Menjelang hari raya ini mungkin ada anak-anak berhajat membantu orang tua membayarkan zakat fitrah untuk mereka.
Tapi jangan terus bayar ya. Hukumnya tidak sah! Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus
“Jangan memandai-mandai, orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan,” katanya.
Ads
Jelas beliau, zakat yang dibayar oleh seorang anak untuk ibu bapanya akan sah sekiranya anak meminta kebenaran dan mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mereka.
Kata Ustaz Azhar seseorang itu tidak boleh membayar zakat terhadap individu lain yang berkemampuan dengan sesuka hati.
Ads
Perkara sama juga perlu dilakukan bagi seseorang yang tidak wajib membayar zakat terhadap individu itu namun berniat untuk membayarnya.
“Suami wajib bayar zakat isteri jadi tak perlu minta izin, tapi isteri yang ingin bantu bayar zakat suami tak boleh memandai-mandai, perlu minta izin dahulu sebab ia bukan kewajipannya,” jelas Ustaz Azhar Idrus lagi.
Ads
“Anak jiran baik sangat dengan kita, kita suka sangat dengan dia sebab hormat dan tegur kita, jadi kita pun bayar zakat Fitrah untuk dia, tidak sah kerana yang wajib ayah dia, kita kena minta izin dengan ayah dia,” katanya dalam satu majlis selepas diajukan soalan sama ada boleh atau tidak anak membayar zakat Fitrah terhadap ibu bapa.
Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja.
Walau bagaimana pun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagi mana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadis-hadis disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”
Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hambaNya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
Al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa yang tidak mengenali pelakon serba boleh ini, Faezah Elai. Dia yang sebelum ini tidak berhijab mula melakukan penghijrahan sejak beberapa tahun lalu.
Ternyata sebaik memilih untuk bertudung, Faezah bijak menyarung busana bersesuaian dengan hijab labuh yang menggambarkan imej sebenar sebagai seorang Muslimah.
Malah sejak mengenakan gaya tudung labuh ini telah menjadi ikutan ramai wanita di luar sana.
Gayanya menjadi inspirasi untuk mereka turut menggayakan tudung labuh tanpa rasa kekok atau janggal.
Dalam satu posting di laman Instagramnya, Faezah memberitahu dia sangat gembira mengetahui penampilannya yang bertudung labuh ni menjadi inspirasi wanita di luar sana.
Ya Allah.. seriously u gais really follow the way i dress?? There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.. Thank you for all the wishes.. Alhamdulillah.. Let’s do this!! Istiqomah sama2!! Love you Gais much2
Malah dia juga turut berharap agar semua wanita di luar sana agar terus beristiqamah dalam menutup aurat.
Dalam pada itu, Faezah turut berkongsikan sebuah akaun Instagram yang menjual tudung mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana menjadi asbab ramai wanita mula berubah memakai tudung labuh.
Menurut posting itu, melihat Faezah Elai seperti influencer lain tetapi sebenarnya sangat luar biasa.
Malah mereka menyaksikan sendiri betapa ramai yang berubah memakai tudung labuh disebabkan Faezah Elai.
Tambahnya lagi banyak pahala yang mengalir dengan dakwah yang dilakukan olehnya hingga membuatkan ramai lebih berani bertudung labuh kini.
Katanya tidak perlu tunggu untuk jadi sempurna tetapi bila kita buka hati untuk menyarung tudung labuh, sedikit sebanyak akan mula mencari Allah. Dan daripada situ kita sedikit sebanyak akan mula menutup dengan sempurna.
Seseorang yang bernama Faezah Elai, nampak seperti influencer yang biasa2, tapi sebenarnya luar biasa. Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai.
Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyak nya pahala berterusan yang mengalir buat dia. Cara dakwah setiap manusia berbeza2. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuat kan lebih ramai berani bertudung labuh.
Tak perlu tunggu perfect, tak perlu tunggu nanti. Bila kita buka hati untuk sarung tudung labuh, sedikit sebanyak hati kita mula mencari Allah. Sedikit demi sedikit mula untuk tutup dengn sempurna.
Terima kasih Faezah Elai. Kerana mu ramai sangat2 dah tak pandang pelik tudung labuh. Ramai dah makin yakin bertudung labuh. Sampai jadi fenomena. Subhanallah. Sesungguhnya kami cemburu, banyak sangat pahala untuk susuk yang bernama Faezah Elai.
Selamat hari lahir Puan Faezah Elai. Semoga diberi kan umur yang berkat, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diberikan ganjarang syurga tertinggi. We love you
Ikhlas dari Azie & Team Proper Hijab.
Siapa yang start pakai tudung labuh asbab Faezah Elai
Lisa Surihani takut dengan pujian manusia, segala yang berlaku sebenarnya datang dari Allah. Oleh sebab itu selebriti ini bimbang bila dipuji manusia.
Dirinya cuma cuba berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dengan menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi apa yang berlaku pada dirinya adalah dengan izin Allah SWT.
Tatkala pelakon jelita Lisa Surihani memilih untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu, perkara yang paling ditakuti adalah bagaimana dirinya dapat terus kekal istiqamah.
Sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah dalam melayari kehidupan yang serba mencabar ini. Lisa mengaku pernah berdepan fasa ‘tergelincir’ tetapi Lisa pantas bangkit agar tidak berputus asa dalam memastikan dirinya menjadi insan terbaik disisi-Nya.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Walau apa jua keadaan sekali pun, saya cuba pertahankan sesetengah prinsip.
“Ya. Ini satu pengorbanan yang berat terutama sekali untuk terus kekal istiqamah. Tapi saya harus mencuba sebaiknya, ada waktunya tersungkur tetapi perlahan-lahan saya bangkit supaya tidak berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Selain itu tambah Lisa, sejak mengenakan hijab satu hal lain yang ditakuti juga adalah hanyut dalam pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya dari Allah. Sejujurnya saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang terlahirnya perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan tetapi semua itu datangnya dari Allah,” katanya.
Menyentuh mengenai karier seni lakonan, Lisa tidak menafikan sejak mengenakan hijab, tawaran lakonannya semakin kurang.
Kata Lisa, dia juga bersyukur apabila suaminya yang juga pengarah terkenal, Datuk Yusry Halim tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin terus berlakon.
“Tahun lalu memang ada tawaran tetapi dianjakkan ke tahun ini, tapi sampai saat ini belum ada sebarang ‘update’.
“Memang sejak tampil berhijab, secara semula jadi tawaran lakonan juga menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu tetapi saya tidak terlalu kisahkan sangat.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan dan saya ingin belajar untuk perbaiki lagi diri dalam bidang itu.
“Bagi kerjaya lakonan pula, sekiranya ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya Allah saya pertimbangkan,” katanya.