihal menutup aurat ini bahkan ia dinyatakan sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(QS Al-A’raf :26)
Dalam ayat ini Allah memerintahkan manusia untuk menutup aurat. Perintah ini sudah diberikan sejak Nabi Adam Alaihissalam ada dan artinya memang secara fitrah manusia diperintahkan untuk melakukan hal tersebut sejak ia ada. Perintah menutup aurat ini bukan hanya terjadi apda zaman Nabi Muhammad lagi bahkan pada zaman Nabi terdahulu lagi bahawa wanita yang baligh wajib menutup auratnya.
Masa yang sama, Nabi SAW telah bersabda:
المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ
Maksudnya:“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya”
Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah (dipercayai).
Demikianlah ayat Al-Quran dan dalil yang mewajibkan wanita untuk menutup aurat dan larangan membuka aurat kecuali pada muhrimnya. Harus diingat, berpakaian itu mesti menurut syariat, bukan berpakaian tapi telanjang.
Dalam satu hadith, Nabi Muhammad menjelaskan mereka ini (berpakaian tapi telanjang) kerana mengikut fesyen tidak menurut syariat adalah ahli neraka.
Sabda Nabi SAW, ada di kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat, di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. – [HR Muslim 5098].
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik dan menarik untuk lebih berkeyakinan tika berhadapan dengan orang ramai.
Bukan sahaja penampilan dari segi berpakaian tetapi juga ada yang sanggup menggunakan keadah teknologi tertentu untuk tampil cantik.
Misalnya suntikan filler untuk hilangkan kedutan di wajah serta penyambungan bulu mata (eyelash extension) serta sulam bedak.
Namun ramai wanita yang melakukan kaedah cantik ini dengan mengenepikan sama sekali soal agama dalam penggunaannya.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook bagaimana dia menggunakan eyelash extension ini untuk tampil cantik.
Walau bagaimanapun keinginan itu terpaksa dilupakan apabila mendapat pandangan dari pengalaman seorang rakannya yang sering terbabit memandikan jenazah wanita.
“Saya tanya dia, ada tak jenazah yang meninggal dengan cantik siap sulam bedak, eyelash extension, warnakan rambut dan sebagainya? Dia jawab ‘memang ada’.
“Jadi saya tanya ‘akak buat macam mana?’ Mengejutkan, dia beritahu, dia dan kawan-kawannya tak cukur rambut, tak cabut kuku, tak cabut atau gunting bulu matanya yang disambungkan, atau tonyoh pipi yang sulam dengan blusher tu.
“Dia biar sahaja kerana dia memang tak boleh padamkan dan tak boleh buat apa pun, walaupun sewaktu mandi tidak kena air dan tidak sah mandinya. Mayat pun rasa sakit,” tulis pelayar itu.
Tambah pelayar itu lagi, rakannya itu hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa dirinya dan si mati.
“Seram saya dengar. Memang tak berani nak warnakan rambut dan sebagainya,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi komen yang lain, seorang wanita turut membuat perkongsian mengenai pengalamannya yang menghentikan perkhidmatan memasangkan eyelash extension gara-gara satu tragedi yang benar-benar membuatkannya insaf.
Menurut wanita ini, dia pernah mengambil kursus dan membuka perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan eyelash extension.
Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove.
Sungguhpun agak ragu-ragu, wanita itu bagaimanapun berkata dia tidak mempedulikan keadaan tersebut, sehinggalah berlaku satu peristiwa yang akhirnya mengubah keputusannya itu.
“Belum sampai tiga pelanggan, aku dah dapat petunjuk di mana arwak makcik suami aku meninggal secara tiba-tiba kerana serangan jantung. Kebetulan dia baru sahaja buat eyelash extension.
“Saudara mara sebelah suami tahu aku buat perkhidmatan eyelash extension, dan aku dipanggil untuk remove eyelash jenazah. Ya Allah, dah ditolak permintaan itu tapi semua orang merayu dekat aku.
“Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah. Dan bermula saat itu, aku berhenti buat service tu lagi. Allah dah beri petunjuk kepada aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pelayar, Xinger Yan yang pernah mempunyai pengalaman memandikan jenazah wanita turut berkongsi kisah di mana dia dan rakan-rakannya berdepan dengan tugas berat sekiranya diminta memandikan jenazah wanita sedemikian.
“Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove… yang itu pemandi jenazah tak dapat tolong. Apabila badan dah kaku, filler bentuknya berketul-ketul… cacat jenazah.
“Cuma nasihat saya, elakkanlah tabarruj (mencantikkan diri). Anda bayangkan apabila darah berhenti, bukan semudah ABC nak tonyoh buang semua. Berpeluh nak bersihkan foundation, eyeshadow dan celak. Sedih tengok terasa perit sangat kena tonyoh kuat-kuat tapi apakan daya,” ujarnya.
Dalam tradisi masyarakat Melayu sudah menjadi kelaziman adanya hantaran perkahwinan. Seakan tidak lengkap majlis perkahwinan jika tidak disertakan dengan barang-barang hantaran. Walaupun bukan suatu yang wajib namun sudah menjadi adat dalam perkahwinan masyarakat Melayu adanya pertukaran barang hantara daripada pihak pengantin lelaki dengan pengantin perempuan.
Walau bagaimanapun, mungkinkah ada fatwa tertentu berkenaan barang hantaran perkahwinan. Berikut penjelasannya.
SOALAN: Mohon penjelasan mengenai perkara iaitu “Fatwa Berkenaan Barang Hantaran Perkahwinan” daripada pihak yang berkaitan.
JAWAPAN:
1) Merujuk kepada Majlis Fatwa Selangor, tiada fatwa yang telah diwartakan berkenaan dengan hantaran perkahwinan.
2) Jika dilihat dari sudut garis panduan majlis perkahwinan, barang iringan atau hantaran adalah hadiah daripada kedua-dua belah pihak yang diharuskan oleh syarak. Ia mestilah dengan niat yang ikhlas, tidak riak, berbangga-bangga, bermegah-megah dan berlebih-lebihan.
3) Tepak sirih/sirih junjung adalah adat semata-mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat, dan tidak ada apa-apa kepercayaan disampingnya.
4) Jumlah hantaran adalah mengikut kemampuan dan tidak terikat kepada jumlah bilangan yang ganjil. (rujukan: garis panduan majlis perkahwinan, Jabatan Mufti Selangor)
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...