Ghibah bermaksud menyebut keburukan orang lain walaupun benar dan ia bukan hanya tertakluk pada ucapan lidah sahaja, tetapi setiap perbuatan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang tidak disukai oleh yang tertuduh, walaupun benar.
Dalam dunia hari ini, mudah sangat untuk kita terlibat dalam perbualan, baik secara lisan mahupun melalui jari di media sosial. Kadang-kadang tanpa kita sedar, komen atau kata-kata kita boleh menjadi punca kepada dosa besar seperti ghibah (mengumpat) dan fitnah.
Setiap kali kita menaip komen, kita perlu ingat bahawa pahala kita adalah terhad, dan dosa ghibah atau fitnah boleh menyebabkan pahala kita hilang begitu sahaja.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 12:
“Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.”(Surah Al-Hujurat, 49:12)
Ayat ini jelas memberi amaran kepada kita bahawa mengumpat sama seperti memakan daging saudara kita yang telah mati, satu perbuatan yang sangat jijik di sisi Allah. Mengumpat bukan sahaja menghancurkan pahala kita, malah ia merosakkan hubungan sesama manusia dan menambahkan dosa yang tidak perlu.
Rasulullah SAW juga bersabda dalam sebuah hadis sahih:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Selamatkan pahala kita dari hilang sia-sia
Hadis ini mengingatkan kita supaya berhati-hati dengan setiap kata-kata yang kita keluarkan, sama ada melalui mulut atau jari. Jika tiada perkara baik yang hendak dikatakan, lebih baik kita diam dan menyelamatkan pahala kita daripada hilang sia-sia.
Amalkanlah doa ini setiap kali kita ingin berkata-kata atau memberi komen:
اللهم احفظ لساني من الزلل واصرفني عن كل ما يسبب الفتن
“Ya Allah, peliharalah lidahku dari tergelincir dan jauhkanlah aku dari segala yang boleh menyebabkan fitnah.”
Semoga Allah SWT sentiasa memandu kita untuk berkata yang baik dan menjauhkan kita daripada segala dosa yang boleh memusnahkan pahala kita.
Bersedekah antara pahala yang mengalir berterusan selepas kematian. Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah.
Hukum bersedekah itu adalah sunat. Ketika melakukan amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas kerana Allah bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja.
Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia dan sentiasa ‘mengalir’ ada sedekah-sedekah yang boleh dijadikan saham akhirat.
Secara umumnya, amal jariah adalah cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan dan pahala itu umpama sungai yang terus mengalir airnya tanpa henti yang mana air adalah sumber yang amat diperlukan oleh setiap orang di dunia ini. Ini dibuktikan dengan hadis yang amat terkenal dari Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga jenis perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim).
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berterusan melalui bersedekah.
Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.
Katanya ada ENAM cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:
1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.
2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.
3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.
4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.
Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.
5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.
6. Anak yang soleh.Mereka atau ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang diberikan didikan yang baik dan berpengetahuan agama yang sering membuat kebaikan di dunia serta memperbanyakkan ibadat dan ibadah, yang sering beristighfar dan juga sering mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapanya.
Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.
Sebenarnya dengan bersedekah dapat membantu diri kita setelah kita meninggal dunia iaitu di alam kubur yang mana kita terhindar daripada panasnya keadaan kubur malah terasa lapang dan diberikan keistimewaan kerana berkatnya bersedekah ketika hidup di dunia.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya ; “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan haba panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya oranng mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.” (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Walau bagaimanapun, harus diingat setiap sedekah yang ingin kita berikan haruslah dengan penuh keikhlasan bukannya atas sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mempunyai sebab-sebab tertentu. Jika tiada keikhlasan pastinya setiap sedekah anda itu hanyalah sia-sia malah mendapat dosa.
Islam menegah umatnya yang mempunyai sifat kedekut atau bakhil, terlalu mencintai nikmat dunia sehingga alpa asal usul dan juga tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan daripada kita. Jika anda salah seorang daripadanya, buangkanlah sifat-sifat yang tidak baik ini dengan segera kerana semuanya masih belum terlambat.
Serangan wabak virus koronavirus tidak mengenal siapa. Tidak kira golongan kanak-kanak, muda ataupun orang tua berpotensi untuk terkena wabak pandemik ini.
Salah seorang yang turut terkena adalah Pendakwah Bebas juga pelakon PU Riz yang telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas tiga hari lalu.
Menurutnya, perkara ini disahkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
Menurutnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja.
Tetapi tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling Kuala Lumpur sebelum masjid ditutup kerana penyebaran wabak berkenaan.
Rumahnya memang betul-betul berhadapan dengan masjid berkenaan dan kerap solat di situ sebelum ia ditutup.
Sebelum inipun dia ada berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di hospital.
SUMBER: HARIAN METRO & MSTAR
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak beberapa hari lepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang membolehkan orang ramai hanya duduk di rumah bagi mengelak jaringan penyebaran virus koronavirus COVID-19 ini.
Namun masih ada sesetengah pihak yang tidak ambil endah larangan ini. Masih ada yang keluar lepak minum atau makan di kedai tanpa ada rasa bersalah.
Ada juga yang marahkan pihak berkuasa Polis yang menjalankan kerja pemantauan ini. Masing-masing mengambil sikap ‘selfish’ dan tidak ambil kisah dengan larangan dikeluarkan.
Rentetan itu, hari ini kerajaan memutuskan melalui Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu polis mulai Ahad ini bagi memantau keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dalam laporan dalam Sinar Harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu dilakukan untuk mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya sebentar tadi.
Sementara itu rata-rata warganet bersetuju dengan keputusan yang diambil ini bagi mengekang penyebaran virus merbahaya ini.
Joe BikeTerbaik. Satu tindakan yg amat baik demi kepentingan bersama. Dan mohon PDRM dan ATM ambil tindakan tegas dlm penguatkuasaan ini.
Mohd Fawzy Md Saidinilah cara yg terbaik. masyarakat dh tk heran dgn penguatkuasa polis, polis dibuat spt kwn kwn je…lngsung tdk peduli dgn arahan polis. inilah sebaiknya, tentera lebih tegas
Kekanda YanaAlhamdulilah..bagi kesedaran sikit pada yg berdegil sangat tu
Badrul Hisham Bin MansorAlhamdulillah …moga ini yg terbaikbuat semua… hargailah nyawa kalian juga insan yg tersayang
Nur DiyanaApa yang terbaik kami akan sokong..demi keselamatan kami semua..terima kasih kerana telah buat yg terbaik untuk kami rakyat Malaysia..pd tak masih x sedar lagi tolong lah kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid19 ni..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Cara dekatkan diri dengan Allah SWT boleh dilakukan dengan mencontohi amalan Rasulullah seperti khalwah, iktikaf, qiyamulail dan zikir terutama pada bulan Ramadan untuk ketenangan jiwa.