Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Yang Juga Qari Terkenal Positif COVID-19

Share

Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.

COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.

Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.


Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.

Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki

IKLAN