Tiada orang sempurna namun kita akan saling menyempurnakan satu sama lain bersama pasangan melalui alam perkahwinan. Nikmati momen indah berdua, meniti perjalanan kehidupan dan lain-lain perkara dilalui adalah kenangan terindah dalam rumahtangga.

Satu perkongsian dari seorang isteri di mana suaminya seorang kelainan upaya membawanya jalan-jalan “pusing satu KL” di sebalik kekurangannya itu amat sweet. Bak kata orang bahagia itu mengikut cara kita, bukan orang lain.

Jelas Nadiatul Farhana yang juga seorang guru pembimbing dan kaunseling sepenuh masa serta dilahirkan sempurna,suaminya amat suka berjalan dan mereka menghabiskan cuti hujung minggu untuk pusing-pusing satu KL untuk menikmati momen indah berdua.

Walau sesekali dia “merungut manja” kerana kepenatan berjalan tapi suami tetap memberinya kata-kata semangat untuk terus berjalan.

IKLAN

Jika difikirkan secara logik tiada “pemandangan” mampu dilihatnya tapi menikmati momen indah berdua itu lebih manis dan menjadi kenangan seumur hidup.

Jelas Nadiatul Farhana, enjoy dengan momen yang ada, mereka sempat makan menikmati makanan viral iaitu kunafa selain menikmati aiskrim. Bahkan kakinya akan mengikut saja jejak suaminya yang menjadi penunjuk arah.

IKLAN

Hasil dari “pusing-pusing” sekitar KLCC, Jambatan Saloma dan lain-lain lokasi, bonding time tersebut, mereka melakukan 15,000 langkah dengan berjalan sejauh 10 km.

Dalam pada itu dirinya menjelaskan, dirinya mengenali suami melalui aplikasi Clubhouse iaitu sebuah aplikasi media berasaskan audio. Ia medium orang ramai berhubung di mana-mana tujuan berbincang, bercerita, mengembangka idea, mengeratkan hubungan dan bertemu dengan orang baru dari seluruh dunia.

IKLAN

Benarlah jodoh itu rahsia, bila dipertemukan dengan orang yang tepat, kita akan bahagia. Moga cinta pasangan ini kekal till Jannah.

https://www.tiktok.com/@nadiatul_farhana/video/7106313229516705050?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI