Tragedi buli yang menimpa penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 25 Mei 2017, kira-kira lima tahun lalu mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Ia tragedi menyedihkan di mana arwah telah ditekap dengan seterika panas serta dipukul beramai-ramai atas dakwaan mencuri komputer riba.
Hari ini, penantian ibu ayahnya yang mahu menuntut bela atas kematiannya berakhir dengan tangis kemenangan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan, kesemua 18 tertuduh yang juga penuntut UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah.
Manakala 12 yang lain didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
Ketika ini mahkamah berehat sebentar dan Hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.
Ibu bapa arwah Zulfarhan datang ke mahkamah pagi ini memakai baju tertulis “Justice4farhan #Say No To Bully #humanityIbunya akui rindukan arwah anak yang akan mencapai usia 25 tahun pada 25 Nov ini jika masih hidup.
Memetik temubual dibuat bersama New Straits Times, ibu arwah, Hawa Osman berkata, dirinya amat merindui arwah anaknya itu. Kalau tragedi ini tidak terjadi, arwah Zulfarhan akan mencapai usia 25 tahun pada 25 November akan datang.
Ads
“Sebagai ibu, memang kita sedih tapi saya serahkan semuanya kepada Allah, katanya yang datang ke mahkamah bersama suaminya dan mereka dilihat memakai baju sama tertulis “Justice 4 Farhan”, #Say No To Bully #humanity.
Dalam pada itu laporan Astro Awani, pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.
Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.
Ads
Tertuduh diperintah bela diri
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Ads
Buli berlaku di bilik asrama
Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tular di media sosial keberkatan sedekah yang dilakukan oleh seorang Ustaz yang juga guru mengaji, Mohd Sofee Mustafa, 39 membelanja sekumpulan empat individu minum pagi.
Nilai sedekahnya hanyalah RM15 sahaja tetapi dia kemudiannya menerima RM500 dalam satu sampul disedekahkan oleh individu dibelanjanya.
Dalam satu perkongsian yang tular di twitter semalam, Ustaz Sofee yang juga pengasas Pertubuhan Geng Ngaji Negeri Sembilan berkongsi kisah dia belanja dua meja senyap-senyap di kedai sarapan kampungnya ketika membeli sarapan buat ibunya.
Rupanya salah seorang perasan.Time nak gerak balik, dia hulur kat aku duit dalam sampul RM500. Aku belanja tadi dalam RM15 lebih je lebih kurang. Tak sampai 15 minit, Allah balas 30 kali ganda, fuhh. Tulisnya di ciapan twitternya.
Ternyata selepas berkongsi ceritanya itu dengan niat untuk berkongsi keberkatan sedekah, ramai mempunyai pandangan berbeza. Ini termasuklah yang mengatakan ia satu strateginya berniaga dan ada yang mengeluarkan pendapat yang bunyinya agak sarkastik. Komen-komen nie datangnya dari kebanyakan mereka yang beragama Islam.
Dalam pada hal ini sudah tular di media dengan masing-masing ada pendapat dan pandangan mengenainya, Ustaz Sofee yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir memaklumkan, ada banyak kecaman dan hinaan kepada dirinya kerana mereka menuduhnya mereka-reka cerita sebagai strategi perniagaaan.
Katanya lagi, ini baru RM500 orang infa. Belum lagi saya kongsi yang bagi RM5000. Selamba je.
“Apa pun saya dah maafkan mereka kerana inilah tugas seorang Ustaz. Mendidik masyarakat, bukan menghukum atau menghina.
“Kalau orang kenal aktiviti kami di Geng Ngaji mungkin tak pelik baca kisah orang bg selamba aje kat saya RM500 sebagai infaq. Sebab bukan untuk saya. Semua saya serahkan untuk urusan Allah.
Dalam pada itu seorang dari kenalan Ustaz Sofee atas nama Hamizan Hakim menulis ini di fb Ustaz Sofee.
“Banyak betul pahala yang apak Mohd Sofee Mustafa dapat. Dalam banyak-banyak komen yang den tengok, yang ni memang terasa la dengan den sekali kat sini. “Tanpa usul periksa. Betapa tenatnye pemikiran umat sekarang. Bukan nilai duit yang disampaikan. Tetapi amalan bersedekah. Bertahun apak mengajar mengaji pada penduduk kampung tanpa meminta satu sen pun bayaran. Kepada mereka yang tak tahu tu meh la datang dan tengok sendiri suasana Geng Ngaji di sini. Tenang setenangnya. Confirm tak nak balik.
Sumber : FB Ustaz Sofee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saya ada satu pertanyaan iaitu saya sering membaca Quran ketika duduk di rumah dan kadang-kadang saya tidak memakai tudung atau hanya memakai baju lengan pendek.
Dan kadang-kadang saya baca Quran itu dari skrin computer tanpa wuduk.
Apakah hukumnya saya baca Quran dalam keadaan tidak ada wuduk dan tidak menutup aurat seperti itu?
JAWAPAN :
Di antara perkara yang disunatkan ketika membaca Quran ialah menutup aurat. Hukum sunat ini adalah jika membacanya itu pada tempat yang tiada orang yang haram melihatnya.
Ada pun jika berada pada tempat yang ada orang yang haram melihatnya maka menutup aurat adalah wajib.
Begitu juga jika membaca Quran tanpa wuduk dan tidak menyentuhnya maka hukumnya adalah harus tetapi jika membacanya dalam keadan bersuci maka ia adalah afdhal.
Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jum’ah :
تجوز قراءة القرآن دون وضوء, والحديث عن النبي ﷺ أنه كان يقرأ القرآن علي كل حال, إلا أن يكون جنبا[1], فهذا هو حال النبي ﷺ, ونحن نحاول أن نتبعه في أحواله, كان يذكر الله علي كل حال, سواء أكان جنبا, أم لم يكن جنبا, وكان يقرأ القرآن علي كل حال, متوضئا كان أو غير متوضئ إلا أن يكون جنبا, إذا فإن الجنابة فقط هي الني تمنع من تلاوة القرآن. ويجوز للسيدة أن تقرأ القرآن دون حجاب, ولا شيء عليها في ذلك .
Ertinya : “Harus membaca Quran tanpa wuduk dan hadith dari Nabi saw sungguhnya baginda membaca Quran pada setiap keadaan melainkan pada ketika junub (hadith riwayat Daruqutni & Abu Ya’la). Maka inilah kelakuan Nabi saw dan kita mengikutnya pada sekelian kelakuan. Dan adalah Nabi saw berzikir akan Allah atas tiap keadaan samada ketika junub atau tidak junub. Dan adalah Nabi saw membaca akan Quran atas setiap keadaan samada ketika ada wuduk atau tidak melainkan pada ketika junub. Oleh itu hanya pada ketika junub sahaja menghalang dari membaca Quran. Dan harus bagi perempuan bahawa membaca ia akan Quran dalam keadaan tidak berhijab dan tiada suatu (kesalahan) atas perempuan itu pada yang demikian itu.” (Darul Ifta Mesir)
KESIMPULAN
Sunat membaca Quran dalam keadaan berwuduk tetapi jika membacanya dalam keadaan tidak berwuduk maka hukumnya adalah harus asalkan tidak menyentuh akan mushaf.
Sunat membaca Quran dalam keadaan menutup aurat tetapi tidak menjadi kesalahan membacanya dalam keadaan tidak menutup aurat dan sungguhnya membacanya dalam keadaan menutup aurat adalah adab yang elok.
‘Suami dayus, biarkan aurat isteri orang tengok.’ Kena pasang niat, usaha dan doa bersungguh-sungguh dapat doktor perempuan.
Sebenarnya kalau sudah sakit hendak bersalin, tiada masa lagi hendak fikir doktor lelaki atau perempuan yang sambut bayi kita. Ketika itu hanya fikirkan dan pentingkan nyawa bayi dan jua sang ibu.
Sebelum ini tular, seorang penceramah bebas yang dikenali dengan Siti Afifah Shahbudin dengan lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi mengundang pelbagai reaksi.
Bila tengok full video, ada betulnya juga apa ustazah cakap. Tak adalah semuanya salah. Tapi mungkin cara penyampaiannya terlalu garang itu yang ramai tak boleh terima.
Biarkan Aurat Isteri Orang Tengok
Sebagai seorang lelaki, atau suami kita kena ada effort sungguh untuk dapatkan doktor perempuan.
Kena pasang niat, usaha dan doa sungguh pada Allah supaya doktor perempuan yang akan sambut kelahiran anak kita.
Kena Pasang Niat, Usaha & Doa Bersungguh
Tapi zaman sekarang ini bukan semua suami mampu. Kalau nak memilih, kena bayar pula. Malah, jika murah tak apalah, ini sangat mahal.
Kalau tanya saya, selagi mana saya ada kudrat insyallah akan usaha semampu mungkin untuk dapatkan doktor wanita supaya isteri dapat bersalin dengan doktor wanitalah.
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...