Adat suami isteri untuk bergurau senda. Kerana itulah yang mendatangkan kebahagiaan dan kerukunan dalam rumah tangga. Bahkan agama juga menganjurkan agar umatnya supaya saling bergurau senda dan ketawa gembira tapi dengan batasnya kerana ia melahirkan suasana bahagia.

Bergurau tidak hanya terbatas pada pasangan suami isteri, tapi gurauan juga sering berlaku dalam hubungan adik beradik, kawan-kawan, saudara mara. Niatnya cuma satu iaitu untuk menceriakan suasana yang ada kalanya sepi.

Bahkan Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang meminta Baginda mendoakannya masuk syurga.

Rasulullah bersabda: Wahai ibu, syurga tidak akan dimasuki oleh orang tua. Lantas orang tua itu menangis kerana hanya memahami zahir daripada kata- kata Rasulullah.

Lalu Baginda menjelaskan kepadanya bahawa apabila dia masuk ke dalam syurga, dia tidak masuk dalam keadaan tua tetapi bertukar menjadi wanita muda yang cantik.
Bila masuk bab gurau senda dan manja-manja nie, niat seorang suami yang meletakkan nama panggilan isteri sebagai MAK LAMPI buat ramai tersedak dan menghamburkan ketawa.

IKLAN

Ya, kita biasa melihat suami atau isteri meletakkan panggilan seperti Sayang, Bie, Honey, Hubby atau panggilan-panggilan lain di dalam contact telefon bimbit tapi meletakkan nama sebagai Mak Lampir memang lawak sangat.

Di akaun Tik Tok @dini112233 atau nama sebenarnya Dini Kamilah bertanya, ada tak mana-mana isteri pergi mengalami begini? Ini kerana ketika dia tak sengaja buka telefon bimbit suaminya, dia mendapati ada satu nama di tulis MAK LAMPIR dan gambar telefon itu adalah wajahnya, hikz.

IKLAN

Ini bermakna, suaminya telah save nombornya sebagai mak lampir yang kita ketahui berkait dengan hantu.

Jsuteru perkongsiannya itu, ramai yang ketawa kerana berasa lucu. Lebih sahut menyahut, ada pengikut di akaun Tik Toknya menyuruh dia savekan nama suami sebagai SAKARATULMAUT atau PENGALI KUBUR. Senang nak cekik kalau suaminya curang.

IKLAN

Ada juga pengikutnya berkongsi suami mereka meletakkan nama BINIKU GANGSTER dari belum ada anak sehinggalah ada anak dan nama itu tidak ditukar-tukar. Ada pula berkata, Cik abang letak AYANG, tapi bila bergaduh tukar MELAYANG! Bukan itu saja, ada nama isteri disave sebagai BUKIT AMAN. Ada yang lebih lawak meletakkan nama panggilan ADOI BINI AKU DAAA.

Dalam pada itu, di akaun yang sama, Dini berkata, dia pernah cuba check telefon bimbit suaminya dan bersyukur tiada nama perempuan lain di telefon bimbit suaminya itu. Tapi apa dimusykilkannya, nama saja lelaki tapi gambar profile semuanya perempuan, hikz.

Ternyata macam-macam perangai suami isteri saat bergurau senda. Apa pun panggilan, semoga rumahtangga dibina bahagia hingga akhir hayat.

https://www.tiktok.com/@dini112233/video/7031201568774982938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI