Isu poligami agak taboo. Ini kerana isteri pertama sering kali merasa terpinggir selepas suami kahwin lain.

Namun isteri pertama YB Khalid Samad ternyata membuat tindakan bijak kerana membuat tuntutan di mahkamah akan haknya sebagai isteri sebagai imbalan suaminya berpoligami. Inilah yang harus wanita bangkit kerana tidak salah lelaki berpoligami asalkan kebajikan mereka terjaga.

Dikongsi dari satu fb Abdul Razak Nordin, yang merupakan kakitangan di pejabat agama Islam Daerah (PAID) Petaling dirinya akui antara individu terlibat dalam mengendalikan poligami Khalid Samad. Dan dirinya gembira nasihatnya diterima oleh isteri Yang Berhormat itu untuk melantik peguam dalam kesnya.

Baca perkongsiannya.

Naik satu berita Khalid Samad dibenarkan poligami.

Seperti yang aku pernah cakap sebelum ini aku antara yang mengendalikan poligami Khalid Samad. Dan Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan. Aku juga yang menasihatkan isterinya untuk melantik peguam, terutama sekali bagi membuat tuntutan. Dan akhirnya win-win situation.

Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, aku lebih menghormati mereka yang mengikut saluran undang-undang. Dan aku akan membantu dari segi prosedur. Apabila dia berjumpa dengan aku, aku menerangkan dari segi prosedur dan dia jelas dan faham serta mengikut saluran yang ditetapkan. Khalid Samad bagi aku seorang yang berani dan sesuai dengan peranannya sama di dalam parlimen. Dia tidak suka berselindung.

IKLAN

Isterinya pula bijak dalam membuat pembelaan tuntutan. Dan sebenarnya ini adalah amalan biasa dalam Mahkamah Tinggi Syariah khususnya di negeri Selangor bila mana Mahkamah membenarkan poligami tanpa menidakkan hak isteri pertama.

Berbulan aku ditanya orang sekeliling, tapi aku diamkan diri kerana menghormati semua pihak. Banyak andaian yang dibuat oleh mereka kurang faham mengenai prosedur.

Kini semuanya terjawab dan proses Mahkamah Tinggi Syariah pun telah selesai. Kes ini bukanlah kali pertama buat aku. Tapi mungkin yang terakhir buat aku.

Khalid Samad setuju serah penthouse, banglo & X70

IKLAN

Dalam pada itu semalam laporan dari Free Malaysia Today memaklumkan, Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.

Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.

Peguam daripada Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-haknya sebagai isteri pertama ditunaikan.

“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan, antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

IKLAN

“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah ‘penthouse’ yang kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar nama kepada Zaiton.

“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan, iaitu Proton X70 selain tambahan elaun, iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurutnya, pertukaran nama hartanah dan kereta atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.

Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.

Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.

“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan,” katanya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI