Tak pernah rasa terbeban dan anggap seperti anak sendiri. ‘Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan.’ Biarpun perit kehilangan dua insan tersayang, namun kehidupan perlu diteruskan.
Wanita ini bukan saja kehilangan abang sulungnya, malah dia turut kehilangan kakak ipar yang juga sahabat baiknya selepas dua insan kesayangan itu meninggal dunia dalam kemalangan, tahun lalu.
Sejak tragedi itu, Norhaziantie Zailani, 33, mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga tiga anak pasangan itu yang kini meneruskan kehidupan dengan kasih sayang dan perhatiannya serta keluarga.
Mengimbas tragedi hitam itu, abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan, Daryan Marwa meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, 19 November tahun lalu.
Manakala, tiga anak mereka yang selamat dalam kejadian itu ialah Mohamad Danish Uqasha, 10, Dhia Medina, 6, serta Damiaa Melissa, 3.
Anggap Seperti Anak Sendiri
Jelas Norhaziantie, hubungannya dengan abang, Mohamad Shafiq yang dipanggil Along memang sangat rapat selain kakak ipar, Faeiznoor adalah sahabat baiknya, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan sama dan bersebelahan.
Menurutnya, sejak pemergian dua insan tersayang itu dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudara dengan kerelaan diri sendiri dengan persetujuan suami Khairul Haznizam Roslan, 37.
Ads
“Suami juga mahu menjaga semua anak Along, malah dia juga sahabat baik Along sejak dari dulu dan selalu menghabiskan masa bersama.
“Mereka juga selalu meminta kami menjaga semua anaknya dan tak sangka apa yang selalu dikatakan itu akhirnya terjadi juga.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Along berada dalam keadaan baik dan mereka menerima kehilangan ibu bapa biarpun perit, namun kehilangan itu bukan saja dirasai mereka tetapi seluruh keluarga kedua pihak,” katanya tinggal di Bukit Sagu 2, Kuantan, Pahang.
Kami Akan Jaga
Di samping itu, anak sulung abangnya, Mohamad Danish Uqasha adalah anak susuannya dan kanak-kanak itu bersama dua lagi adiknya memang memanggil dirinya dan suami dengan panggilan ibu dan papa.
“Saya menjaga mereka dengan ikhlas dan tidak pernah berasa terbeban langsung, malah memang menganggap mereka seperti anak sendiri sejak Along dan Kak Long masih ada lagi. Saya layan anak mereka sama seperti anak kandung, tiada beza.
“Saya masih ingat pada hari pertama along dan isterinya meninggal dunia, acah (nama panggilan untuk anak sulung) cakap ‘abah dan mama sudah tiada. Acah tahu ibu sayang acah, boleh tak sayang adik macam acah?’. Itu memang menyedihkan saya kerana saya sayang mereka semua tiada beza.
Ads
“Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan Along dan isterinya dengan baik dan akan cuba berikan pendidikan dunia dan akhirat yang lengkap untuk mereka sama seperti tiga anak kami,” katanya yang berniaga dalam talian dan menjahit barangan kanak-kanak seperti bantal dan tilam kekabu.
Amanah Yang Ditinggalkan
Norhaziantie yang kini mendapat hak penjagaan sepenuhnya tiga anak saudaranya itu mengakui tahun pertama Aidilfitri tanpa dua insan tersayang itu sangat berbeza terutama kepada anak arwah.
“Tahun pertama tanpa along sangat berbeza untuk keluarga kami. Kakak ipar pandai memasak, dia boleh dianggap ketua tukang masak keluarga. Along pula seorang yang manja, ceria dan suka berkongsi cerita dengan adiknya dan rakan.
“Kami sekeluarga sedih tetapi kami sepakat tidak menunjukkan perasaan itu di depan anak Along sebab kami tak mahu mereka juga berasa sedih dan merasai kekosongan itu,” katanya.
Raya Penuh Makna
Manakala di akaun Facebooknya, Haziantie meluahkan rasa hatinya:
Ads
Raya penuh makna yang sangat dalam buat kami tahun ini.
Terima kasih Along membahagiakan adik dengan meninggalkan anak anak Along bersama adik untuk adik terus perjuangkan rasa sayang kita yang tak kan pernah putus.
Walaupun anak-anak Along kehilangan Along ,Paih dan Dayyan adik cuba sedaya upaya adik bahagiakan mereka sama macam adanya abah dan mamanya,sehingga tiada rasa kurang yang dalam buat mereka.
Kami bahagia berlapan long..kami happy sangat. Along berbahagialah bersama isteri dan anak Along di sana seperti kami di sini.
Kita pasti berjumpa nanti, kita hanya berubah Alam tapi kita tetap ada. Al-fatihah.
Kashoorga : Peritnya menerima kehilangan ibu dan ayah, apa lagi anak-anak ini masih kecil. Semoga terus kuat menghadapi hidup wahai anak-anak.
Setiap dari kita pasti menyimpul impian dipilih menunaikan haji. Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. agar kita senantiasa diberi kemudahan dalam menunaikan rukun Islam yang terakhir itu. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 128 ada dinyatakan doa ini.
“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah, berilah kurniaan-Mu untuk mengunjungi rumah-Mu yang agung dan Rasul-Mu yang mulia, di tahun ini dan setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya.”
Satu perkongsian mengenai kisah seorang jemaah haji dari Pakitan yang tersebar di media sosial semalam cukup menyayat hati. Ia bukan kes baru yang ditularkan kerana kematiannya terjadi pada tahun 26 Ogos 2018 namun ia boleh dijadikan tauladan dalam hidup kita semua.
Ini kerana dirinya tekad dapat jejakkan kaki ke tanah suci dan bila sampai di bumi baroqah ini, Allah letak kemuliaan apabila meninggal dunia dalam keadaan ihram.
Ini perkongsiannya.
SubahanAllah.
Gambar seorang warga Jemaah Haji yang berasal dari Pakistan yang telah tersebar di social media dikatakan sedang terbaring. Yang sebenarnya, jemaah ini bukannya terbaring atau berehat tetapi beliau meninggal dunia di Tanah Haram di dalam Ihram!!! Allahuakbar. Cerita jemaah haji pakistan ini sangat menarik dan boleh di jadikan tauladan.
Untuk pengetahuan umum, beliau telah menyimpan duit untuk menunaikan haji selama 43 tahun!!! 43 tahun bukan lah satu masa yang pendek yaa. Kalau kitalah pasti dah putus asa menunggu tetapi jemaah ini tidak pernah berputus asa menunggu selama 43 tahun untuk menunaikan Haji.
Apa yang menariknya beliau telah menjual tanahnya di Pakistan untuk menunaikan Haji!!! Cerita ini terbongkar apabila jemaah ini tidak mempunyai duit yang cukup menunaikan Haji. Beliau mempunyai tanah di tempat tinggalnya dan kemudian dijual kepada rakannya dan beliau berkerja mengusahakan tanah tersebut untuk menyimpan duit untuk haji beliau.
Walaupun masa sudah berlalu dan perjuangan selama 43 tahun dalam hidup beliau, jemaah bertuah ini akhirnya mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Haji. Dan akhirnya setelah selesai menunaikan Haji, beliau terbaring rehat dan rohnya pergi meninggalkan dunia untuk kembali kepada penciptaNya.
Alhamdulillah kematian yang di tunggu tunggu ini adalah permintaannya sendiri yang iaitu mahu meninggal dunia di dalam Ihram.
Semoga Allah SWT meletakkan beliau setinggi tinggi darjat di dalam Syurga kelak. Ya Allah supaya kelak aku juga mati di dalam Ihramku sendiri. Sumber: FB Afiz Ayub Foundation
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak viral pokok ‘snake plant’ atau lidah jin atau dikenali juga dengan nama lidah mentua ini dilaman sosial, ramai mahu menjadikan pokok ini sebagai hiasan dekorasi di ruang kediaman masing-masing.
Tidak dinafikan pokok ini sangat cantik dan menarik menjadi hiasan di ruang dekorasi. Tetapi ramai tidak tahu bahaya pokok hiasan viral ini.
Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Sumber: Google
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
Sah atau tidak solat bagi wanita yang pakai menstrual cup ketika istihadah dan keputihan.
Selalu kita dengar masa fasa period, jika seseorang wanita tak menggunakan pad mengikut kebiasaan, mereka mempunyai option lain iaitu menggunakan menstrual cup.
Biarpun masih ramai belum memakai menstrual cup ketika datang bulan, tapi penggunaannya sudah tentu lebih jimat dan tahan lama.
Namun bagaimana kesnya bila seseorang wanita yang nak pakai menstrual cup ketika istihadah ataupun keputihan. Sah atau solatnya…
Sebelum ini, pernah kami kupaskan mengenai pemakaian Suci Cup semasa seseorang wanita itu sedang mengalami keputihan. Dan kami juga turut menerima maklum balas yang banyak dan timbul soalan seperti dibawah bagi wanita yang beragama islam.
Bagi Wanita
Sah ke solat kalau pakai suci cup semasa keputihan?
Imam al-Khatib al-Syirbini mendefinisikan haid seperti berikut:
دم جبلة أي تقتضيه الطباع السليمة يخرج من اقصى رحم المراة بعد بلوغها على سبيل الصحة من غير سبب في أوقات معلومة
Maksudnya:
Darah semula jadi sebagai kejadian normal yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.
Haid merupakan tanda baligh yang semulajadi bagi seseorang wanita. Ianya bermula dalam lingkungan umur sembilan tahun ke atas dan berakhir dengan Iyas (putus haid).
Haid dari segi bahasa ialah (السيلان) yang memberi makna mengalir. Manakala dari segi syarak pula ialah darah semulajadi yang keluar daripada kemaluan wanita ketika badannya dalam keadaan sihat dalam tempoh-tempoh yang tertentu.
Darah haid ialah darah yang normal bagi seorang wanita kalau ia keluar ikut tempohnya.
Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang berpenyakit. Apabila seseorang menyedari bahawa darah yang keluar bukan lagi darah haid tetapi darah istihadah, ia hendaklah mandi wajib dan mengerjakan solat sebagaimana wanita yang suci. Ia juga tidak wajib menggantikan semula solat yang telah ditinggalkan pada tempoh itu.
Manakala, keputihan atau nama saintifiknya Flour Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang terjadi hanya kepada seorang wanita dimana cecair yang berwarna putih atau sedikit kekuningan keluar daripada bahagian faraj (vagina).
Ketika Istihadah & Keputihan
Cara untuk menunaikan solat jika menggunakan menstrual cup.
Penggunaan menstrual cup bagi wanita yang istihadah dianggap sebagai menanggung najis (darah istihadah).
Justeru, ia hendaklah dicuci sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardhu, satu wuduk untuk satu solat fardhu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang. Justeru, membersihkan diri termasuk dalam syarat sah solat.
Walaupun ia bukan darah haid, tetapi hendaklah seorang wanita membersihkan diri (badan) dan pakaian setiap kali hendak menunaikan solat.
Kashoorga: Kesimpulannya, menstrual cup bukan sahaja boleh dipakai ketika kita datang bulan, tetapi boleh juga digunakan untuk ketika dalam istihadah dan juga keputihan.
Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang...