Hendak berniaga kena cukup dengan ilmu. Bukan hanya ‘main’ niaga je. Kenalah ada ilmu dalam diri. Antara perkara yang penting seorang peniaga kena buat ialah murahkan wajah dengan senyuman. Ia merupakan ‘umpan’ untuk menarik pelanggan.

Selain senyuman, tiga perkara berikut pun penting kena  buat kalau nak sukses dalam bisnes.

Ini Rahsianya Nak Murah Rezeki Dalam Perniagaan, Amalkan Doa & Jangan Kedekut Dengan Senyuman
Gambar sekadar hiasan

Tak percaya? Cubalah!

1. Murahkan dengan senyuman

Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! ?

2. Bantu prospek dan pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.
Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

Ini Rahsianya Nak Murah Rezeki Dalam Perniagaan, Amalkan Doa & Jangan Kedekut Dengan Senyuman3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga

Sekiranya mempunyai kedai, pastikan kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.
Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

Kredit: nasgreatidea

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI